Skip to main content

HOMEVEST Tersenarai dalam Malaysia Book of Records

 


Sebagai Syarikat Hartanah PERTAMA yang Menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja (H.O.P.E) di  Malaysia.


Syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah terkenal, HOMEVEST telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records selepas diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja  atau Home Ownership Programme for Employees (H.O.P.E).

 

Malaysia Book of Records ialah sebuah badan yang mengiktiraf pencipta, pemegang dan pemecah rekod di dalam negara.

 

Lalu, sebagai pemegang rekod, HOMEVEST membezakan dirinya dengan syarikat lain berdasarkan nilai yang mampu dijana semula kepada pelabur.

 

Sejak dilancarkan pada 2020, HOPE telah menyumbang kepada penambahbaikan program pengekalan bakat di pelbagai syarikat.

 

Ia juga meningkatkan produktiviti pekerja dan menanam rasa kesetiaan pekerja terhadap majikan sejak program ini diperkenalkan.

 

"Memahami kesukaran  dihadapi majikan dalam mengekalkan pekerja disebabkan oleh kekurangan pengiktirafan dan penghargaan serta faedah syarikat yang  mampu ditawarkan, HOPE hadir untuk membantu.

 

"Ia mampu membantu majikan di Malaysia memperkasakan pekerja mereka untuk memiliki rumah idaman  masing-masing. Majikan boleh menggunakan program ini untuk mendorong dan memberi ganjaran kepada pekerja mereka yang layak," kata Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST, Datuk KY Lim.

 

Difahamkan faedah program ini setara dengan faedah syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500, yang akhirnya mewujudkan suasana pekerjaan yang positif serta bermanfaat.

 

Sementara itu, serentak pada 15 November lalu berlangsung  simbolik majlis penyampaian sijil Malaysia Book of Records di ibu pejabat syarikat itu di Kota Damansara.

 

Ia diserikan dengan kehadiran Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara,  Datuk Azuan Effendy,  Ketua Eksekutif Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Penasihat HOMEVEST, Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol dan tetamu kehormat lain.

 

“Kami amat berbesar hati kerana HOPE telah diiktiraf oleh pihak yang penting dan relevan dalam industri sebagai sebuah penyelesaian faedah pekerja yang inovatif di Malaysia.

 

"Dasar dan visi kami ialah untuk membentuk  komuniti ‘smart living’ dengan hubungan yang erat," kata KY Lim yang baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Top 10 Finalis untuk JCI Creative Young Entrepreneur Award 2021.

 

Selain itu, HOMEVEST juga secara rasminya menerima sokongan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pencapaian ini.

 

“Bahagian pengurusan hartanah kami dipanggil HOMEVEST Living menawarkan pelbagai perkhidmatan menerusi kepakaran yang ada.

 

"Ia termasuk untuk menguruskan hartanah mereka selain mewujudkan kualiti gaya hidup moden, dinamik dan berkualiti yang menerapkan nilai positit serta terbaik," katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST Datuk Marcus Low memaklumkan  syarikat mereka menjadi pengurusan hartanah  yang pertama  melancarkan stor rasmi di platform e-dagang,  Shopee baru baru ini.

 

"Ia termasuk menyediakan pelanggan dengan pembelian dalam talian  yang mudah, selamat dan pantas," kata Marcus Low.

 

 

info.

MENGENAI HOMEVEST

Ditubuhkan pada 2016, HOMEVEST berkecimpung dalam perniagaan pelaburan hartanah, pengurusan dan pembangunan. Kami menawarkan nilai pulangan untuk rakan kongsi kami dan menyediakan pemilikan rumah mampu milik untuk pelanggan kami. Tujuan ini memperkasakan kami untuk mencari model perniagaan inovatif serta penyelesaian yang luar biasa bagi menawarkan nilai pulangan terhebat kepada rakan kongsi dan pelanggan kami. HOMEVEST mempunyai nilai hartanah berjumlah lebih daripada RM328 juta di serata Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

 

 

Untuk berita dan maklumat terkini mengenai HOMEVEST, sila ikuti perkembangan kami melalui laman web HOMEVEST: www.homevestglobal.com atau media sosial: https://www.facebook.com/HomevestGlobal.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-6151 8180 atau hantarkan emel ke: hello@homevestglobal.com.

 

Tonton- HOPE- Program pemilikan rumah pekerja yang pertama di Malaysia [penampilan oleh Datuk Rosyam Nor & Dynas Mokhtar] : https://www.youtube.com/watch?v=rMnbOR1jLxM

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam