Skip to main content

“HITAM PUTIH WARNA KOTA" PREBET SAPU




 PREBET SAPU', merupakan filem yang dicalonkan FINAS untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi atau OSCARS 2022 untuk kategori Best International Feature. Prebet Sapu merupakan filem Muzzamer Rahman, yang diterbitkan oleh Le Mediator Studio, Kristal Azmir & Konda Kondi Studios.Filem ini juga dihasilkan oleh generasi baru dan juga lepasan sekolah filem di FITA,UiTM dan ASWARA. Prebet Sapu diedarkan oleh TGV Pictures & dipromosikan oleh rakan pemasaran Horizon Film Entertainment. Prebet Sapu atau tajuk inggeris Hail,Driver! telah ditayangkan di beberapa filem festival seperti 15th Jogja-Netpac Asian Film Festival Indonesia , Far East Film Festival Udine Italy 2021, Asian Film Festival 2021 Barcelona, 25th Toronto Reel Asian Internationa Film Festival Canada , 4th Innovative International Film Festival, Bangalore.Filem hitam putih ini juga menjadi filem Malaysia pertama ditayangkan di Smithsonian's Museum, sebuah muzium berprestij di Amerika Syarikat. Prebet Sapu mengisahkan tentang Aman (Amerul Affendi) yang menganggur selepas kematian bapanya, kembali ke Kuala Lumpur dan memulakan perkhidmatan e-hailing haram.Selepas dihalau keluar dari bilik sewa, Aman kemudian berjumpa dengan Bella (Lim Mei Fen) yang menawarkannya tempat tinggal. Prebet Sapu merupakan filem pertama Amerul Affendi dan Lim Mei Fen sebagai watak utama.Prebet Sapu juga menampilkan penampilan istimewa Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Roslan Maadun, Chew Kin Wah, Megat Shahrizal, Jay Iswazir , Anas Ridzuan. Prebet Sapu arahan Muzzamer Rahman merupakan filem Malaysia tentang kehidupan seharian Rakyat Malaysia di kota Kuala Lumpur.Filem ini telah mendapat perhatian dan maklumbalas positif dari penonton dan pengkritik filem dalam dan luar negara. Prebet Sapu akan 'memandu' di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 DISEMBER 2021.Semoga Prebet Sapu mampu memberikan sesuatu yang baru dan segar kepada penonton Malaysia. #filemprebetsapu #prebetsapu #hitamputihwarnakota

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba