Skip to main content

KEMPEN MUSIM SEJUK SYRIA SIRI 10 & KOLABORASI PEDULI INSAN BERSAMA INTEAM



 “Bantu hangatkan mereka dari kesejukan’’

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, atau lebih dikenali sebagai Peduli Insan telah melancarkan kempen Musim Sejuk Syria untuk tahun 2021/2022 (Siri 10). Kempen ini merupakan salah satu dari pelbagai usaha Peduli Insan dalam membantu pelarianpelarian Syria di wilayah utara Syria dalam mengharungi musim sejuk yang boleh mengugat nyawa. Berikutan dari kempen Musim Sejuk Syria pada tahun 2020/2021 yang telah berjaya membantu 60,000 buah keluarga, kempen kali ini mensasarkan bantuan dari segi pakaian, barangan keperluan seperti alat pemanas dan bahan bakar serta bakul makanan untuk kira-kira 250,000 pelarian Syria. Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Rezuan yang ditemui ketika Majlis Sidang Media Pelancaran Kempen Musim Sejuk Syria (10) dan Kolaborasi Peduli Insan Bersama InTeam memaklumkan musim sejuk di Syria boleh mencecah sehingga paras suhu negatif 5 darjah celsius dan pelarian-pelarian Syria yang hanya tinggal di dalam khemah sering berdepan dengan bencana banjir di dalam musim sejuk menyebabkan khemah, barangan keperluan seperti makanan, pakaian, selimut dan sebagainya musnah. Tambahan lagi, dengan ujian penyakit tular dan berbahaya Covid-19, pelarian Syria yang tinggal di kem-kem ini juga menghadapi kesukaran dari segi mendapatkan makanan dan rawatan secukupnya, justeru berdepan ancaman nyawa terutama kanak-kanak, para wanita dan orang tua. Maka fokus Peduli Insan bagi kempen kali ini akan tertumpu kepada dua inisiatif iaitu Selimut Kasih Syria dan Suapan Kasih Syria.


Inisiatif Selimut Kasih Syria adalah dari segi membekalkan pakaian, bahan bakar, alat pemanas dan juga selimut kepada pelarian-pelarian Syria agar mereka dapat menghadapi musim sejuk dengan keadaan yang lebih selesa dan selamat dalam menghadapi musim sejuk. Manakala bagi inisiatif Suapan Kasih Syria, fokusnya adalah tertumpu kepada bakul makanan yang mengandungi barangan asas, makanan panas dan juga pelaksanaan sembelihan buat ibadah akikah, nazar dan sedekah di mana daging sembelihan akan diberikan kepada penduduk di kemkem pelarian Syria ini. Hazamin, yang merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid negara, InTeam berkongsi mengenai rasa teruja kumpulan nasyid tersebut di atas peluang kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh Peduli Insan. Kata beliau lagi, peminat InTeam memberikan reaksi baik serta sokongan penuh di atas kerjasama ini dan hasil sumbangan yang telah terkumpul sejak permulaan kolaborasi bersama Peduli Insan sehingga bulan Oktober lalu telah mencapai kutipan dana sehingga RM370,000. Setiap sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia akan dimanfaatkan untuk memberi bantuan kepada kira-kira 250,000 pelarian Syria. Bagi orang ramai yang ingin turut serta bersama-sama Peduli Insan dalam menjayakan misi Kempen Musim Sejuk Syria 2021/2022 boleh menyumbang ke: Bank Islam : 1203 8010 1363 75 Nama pemegang akaun : Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pegawai Perhubungan Awam & Media Pertubuhan Peduli Insan Malaysia di nombor 0167706432 atau melalui lawan web rasmi Peduli Insan di www.peduliinsan.org. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam