Skip to main content

FFM 31 KINI KEMBALI



 Setelah agak lama tidak dianjurkan lantaran pandemik Covid-19, Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) akhirnya bakal berlangsung 10 Disember ini.


Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata, untuk FFM31, sebanyak 55 filem yang dipertandingkan merangkumi 32 filem Bahasa Malaysia, Mandarin (lapan), Tamil (11) dan lain-lain (empat).


“Sebagai medan pengiktirafan kepada pencapaian karyawan industri, FFM31 yang mengangkat tema ‘Citra Cinema’ ini membuktikan manifestasi sinema Malaysia yang berinspirasikan keunikan serta variasi cerita, identiti dan nilai tempatan dengan impak pembikinan dan penontonan sejagat merentas sempadan.


“Fokus FFM31 kali ini juga bukanlah sekadar perayaan industri, namun ia platform satu suara di antara kerajaan, karyawan filem dan rakyat bagi bersama-sama mendukung kepada kecemerlangan industri,” ujarnya.


Beliau berkata, sejumlah 28 anugerah secara eksklusifnya dipertandingkan, manakala pemenang hanya akan diumumkan pada malam anugerah.


Jelasnya, ia memberikan kelainan dan debaran menantikan keputusan bagi semua kategori dan anugerah pada Malam Anugerah FFM31.


Tambahnya lagi, konsep penganjuran Malam Anugerah FFM31 buat julung-julung kalinya diadakan dalam konsep pembudayaan norma baharu dengan mengikut SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan pihak kerajaan.


“Pemenang setiap kategori bukan sahaja menerima trofi kemenangan, malah turut menerima hadiah berbentuk wang tunai.


“Bagi pemenang kategori Filem Terbaik akan memenangi  trofi dan Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM500,000 dengan mematuhi garis panduan sedia ada berkuatkuasa bagi tatacara permohonan DKD,” jelasnya.


Acara FFM31 akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan akan disiarkan secara langsung di TV2 pada pukul 9.00 malam, manakala acara Red Carpet disiarkan secara langsung di YouTube Finas Malaysia bermula 8.00 malam

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba