Skip to main content

Debaran Anugerah MeleTOP ERA 2021






 Bahang kehangatan dan debaran menjelang malam kemuncak Anugerah  MeleTOP ERA edisi kelapan atau ‘AME 2021’ kian terasa apabila senarai penuh finalis akhir bagi 16 kategori utama diumumkan secara rasmi pada majlis sidang akhbar yang berlangsung hari ini.


Senarai pencalonan akhir ‘AME 2021’ dilihat cukup meriah dengan kehadiran ramai wajah baharu yang pertama kali dicalonkan serta turut menyenaraikan beberapa wajah lama dan pemenang ‘AME’ dari edisi terdahulu. Untuk makluman, fasa undian pertama telah dibuka bermula 5 Oktober hingga 19 November lalu.


Bertemakan ‘Fresh Black Tie’ dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’, acara penuh prestij ‘AME 2021’ bakal dipancarkan secara langsung dalam format kualiti 4K UHD dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 30 Januari 2021 secara eksklusif di platform Astro Ria (104), Astro 4K UHD (780), Astro Go, On Demand dan sooka.


Acara karpet merah menerusi program ‘Konsert Tirai AME 2021’ yang dihoskan oleh personaliti ERA; Danial Zaini dan Isha Norsham akan ditayangkan pada jam 8.30 malam. Manakala acara kemuncak ‘AME 2021’ yang dikemudikan oleh tiga pengacara versatil iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Al Hadad pula akan bersiaran tepat jam 9.00 malam. 


Undian fasa kedua boleh dibuat secara online menerusi tiga platform utama iaitu laman rasmi ‘AME 2021’ di www.anugerahmeletopera.com.my, laman rasmi ERA di www.era.je, aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS bermula 14 Disember 2021, jam 6.00 petang hingga 30 Januari 2022, jam 12.00 tengahari.


Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam ‘AME 2021’ kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Ria

“Cabaran menghasilkan kandungan hiburan berkualiti dalam skala yang besar pada musim pandemik bukan mudah. Setiap pendekatan yang diambil serta strategi penyampaian memerlukan perincian yang khusus bagi menjaga sensitiviti norma baharu.


Walaupun landskap dunia seni sudah banyak berubah, namun kami amat berbesar hati dengan sokongan padu peminat yang terus setia mengundi selebriti kesayangan mereka sepanjang proses undian fasa pertama ‘AME 2021’ berjalan. Ini membuktikan penganjuran ‘AME’ masih mendapat perhatian dan kekal relevan sehingga hari ini.


Sebagai penambahbaikan sekaligus memberi nafas baharu untuk edisi tahun ini, kriteria pemilihan pemenang untuk kategori ‘Top Top MeleTOP’ juga turut diperhalusi yang mana ia tidak lagi dinilai berdasarkan undian tertinggi peminat semata-mata. Bagi mengangkat kredibiliti kemenangan ke tahap yang lebih tinggi, keputusan akhir akan dinilai secara profesional oleh barisan panel juri berpengalaman dan berpengaruh dalam industri hiburan tanah air merangkumi platform radio, televisyen, digital dan pengamal media yang dilantik khas.


Kaedah pemilihan yang diperkenalkan ini dilihat dapat merapatkan jurang populariti dan kualiti yang sering mengundang perdebatan ramai kerana kini kedua-dua elemen penting ini perlu bergerak selari.


Daripada segi pengisian malam kemuncak pula, pelbagai kejutan sudahpun dirangka untuk memberikan impak paling mendalam kepada bukan sahaja penggiat seni tanah air tetapi juga jentera peminat yang merupakan tunjang utama di sebalik kejayaan AME selama ini. Bertemakan ‘Yang Fresh, Yang Legend’, kami janjikan pertembungan penuh epik di antara penghibur berbisa dan angkatan baharu pada malam tersebut.”


Dhan Andreas, Pengurus Rangkaian Kandungan, Astro Radio

“ERA teruja untuk terus membangkitkan kemeriahan Anugerah Meletop ERA (AME) 2021, pada edisi tahun kelapan ini. Selaku jenama radio Melayu No. 1 di Malaysia, kami gembira melihat penglibatan menggalakkan dalam menyokong calon-calon yang bersaing pada undian fasa pertama, terutamanya, menerusi kategori berkaitan muzik tempatan. 


Kami berbesar hati menjemput semua peminat untuk terlibat dalam fasa kedua membuang undi senarai ‘Top 5’ bintang kegemaran bagi kesemua 16 kategori bermula hari ini hingga 30 Januari 2022, menerusi laman rasmi AME 2021, laman rasmi ERA, aplikasi SYOK dan juga Sistem Pesanan Ringkas (SMS).”


TRIVIA MENGENAI PENCALONAN ‘TOP 5’ & PERSEMBAHAN ‘AME 2021’



  1. Bagi memastikan ketelusan penganjuran ‘AME 2021’, badan audit bertauliah W.L. Chong & Associates telah dilantik untuk menyelia sebarang keputusan yang melibatkan undian orang awam.


  1. Buat julung kali ‘AME 2021’ bakal menampilkan kelainan baharu dengan membawa masuk selebriti versatil, Sherry Al Hadad sebagai hos utama untuk mengemudi malam kemuncak bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.


  1. Acara karpet merah ‘Konsert Tirai AME 2021’ bakal diserikan dengan persembahan istimewa oleh Da Unknown, Daiyan Trisha, Ara Johari, Lil J, Dolla serta ramai lagi.


  1. Manakala acara kemuncak ‘AME 2021’ pula bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh angkatan penyanyi tersohor yang mewakili generasi ‘lejen’ dan ‘BBNU’ seperti Search, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Hael Husaini, Wany Hasrita, Han Byul, Yonnyboii, Zynakal, Loca B, MK & Tuju K-Clique, De Fam, Bunga, Amir Masdi, Usop, Tajul, Afieq Shazwan, Asyraf Nasir serta ramai lagi.


  1. Penyanyi Khai Bahar menepati ramalan ramai pihak apabila berjaya mendominasi senarai akhir dengan pencalonan terbanyak dalam lima kategori yang dipertandingkan iaitu ‘Lagu MeleTOP ERA’, ‘Penyanyi MeleTOP ERA’, ‘Grup/Duo MeleTOP ERA’, ‘Artis Versatil MeleTOP’ dan ‘Program MeleTOP’. Sebelum ini, penyanyi tersebut juga pernah menggungguli kategori ‘Top Top  MeleTOP’ menerusi penganjuran edisi ‘AME 2018’ dan ‘AME 2019’.


  1. Kumpulan pop yang kian popular, Dolla dan Shiha Zikir turut menyerlah apabila masing-masing tercalon buat pertama kali dalam empat kategori. 


  1. Dolla tercalon untuk kategori ‘Lagu MeleTOP ERA’, ‘Grup/Duo MeleTOP ERA’, ‘BBNU MeleTOP’ dan ‘Artis Baharu MeleTOP’. Untuk makluman, Dolla juga merupakan satu-satunya calon wanita yang berjaya membolosi senarai ‘Top 5’ dalam kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’ di samping pesaing lain yang tidak kurang hebatnya dalam bidang lakonan iaitu Dini Schatzmann, Meerqeen, Nadhir Nasar dan Syahmi Sazli.


  1. Manakala Shiha Zikir pula menerima tiga pencalonan individu untuk kategori ‘Lagu MeleTOP ERA’, ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Artis Versatil MeleTOP’ serta pencalonan bersama dengan rapper Noki untuk kategori ‘Grup/Duo MeleTOP ERA’. Untuk rekod, Shiha juga muncul sebagai finalis wanita tunggal yang tersenarai untuk kategori ‘Bintang Filem MeleTOP’ mewakili filem ‘Hantu Bonceng 2.0’ di samping Fattah Amin, Kamal Adli, Sharnaaz Ahmad dan Syahmi Sazli.




  1. Isaac Raees, anak kepada pasangan selebriti sama cantik sama padan, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza juga merupakan satu-satunya pesaing yang tercalon untuk kali pertama dalam kategori ‘Si Cilik MeleTOP’. Manakala pesaing lain seperti Aqeef Anaqi, Ayya Soffya, Jebat Jayden serta pasangan kembar Arianna Aubrey dan Karl Kareef pernah membolosi senarai akhir dalam penganjuran sebelum ini.


  1. Selain Dolla, Shiha Zikir dan Isaac Raees, pelakon berdarah kacukan Dini Schatzmann juga buat pertama kalinya turut menerima pencalonan dalam dua kategori iaitu ‘Artis Baharu MeleTOP’ dan ‘Pelakon MeleTOP’.


  1. Bintang berbakat besar kelahiran program pencarian bakat Hero Remaja terbitan Astro Ria dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. iaitu Nadhir Nasar dan Meerqeen turut tersenarai sebagai finalis akhir dalam kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’.


  1. Penyampai berita Astro Awani, Luqman Hariz turut berjaya menembusi kelompok finalis akhir bersaing dengan nama-nama popular seperti Jihan Muse, Jep Sepahtu, Alif Satar dan Ebit Lew dalam kategori ‘Personaliti TV MeleTOP’.


  1. Drama komedi seram di bawah penjenamaan kandungan premium ‘Astro Originals’, ‘Kampung Pisang Bersiri-Siri’ arahan sutradara prolifik, Allahyarham Mamat Khalid turut tersenarai dalam kategori ‘Drama MeleTOP’.




INFO PENTING ‘AME 2021’


  1. Penganjuran ‘AME 2021’ diaktifkan oleh 100PLUS selaku Penaja Utama. Manakala portal Gempak dan aplikasi SYOK pula hadir selaku Rakan Digital.


  1. Dua buah kategori utama yang turut dipertandingkan iaitu ‘Influencer MeleTOP’ dan ‘Artis Versatil MeleTOP’ dibawakan oleh 100PLUS. Manakala Duta 100PLUS, Syafiq Kyle dan Rakan Selebriti 100PLUS, Mimi Lana juga bakal membuat penampilan istimewa selaku penyampai anugerah di malam kemuncak ‘AME 2021’.


  1. Bagi merancakkan lagi penganjuran edisi kali ini, aplikasi SYOK turut memperkenalkan peraduan ‘Cabaran SYOK AME2021 yang mana peserta perlu meneka calon finalis yang bakal memenangi kategori utama yang dipertandingkan dalam ‘AME 2021’. 20 pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500 berdasarkan jawapan terdekat dengan keputusan rasmi ‘AME 2021’ beserta slogan yang paling kreatif. Peraduan akan bermula pada 14 Disember 2021 hingga 30 Januari 2022.


  1. Bagi memberi pilihan yang lebih fleksibel, ‘AME 2021’ juga boleh distrim melalui aplikasi sooka dengan melanggan pelan VIP Entertainment RM15.90/sebulan, yang turut menawarkan kandungan hiburan terbaik Malaysia berbentuk drama terbaharu, filem kesukaan ramai, siri eksklusif dan original tempatan yang boleh diakses terus melalui peranti mudah alih. Muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam