Skip to main content

KEBAHAGIAAN ELLANI BAKAL DIRENTAP?


 

Bahagia yang diingini, namun duka yang menemani… Cukup Derita Itu, sebuah karya daripada Siti Rosmizah bakal meneruskan kesinambungan siri ini bermula hari ini (15 November 2021), setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi.


Drama bersiri 40 episod terbitan SR One Sdn. Bhd. ini terpaksa menghentikan siarannya ketika episod ke-20 pada 9 Jun 2021 apabila sesi penggambaran tidak dapat diteruskan dalam keadaan negara kita sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 pada masa tersebut. 


Cukup Derita Itu 2, karya daripada Siti Rosmizah ini diarahkan oleh Along Kamaludin, diterajui oleh Hisyam Hamid, Ruhainies dan Chacha Maembong serta menampilkan barisan pelakon handalan tanah air seperti Jasmin Hamid, Didie Alias, Fahrin Ahmad, Farhan Asri, Lia Natalia, Mubarak Majid, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Dian P. Ramlee, Balkisyh Semundur Khan dan ramai lagi. 

Ellani (Ruhainies) telah bernikah dengan Zarul (Hisyam Hamid) walaupun Ellani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki yang hampir menikahi kakak kembarnya, Ellana (Chacha Maembong). Sejak kecil, Ellani dan Ellana yang dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid) tidak menerima layanan yang sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Hanya Datin Mahani dan Salwa yang menjadi tempat Ellani menagih kasih sayang dan simpati.

Konflik timbul apabila Zarul yang sepatutnya menikahi Ellana telah berubah hati akibat sebuah kemalangan. Zarul telah hilang ingatan sekaligus tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Ellana. Malahan, Zarul hanya sayangkan Ellani dan memutuskan untuk mengahwini Ellani. Lantaran itu, Ellana meninggalkan Zarul untuk menyambung pelajaran di luar negara. Mak Ngah Gayah pula menjadi lumpuh selepas kemalangan itu. Ellana dan Mak Ngah Gayah berdendam dan berjanji akan merosakkan perkahwinan Zarul dan Ellani. 


Sikap dan kasih sayang Zarul akhirnya membuka hati Ellani untuk menyayangi lelaki yang sudah bergelar suami dalam hidupnya. Selepas Ellana kembali dari luar negara, dia mula bertindak untuk merampas semula Zarul dengan cara apa pun, hanya untuk memastikan Ellani terus menderita dalam hidupnya. Dalam pada masa yang sama, Amirul (Farhan Asri) kini mendapati dirinya sudah jatuh cinta kepada Ellani. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Ellani kini sudah menjadi isteri abangnya. 


Jadi, teruskan menonton Cukup Derita Itu 2, sebuah karya daripada Siti Rosmizah bermula 15 November 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi. Drama bersiri ini akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama di seluruh Malaysia. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama Cukup Derita Itu 2 yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 24 jam selepas tayangan di TV3.



Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQiyi telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai pertumbuhan pengguna lebih 15 kali ganda. Sambutan hangat yang diterima ini disebabkan iQiyi memulakan penstriman kandungan tempatan yang membuka peluang kepada iQiyi untuk mencapai kadar muat turun aplikasi tertinggi yang berterusan sebagai platform Asian OTT di Malaysia. iQiyi adalah platform destinasi yang tepat bagi para pengguna yang mencari hiburan yang berkualiti serta topikal dan pengalaman digital yang lancar. Di sini, penonton juga berpeluang mengakses koleksi filem, drama rantaian dan anime yang terkini dan terkenal dari Korea, China mahupun negara serantau. 


Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok iaitu @iQiyiMalaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba