DINAMIKA MIA LATEEFA MENERUSI ‘ANIMA’ & ‘ANIMA BELLA’




Bukan satu, bahkan dua single yang dilancarkan serentak, selain Anima yang dinyanyikan dalam

Bahasa Melayu, Mia turut mempersembahkan ‘Anima Bella’ dalam Bahasa Inggeris bagi memenuhi

selera pendengar di luar sana.

Terdahulu, Mia baharu sahaja meriliskan sebuah single berjudul ‘Nothing 2 Prove’ yang menampilkan

aksi tarian ‘bersahaja’ bersama pelakon muda, Nadhir Nasar.

Minat menyanyi yang dimiliki Mia seawal usia 15 tahun bermula hanya dengan penghasilan lagu-lagu

cover bersama teman-teman secara suka-suka, kemudiannya bertukar menjadi serius apabila beliau

mula menghadiri kelas vokal secara profesional di Akademi Suara sehinggalah terlahirnya single

pertama berjudul ‘Hujung Dunia’ dan disusuli pula dengan single ‘Nothing 2 Prove’ pada Nov tahun

ini.

“Bidang seni sememangnya sebati dalam diri saya, saya sangat suka menari dan menyanyi, dan

apabila digabungkan kedua-duanya ada magis yang terhasil.

“Dalam single Anima dan Anima Bella, saya cuba tonjolkan sisi yang lebih dewasa serta berani, dan

lari dari imej keanak-anakan. Kini, saya lebih gemar bereksperimentasi dengan muzik demi

menghasilkan bunyi ‘signature’ Mia Lateefa,” kata pemilik nama Mia Lateefa Keyte ini.

Anima bukan bermaksud ‘animasi’ seperti yang disangkakan tetapi bermaksud ‘jiwa’ dalam Bahasa

Itali yang diangkat menjadi judul single terbaharu Mia.

“Dalam lagu Anima serta Anima Bella ada sebahagian liriknya yang berbunyi ‘Sei la Mia anima

gemella’ yang bermaksud ‘Mia, kamu adalah jiwa ku’ yang sering dituturkan oleh seorang ‘player’

yang cuba membuat mana-mana gadis setia bersamanya.

“Lagu ini tiada kena-mengena dengan kisah peribadi saya, tetapi bagi sesiapa yang pernah

mengalaminya, suba selamai liriknya dan saya pasti pendengar mengerti apa yang disampaikan,”


katanya lagi.

Demo lagu yang diberikan oleh produser muzik, Dua Dua, pada mulanya ternyata menambat hati Mia

dan mereka terus merangka proses seterusnya.

“Peluang bekerjasama dengan komposer-komposer terkenal seperti Kayda ternyata sebuah

pengalaman yang sangat berharga kerana banyak yang saya pelajari dari mereka. Dan mereka tidak

lokek berkongsi ilmu dengan pendatang baru seperti saya.

“Proses rakaman single Anima dan Anima Bella tidak memakan masa yang lama dan berlangsung

dengan lancar,” tambahnya lagi.

Video muzik (MV) yang dilancarkan serentak dengan single Anima dan Anima Bella memaparkan jalan

cerita yang menarik dengan tarian moden yang dikoreografikan oleh pereka tari muda berbakat besar.

“Istimewanya MV Anima, terdapat bahagian satu dan dua, tetapi bagi MV Anima Bella pula, hanya

ada satu bahagian sahaja.

“Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang telah dikhianati dan ditipu oleh lelaki yang dicintainya.

Daripada terus menyalahkan gadis-gadis yang turut mengalami nasib yang sama, lebih baik tonjolkan

‘fantasi’ apa yang mereka mahukan sebenarnya”, kata Mia.

Selain bakat menyanyi yang dimiliki Mia, beliau juga gemar menari dan pernah menghasilkan MV di

laman YouTube yang mempamerkan kebolehan menarinya dalam rentak tari kontemporari dengan

begitu indah sekali.

“Jika nak dibandingkan dengan single Hujung Dunia yang berentak balada pop, Anima dan Anima

Bella lebih rancak dan punya dinamik yang tersendiri. Malah, sesiapa yang mendengarnya pasti

berasa seronok untuk turut menari.


“Secara peribadi, saya lebih gemar menghasilkan muzik dalam genre R&B perlahan, dan kerana minat

yang mendalam dalam bidang tarian, saya hasilkan irama yang boleh saya turut berdansa.

Menurut Puan Lin Hussain, selaku Pengarah Deep Faith Entertainment, "Single Anima jauh berbeza

dari single pertama Hujung dunia. Dalam single terbaru ini, Mia mempamerkan kebolehan menarinya

dengan baik ditambah dengan versatiliti nyanyiannya.

“Selain itu, fesyen yang ditampilkan lebih edgy dengan personaliti yang menyenangkan. Diharap,

pendengar dapat merasai semangat women empowerment yang diketengahkan menerusi single ini.

Bagi Encik Joe Saiful pula, iaitu Pengasas Joe PRC International, “Mia Lateefa adalah artis muda di

bawah jagaan kami yang penuh berbakat dan mempunyai potensi besar dalam industri muzik

Malaysia.

“Sebagai publicist yang berpengalaman, saya boleh jangka sejauh mana seseorang artis itu mampu

pergi dan saya nampak potensi tersebut dalam diri Mia.

“Semoga single Anima dan Anima Bella dapat diterima ramai dan melonjakkan lagi nama Mia Lateefa

sebaris dengan nama-nama besar di Malaysia.

Sebagai anak seni yang masih mengorak langkah dalam industri hiburan, Mia meminati Yuna kerana

pencapaian yang diraihnya di peringkat antarabangsa.

“Saya menjadikan Yuna sebagai idola saya kerana kerja keras yang dilakukannya membuahkan hasil

sehingga berjaya menempa nama di luar negara, selain pernah bekerjasama dengan nama-nama

besar industri muzik dunia.

“Semoga single Anima dan Anima Bella menjadi titik tolak saya ke arah itu. Selain itu saya berharap

agar single terbaru saya ini mendapat tempat di hati penggemar muzik dan membuatkan anda mahu

bergoyang apabila mendengarnya,” akhiri Mia.


Lagu Anima dan Anima Bella boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering

panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati

pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube

Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV Anima bahagian pertama dan Anima Bella boleh ditonton secara eksklusif hanya di

YouTube Warner Music Malaysia, dan MV Anima bahagia kedua pula boleh ditonton hanya di

YouTube Mia Lateefa Keyte. https://www.youtube.com/watch?v=eHuyiEoUTv8

Anima - https://WMM.lnk.to/Anima

Anima Bella - https://WMM.lnk.to/AnimaBella

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL