Skip to main content

DATO AC MIZAL BERGANDINGAN BERSAMA ANAK, DAMIEN DI DALAM ‘MINE

 


Darah seni yang mengalir dalam tubuh artis versatil, Datuk AC Mizal, 49, kini dipanjangkan anak terunanya, Muhammad Reeve Damien berusia 18 tahun.Legasiyang  diteroka  suami  kepada  Datin  Emylia  Rosnaida  ini  sejak  menganggotai kumpulan  rap  4U2C  meledak  di  era  90-an  ternyata  berkesinambungan.Lamaran  syarikat rakaman  Universal  Music  Malaysia  menyunting  anaknya  yang  selesa  dipanggil  Damien disambut baik. Penantian  sekian  lama  juga  cukup  berbaloi  biarpun  harus  menempuhi  situasi  tak  terduga pandemik  COVID-19  hingga  melengahkan  tempoh  waktu  perancangan  asal  single  sulung berjudul MINEdilancarkan.Istimewanya juga, MINEbuat julung kali menyaksikan gandingan pertembungan dua generasi antara pengacara popular itu dengan anaknya."Segala serbi mengenai pembabitan dan perjalanan proses pembikinan lagu ini membuatkan saya  teruja  dan  bangga.  Semuanya  dibuat  dengan  teliti.Untuk  single  pertama  anak  saya menyatukan  kami  dan  menjadi  sisi  lain  yang  buat  tersentuh  hati  dan  terharu.  Tak  pernah terjangka semua ini akan berlaku dan tersusun cantik.”"Penantian  bertahun tahun yang saya pendam dan harap, benar benar direalisasikan. Akan datang  saya  dan  dia  akan  satu  pentas  membuat  persembahan.  Ia  rasa  yang  tak  terungkap dengan kata kata," kata pemilik nama sebenar Mizal Zaini itu.

SIARAN MEDIAKata AC yang pernah dua kali mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH itu, beliau berkata MINEjuga   melihat   pertaruhan   anaknya   sebagai   penerbit   lagu,   penulis   lirik   selain menyumbangkan vokal.MINEyang bernuansa Pop R&B dan hip hop dicipta khas oleh Adam E, Freddie Laut dan ADL. Nukilan lirik pula gabungan idea Damien, AC di samping Adam E dan ADL."Lagu  ini  sepatutnya  dilancarkan  tahun  lalu.  Tapi siapa  mampu  menebak,  dunia  diserang wabak  COVID-19  hingga  sekatan  pergerakan  dilaksanakan.  Setahun  juga  menanti  kerana perlu berdepan beberapa siri penangguhan."Jadi  ia  akhirnya  dibawa  tahun  ini.  Lagu  itu  dirakamkan  3  Januari  lalu.  Manakala  video muziknya   pula   dilunaskan   penggambarannya   pada   10   Oktober   lalu.Saya   serahkan tanggungjawab  memberi  nyawa  untuk  lagu  ini  kepada  anak.  Lagipun  anak  saya  lebih  arif dengan apa yang dirasakan sesuai pada zaman sekarang," katanya.Malah, pelakon francais drama dan filem Gerak Khas itu juga bangga kerana melihat Damien   cukup bersedia dengan setiap proses dari A hingga Z."Saya sendiri tak mahu projek lagu duet ini jadi asal boleh. Saya dan anak mahu ia dihasilkan sesempurna  mungkin.  Pihak  Universal  Music sendiri  faham  kehendak  dan  hala  tuju  diingini kerana saya jenis yang mementingkan kesempurnaan. Pendek kata, bunyi, susunan lagu dan video muzik sampai pada paras kepuasan saya."Ternyata  anak  saya  seperti  lulus  dengan  baik  untuk  percubaan  sulungnya  ini.  Tak  banyakaspek yang perlu diubah. 'Feel' yang dizahirkannya dalam lagu ini juga kena. Saya sendiri juga turut menyanyi rap dengan suntikan elemen yang baru dan tidak seperti kebiasaan.

SIARAN MEDIA"Dalam lagu ini, kami masing masing mengimbangi bahagian nyanyian secara samarata. Tiada siapa cuba 'overshadow'.  Cuma saya mahu pengenalan untuk memperkenalkan anak dapat diterima. Lagu ini dapat sohor kini, dimain serta di undi di radio dan berilah ruang untuk dia menunjukkan potensi bakat sebenarnya," katanya  yang kali terakhir tampil  dengan lagu Itu Saja pada tahun 2017.Kata AC lagi, lirik MINEmenyentuh mengenai idea bagaimana wujud individu meminati gadis idaman dan berusaha untuk memilikinya."MINEmengenai   detik   pertemuan   yang   bermula   daripada   media   sosial.   Lelaki   yang mempunyai  minat  terhadap  seorang  wanita  di  media  sosial  memulakan  percubaan  untuk mengenali gadis itu dengan menghantar mesej langsung di Instagram (IG)."Perasaan mula jadi tidak menentu menantikan jawapan daripada gadis berkenaan. Akhirnya gadis itu bersetuju dan ingin berjumpa. Lalu  bermulalah kisah percintaan yang baru dipanggil cinta media sosial di alaf baru," katanya.Ditanya mengenai kecenderungan ditunjukan Damien dalam seni, AC berkata anaknya mula menunjukkan minat bermain gitar di usia 10 tahun."Dia  mula  berjinak-jinak  dalam  dunia  nyanyian  selepas  tamatpeperiksaan  International General  Certificate  of  Secondary  Education  (IGCSE).Sementara  menunggu  keputusan,  dia berlatih menyanyi setiap hari. Daripada situ, terserlah minatnya. Malah selama enam bulan juga dia berlatih menyanyi dan mengasah vokal sebagai persediaan sebelum merakam single MINE.

SIARAN MEDIA"Saya  menyokong  100  peratus  minat  dan  apa  yang  dilakukannya  kini.  Saya  juga  mahu  dia mengimbangi pelajaran. Dia memiliki Diploma Pengajian Perniagaan di sebuah kolej dan akan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah tahun depan," katanya.AC menambah anak perempuannya, Fea Eryssa, 13, juga meminati dunia seni kerana minat menyanyi  dan  bermain  piano.  Bagaimanapun  Fea  perlu  menumpukan  dulu  persediaan menjawab peperiksaan IGCSE. Sementara itu, Damien berterima kasih kerana impian yang ditunggu menjelma juga akhirnya."Ia   satu   perasaan   menakjubkan   apabila   impian   yang   dulu   hanya   angan-angan   dapat direalisasikan.   Saya   mahu   berterima   kasih   kepada   bapadan   Universal   Music   kerana menjadikan ia sebuah kenyataan."Saya  sendiri  mengikuti  kelas  belajar  vokal  dengan  bapa  lebih  enam  bulan.  Lega  rasanya penantian itu akan membuka lembaran dan cabaran baru," katanya yang sudah bermain gitar lebih lima tahun lalu.Kata  Damien  lagi,  dia  berasa  bersyukur  dan  dirahmati  dapat  sama  sama  bapa  tersayang melengkapkan portfolio single berkenaan."Saya  membesar  dengan  melihat  perjalanan  dan  perjuangan  bapa  mengejar  cita  cita  serta impiannya. Bapa mencipta jaya dengan hebat dalam industri hiburan tempatan.

SIARAN MEDIA"Fasa   awal,   saya   sejujurnya   tak   dapat   menyembunyikan   resah   gelisah   kerana   tiada pengalaman.  Tapi  bapa  banyak  membantu  dan  buat  saya  rasa  selesa  serta tidak  canggung. Tanpanya, semua ini  tidak mungkin terjadi," katanya.Kata Damien lagi, pada awalnya dia tidak pernah terlintas mengikuti jejak langkah bapa."Hakikatnya  adik  saya  yang  lebih  awal  menunjukkan  potensi  dan  bakat  seninya.  Saya  pula ketika itu hanya bercita cita nak jadi ahli perniagaaan atau juruterbang.Minat saya terhadap nyanyian bagaimanapun bercambah hari demi hari apabila berpeluang melihat rutin seni dan mula jadi berinspirasi dengan apa dilakukannya."Idola saya artis juga komposer kelahiran Australia, Ruel dan Daniel Caesar dari Kanada turut menyuntik  semangat.  Saya  sendiri  ada  menerbitkan  lagu  suka  suka  dan  merancang  untuk mengkomersialkannya pada waktu akan datang," katanya.MINEmenurut  pemahaman  Damien  ialah  sebuah  karya  cinta  di  era  moden  termasuk  sisi berdating dalam talian."Ia  berbalik  kepada  kisah  dan  pengalaman  sendiri  menjejaki  seorang  gadis  yang  disifatkan menarik menerusi media sosial. Keinginan untuk mendekati dan menghantar teks kepadanya cukup kuat."Bagaimanapun  usaha  demi  usaha  diatur  tidak  dipedulikannya.  Bayangkan  perasaan  mesej dihantar di media sosial dibiar sepi. Perasaan tergantung itu saya yakin ramai alaminya.

SIARAN MEDIA"Namun  akhirnya, dia membalas dan memberi jawapan pasti. Momen itu buat saya takjub. Perasaan itu cukup indah apabila rasa cinta yang dizahirkan tidak bertepuk sebelah tangan," katanya.MINEtelah tersediadi semua platform penstriman digital sejak10 Disember lalu manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam