Netflix kini di Astro
·
Astro hari ini mengumumkan ‘Pengalaman
Baharu Astro’, yang mana membenarkan pelanggan untuk strim Netflix di TV Astro
dan nikmati lebih nilai dan penjimatan menerusi pek-pek langganan terbaharu
yang diperkenalkan ini. Pek-pek terkini Astro ini
direka khas untuk para pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa
berhubung di antara satu sama lain, membenarkan mereka untuk strim segala
program kegemaran masing-masing menerusi Ultra Box, dan akan datang di Ulti
Box. Kini, pelanggan boleh menikmati program-program popular kegemaran
masing-masing menerusi satu platform utama Astro; dari perkhidmatan penstriman
terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+
ke program-program kebanggaan Astro dan acara sukan berprestij dunia secara
langsung, semuanya ini menerusi skrin besar dan alat peranti masing-masing.
Ketua
Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan
Smith berkata, “Kami di Astro sentiasa peka dan dengar akan kehendak
pelanggan, justeru kami memperkemaskan dan hari ini memperkenalkan pengalaman
baharu Astro, khas buat pelanggan yang menginginkan sesuatu yang mampu menepati
kehendak mereka, dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kelbagaian
kandungan yang lebih hebat dan menarik, namun begitu pada masa yang sama
memiliki faktor lebih nilai. Kami begitu teruja kerana dapat berkolaborasi
bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis
kandungan terhebat menerusi Astro seterusnya merealisasikan misi kami untuk
menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan. Kami akui, sejak kebelakangan ini,
kesederhanaan telah menjadi teras utama kami di Astro, justeru kami telah mempergiatkan
usaha untuk mentransformasikan keseluruhan pengalaman Astro secara holistik
kepada lebih mudah, ringkas, menjadi platform utama pilihan pelanggan, dan
memastikan setiap dari mereka dapat menikmati variasi hiburan dengan lancar.
Ciri-ciri terkini dan menarik yang hadir pada Ultra Box ini membolehkan
pelanggan menikmati lebih banyak program-program tempatan dan acara sukan
berprestij secara langsung dari skrin Astro, dan kini disertakan sekali bersama
Netflix Originals, filem dan dokumentari. Edisi terbaharu ini akan menyertai
kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan
TVBAnywhere+, serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut
bekerjasama di masa akan datang.”
Naib
Presiden Pembangunan Perniagaan, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski, berkata, “Kami
di Netflix begitu teruja untuk membawakan pengalaman hiburan lebih hebat ke
alat peranti yang pelbagai kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana. Di
Netflix, misi utama kami adalah untuk menyajikan hiburan terhebat yang tiada
tandingannya kepada setiap pelanggan kami, oleh yang demikian, kami begitu
gembira apabila kolaborasi bersama Astro ini mampu membuka peluang kepada lebih
rakyat Malaysia merasai pengalaman terbaharu dan menikmati katalog kandungan
kami yang pelbagai – dari filem-filem pecah panggung Hollywood seperti ‘Red
Notice’, siri-siri popular Sepanyol seperti ‘Money Heist’, sajian kandungan
terhebat Korea seperti ‘Squid Game’, yang kini berjaya mencetuskan satu
fenomena dan cukup popular di kalangan peminat di Malaysia.”
Tambah
Euan lagi, “Kami kini terus memacu inisiatif
berinovasi tinggi demi memastikan setiap pelanggan kami dapat menikmati sebuah
pengalaman tontonan yang tiada tolok bandingnya di setiap skrin, menerusi Ultra
Box dan Ulti Box juga di Astro GO. Mana-mana pelanggan yang menggunakan
produk-produk yang dinyatakan ini akan dapat menikmati ciri-ciri dan fungsi
terkini pengalaman tontonan Astro ini di platform linear (TV), On Demand,
Rakaman Awan (‘Cloud Recording’) dan fungsi Tontonan Tanpa Henti (‘Continuous
Viewing’), secara serta merta. Manakala untuk pelanggan baharu Ultra dan Ulti
Plug & Play Boxes pula, seperti yang kami umumkan sebelum ini, anda boleh
membuat pemasangan sendiri dan ia akan berfungsi sepenuhnya menerusi
perkhidmatan jalur lebar, yang mana dalam erti kata lain, pelanggan tidak lagi
memerlukan piring satelit. Astro merupakan yang pertama di rantau ini
melancarkan perkhidmatan keupayaan 4K High Dynamic Range dan Dolby Atmos bagi
membolehkan peminat sukan menikmati pengalaman tontonan bertaraf premium dengan
kejelasan kristal dalam versi 4K UHD. Hari ini pula, kami sekali lagi
melakarkan sejarah apabila mengagregatkan aplikasi Netflix secara terus ke
Ultra Box bagi memudahkan pelanggan untuk strim sajian kandungan Netflix dengan
lebih lancar, dan ditonton secara terus di skrin besar di kediaman
masing-masing. Selepas ini, akan ada lebih banyak aplikasi seperti Disney+
Hotstar bakal menyusuli inisiatif ini, menjadikan kami di Astro sebagai
pengagregat perkhidmatan penstriman nombor satu negara.”
Pengarah
Komersial Astro, Azlin Arshad, menjelaskan, “Pek-pek terbaharu
yang diperkenalkan Astro pada hari ini direka khas untuk menepati citarasa
pelanggan yang sentiasa menginginkan variasi dalam sajian kandungan hiburan
mereka, pada kadar atau nilai yang lebih berpatutan. Jangan lepaskan peluang
untuk menonton banyak judul-judul tayangan perdana Netflix seperti ‘Red Notice’
dan ‘Squid Game’ secara sebelah-menyebelah dengan sajian popular Disney+
Hotstar, ‘Shang Chi and the Legend of the Ten Rings’ dan ‘Jungle Cruise’ atau
tonton judul HBO pula, ‘And Just Like That’ dan ‘Succession’, selain dari
banyak lagi program-program terhebat di Astro yang dibawakan dari Korea,
negara-negara Asia Tenggara mahupun rancangan popular tempatan terbitan Astro
sendiri seperti ‘Maharaja Lawak Mega’, ‘Gegar Vaganza’, ‘Dukun Diva’ dan banyak
lagi. Pelanggan dibolehkan membuat pilihan untuk terus melanggani pek-pek sedia
ada, namun kami merasakan ramai yang akan tertarik dan berminat untuk menaik
taraf pek langganan masing-masing kepada pek-pek terbaharu ini agar mereka
boleh strim lebih banyak kandungan menarik dari rakan-rakan perkhidmatan penstriman
kami, dan nikmatinya di skrin besar kediaman masing-masing. Pek-pek baharu kami
ini hadir dengan kontrak perjanjian yang cukup fleksibel, sama ada 0, 12 atau
24 bulan langganan, terpulang kepada pilihan yang mampu menepati kehendak
pelanggan. Tambah menariknya lagi, kami ingin turut menjemput pelanggan untuk
mendaftar pakej jalur lebar kami, dan nikmati akses Netflix secara
komplimentari selama 3 bulan*.”
Pakej-pakej
terbaharu Astro ini adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’,
‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’.
Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan
disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta
rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon
Network HD dan program-program terhebat Asia. Pengalaman Baharu Terhebat Astro
ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran
masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif, dan
semuanya ini dalam satu bil sahaja. Daftar hari ini di www.astro.com.my.
Comments
Post a Comment