DOKUFILEM SITI: ARE YOU READY? DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR - LIVE IN CONCERT
Apa sahajalah yang tidak mampu dilakukan oleh
seorang legenda bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Diselang-seli dengan
kesibukan dalam persiapan melakukan konsert berskala besar di tiga buah negara,
bersulam dengan kesibukan memikul tugasan sebagai isteri dan ibu, Siti mampu
melengkapkan filem dokumentari yang bakal menjadi santapan jiwa buat peminat
Siti khususnya.
“Siti: Are You Ready?” merupakan sebuah filem dokumentari
berdurasi 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas,
persembahan langsung serta “Untold Story”
sepanjang jelajah Konsert "Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour" di tiga
buah negara iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur).
Filem dokumentari ini mengangkat sudut pandang
seorang isteri, ibu dan penyanyi dalam kehidupan seharian serta memaparkan perjuangan
beliau 'berlawan' dengan diri sendiri serta kebimbangan yang dilaluinya menuju
ke hari konsert.
Beliau kembali bangkit meneruskan rutin sebagai
penyanyi selepas cuti bersalin lalu muncul di pentas berskala besar. Dan pastinya
konsert tersebut meninggalkan memori dan kesan sentimental yang bukan sedikit
buah Siti dan para pencinta penyanyi kesayangan ramai ini.
Segala pengalaman bersama para peminat dan
rombongan konsert jelajah ini dikongsi dalam filem dokumentari ini. Dari
sekecil-kecil persediaan hinggalah sebesar apresiasi peminat dan pecinta seni,
semua dipaparkan dalam filem yang diterbitkan oleh Shiraz Projects dan Siti
Nurhaliza Productions ini.
Menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar
sebagai pengarah, Siti: Are You Ready? mempamirkan kebolehan luar biasa M.Azhar
Rot dan Anz Izwan memikul tanggungjawab sebagai pengarah filem ini. Kebolehan
dua pengarah muda ini bukan sahaja boleh dilihat dengan mata kasar melalui
sinematografi serta visual yang diambil namun lebih bermakna lagi apabila
mereka bijak mengambil jiwa dan rasa di sepanjang pembikinan konsert ini
berlangsung. Ini semua bakal dirasakan melalui filem ini. Penuh jiwa dan rasa!
Aspek dokumetari yang paling menarik apabila Siti
Nurhaliza menonjolkan kecintaan yang tulen dan tidak berbelah bahagi terhadap
muzik dan kehidupannya. Buat pertama kalinya, beliau mendedahkan segala-galanya
di hadapan kamera. Dan anda perlu menjadi sebahagian dari penonton hari - hari
bersejarah beliau.
DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR - LIVE IN
CONCERT
Dato’ Sri Siti
Nurhaliza on Tour – Live In Concert” ialah gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan
di hadapan sekitar 20,000 para peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur pada
2019. Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora
Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019
(Axiata Arena, Kuala Lumpur)
Konsert yang dilaksanakan bersempena 23 tahun
penglibatan beliau di dalam industri ini mempamerkan kekuatan mental dan
stamina sewaktu beraksi di atas pentas selepas melahirkan cahayamata sulungnya,
Siti Aafiyah.
Konsert ini mendapat sambutan hebat daripada
peminat dan pencinta muzik serta ulasan positif dari pihak media setiap negara.
Ini ekoran, semua aspek melibatkan penghasilan konsert baik sebelum, semasa dan
selepas konsert menjadi keutamaan bagi menghasilkan sebuah konsert yang
berprestij, bertenaga dan meninggalkan kesan tersendiri buat para peminat.
Rata-rata peminat dan pengamal media memuji
sistem bunyi, penatacahayaan, repoirtaire dan pastinya vokal bertenaga dalam
bersahaja Dato' Sri Siti Nurhaliza, ikon seni negara ini.
Tulus turut diundang untuk menghangatkan lagi
suasana konsert dengan dendangan lagunya dan juga duet bersama ‘tuan rumah’
konsert.
Jangan lupa saksikan filem dokumentari,
"Siti Are You Ready?" & Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour
- Live In Concert yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula
30 Disember 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda
juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM19.90 anda boleh
menonton kedua-dua filem dokumentari dan konsert selama 48 jam (2 hari) secara
berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem in menerusi
akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro First.
Bagi mereka yang berada di luar Malaysia dan
Brunei anda boleh melanggan di platform Vimeo on Demand bermula 30 Disember
2021 dengan harga USD4.99 dan boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara
berulang-ulang.
Dato' Sri Siti Nurhaliza, telah memilih TikTok,
platform yang paling pesat berkembang untuk penemuan muzik, secara eksklusif
bagi memperkenalkan filem dokumentari Siti: Are You Ready?" dan Konsert Dato'
Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert berserta dengan tayangan trailer
rasmi, sebuah temubual di balik tabir
dengan tenaga produksi filem, cabaran hashtag, #SitiAreYouReady, dan Malam Gala
Perdana. Beliau memulakan akaun TikToknya apabila lockdown berlaku di Malaysia
dan telah mengumpulkan lebih 1.3 juta peminat di platform tersebut. Sejak itu
sebagai pengguna aktif, Siti telah melihat potensi aplikasi tersebutdan teruja
untuk berkongsi dokufilem pertamanya secara eksklusif di TikTok!
Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada TikTok selaku rakan media dan Dadi
Cinema rakan tayangan perdana bagi filem dokumentari ini. Tidak lupa juga
kepada semua yang terlibat untuk menjayakan filem dan jelajah konsert Dato’ Sri
Siti Nurhaliza On Tour.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
INFO:
JUDUL: SITI: ARE YOU READY? & DATO’ SRI
SITI NURHALIZA ON TOUR - LIVE IN CONCERT
TX DATE:
30 DISEMBER 2021 (MALAYSIA DAN BRUNEI)
PLATFORM:
ASTRO FIRST
TX DATE:
30 DISEMBER 2021 (SELURUH DUNIA KECUALI MALAYSIA & BRUNEI)
PLATFORM:
VIMEO ON DEMAND
PENGARAH:
M. AZHAR ROT DAN ANZ IZWAN
SKOR
FILEM: DANIEL VEERAPEN
PENERBIT:
LOO FOONG MAY
PENERBIT
EKSEKUTIF: SHIRAZDEEN KARIM & DATO’ SRI SITI NURHALIZA
TERBITAN:
SHIRAZ PROJECTS & SITI NURHALIZA PRODUCTIONS (M) SDN.BHD.
Comments
Post a Comment