FORMAT ASAL ‘SUARA VIRAL 2.0’ DITAMBAHBAIK UNTUK KEKAL RELEVAN Barisan juri tetap dan hos turut dirombak, gandingan penghibur otai dan ‘BBNU’ tersohor antara tarikan utama musim terbaharu
Program realiti ‘Suara Viral 2.0’ ialah sebuah pertandingan nyanyian terbitan Astro Prima yang bermatlamat untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian tanpa mengira latar belakang bagi mewarnai persada seni hiburan tanah air. Penyertaan untuk musim kedua kini diluaskan kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara yang memiliki status Pemastautin Tetap (PR) berumur 18 tahun ke atas. Peserta juga boleh menonjolkan bakat terpendam secara solo, duo, berkumpulan dalam bentuk band, busker atau penyertaan keluarga yang tidak melebihi enam orang ahli.
Seiring dengan perubahan trend
hiburan semasa, program ‘Suara Viral 2.0’ bakal memperkenalkan pembaharuan daripada
segi format serta senarai tarikan utama yang melibatkan barisan juri dan hos
sebagai kelainan segar untuk terus kekal
relevan.
Format penjurian untuk edisi
kali ini pula akan menggunakan sistem liga yang ditentukan berdasarkan pemarkahan 100% oleh barisan juri
profesional. Seramai enam peserta yang akan berentap secara kalah mati
untuk setiap pusingan selama tujuh minggu. Juara mingguan secara automatik
akan mara ke peringkat suku akhir untuk bersaing sekali lagi bagi menempah
tempat ke pusingan akhir. Hanya empat finalis terbaik sahaja yang akan terpilih
untuk beraksi di episod kemuncak bagi merebut gelaran juara sekaligus membawa
pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.
Bagi menambahkan lagi keunikan musim terbaharu, ‘Suara Viral 2.0’ juga akan memperkenalkan konsep ‘Tangga Viral’ yang mana setiap peserta dikehendaki memulakan
persembahan masing-masing
dengan berdiri di kedudukan anak tangga teratas. Peserta juga perlu menyambut
cabaran untuk menyanyi dalam suasana yang berlatarkan bayang silhouette bagi
menambat hati juri berdasarkan kemantapan vokal dan bakat nyanyian semata-mata.
Jika juri terhibur dengan
persembahan tersebut, mereka boleh menekan butang ‘buzzer’ yang berfungsi untuk
menyalakan lampu di setiap anak tangga sekaligus akan mempamerkan wajah peserta
dengan jelas.
Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima
“Bermula sebagai
sebuah platform yang mengetengahkan bakat barisan pelantun suara bekerjaya yang
tular di media sosial ke pentas komersial, kini jenama ‘Suara Viral’ sebagai
program pencarian bakat diluaskan ke skala yang lebih besar untuk mencungkil
bakat nyanyian di kalangan rakyat Malaysia dan penduduk tetap di negara ini sekaligus
menzahirkan impian dan keinginan mereka untuk bergelar bintang,
Selain memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai peserta
berbakat di luar sana, penganjuran musim terbaharu menerusi edisi ‘Suara Viral
2.0’ juga pastinya lebih mantap dengan penambahbaikan daripada segi format asal
pertandingan dan pertukaran barisan utama demi memastikan kandungan program ini
sentiasa ‘up-to-date’ supaya kekal relevan sekaligus memberi pengalaman baru
kepada audiens.
Kami juga amat berbesar hati dengan kehadiran nama-nama besar
yang kesemuanya mempunyai latar belakang dan reputasi cemerlang kerana sudi
berkongsi tip, pengalaman, ilmu dan kepakaran dengan keluarga ‘Suara Viral 2.0’.
Peranan mereka dalam menjayakan program ini amat penting kerana setiap bimbingan
dan inspirasi yang disalurkan kepada para peserta pastinya memberikan impak
yang mendalam sekaligus membantu untuk mencorakkan permulaan perjalanan seni mereka
dalam bidang hiburan.
Daripada segi penyertaan pula, sambutan untuk musim ini amat menggalakkan
sekaligus menjadikan ia sebagai cabaran kepada pihak produksi Astro sendiri
untuk menyenarai pendek barisan peserta yang benar-benar menonjol untuk diserap
masuk.
Semoga pembaharuan yang diperkenalkan pada musim ini
mampu melonjakkan kegemilangan jenama ‘Suara Viral’ ke peringkat yang lebih
tinggi.”
1.
Penerbitan ‘Suara Viral 2.0’ turut disokong oleh aplikasi
Astro Go dan portal Gempak selaku Rakan Digital Rasmi. SINAR
juga turut hadir sebagai Rakan Radio
Rasmi.
2.
‘Suara Viral 2.0’ bakal menyaksikan empat penghibur tersohor tanah air
dengan latar belakang portfolio seni yang bukan calang-calang iaitu Dato’ Hattan, Haqiem Rusli, Aina Abdul dan
Marsha Milan yang diberi mandat
untuk menduduki kerusi Juri Tetap.
3.
Sementara itu, seorang Juri Jemputan dan seorang Juri Viral yang terdiri daripada barisan selebriti tanah air juga turut diundang khas secara
bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai barisan Juri Tetap bagi mengadili
persembahan para peserta.
4.
Bagi memberikan kelainan agar tidak klise, pelawak versatil
yang cukup sinonim dengan teknik lawak tiru gaya atau impersonate, Danial Zaini serta pelakon dan penyanyi
muda terkenal, Naim Danial diberi kepercayaan untuk menghidupkan pentas
utama ‘Suara Viral 2.0’selaku Hos.
5.
Selain itu, ‘Suara Viral 2.0’ juga turut membawa masuk
khidmat dan kepakaran Cikgu Siti Hajar selaku Guru Vokal dan Alam
Wakaka selaku Guru Persembahan Pentas untuk memberikan bimbingan kepada
para peserta musim ini.
6.
Berikutan pelaksanaan fasa PKP susulan penularan wabak
Covid-19, sesi pencarian dan uji bakat untuk ‘Suara Viral 2.0’ telah diadakan
secara online sepenuhnya sekitar bulan Jun dan Ogos yang lalu menerusi
penyertaan yang dihantar di platform SINAR dan Gempak.
Sebuah episod istimewa ‘Uji
Bakat Suara Viral 2.0’ akan disiarkan pada hari Rabu, 10 November 2021, jam
10.00 malam.
Klip aktiviti para peserta
sewaktu di kelas vokal akan dipaparkan melalui
liputan kapsul ‘Jom Intai Suara Viral 2.0’ setiap
hari Selasa, jam 7.00 malam mulai
16 November 2021. Manakala sedutan aktiviti perjalanan dan
persiapan peserta sewaktu di belakang pentas sebelum konsert bermula akan
disiarkan menerusi kapsul ‘Menjelang
Suara Viral 2.0’ pada setiap hari Rabu, jam 7.00 malam mulai 17
November 2021.
Konsert mingguan ‘Suara Viral
2.0’ pula bakal ditayangkan pada setiap
hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 17 November 2021 selama 10 minggu.
7.
Juara ‘Suara Viral 2.0’ bakal membawa pulang hadiah wang
tunai sebanyak RM10,000. Manakala juara mingguan pula turut memenangi wang
tunai RM1,000 sebagai insentif.
Comments
Post a Comment