Skip to main content

Kamal & Uqasha Sah Bergelar Suami Dan Isteri



 Setelah hampir genap setahun kejutan lamaran terbuka penuh romantis dibuat ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era (AME) 2020, penantian peminat untuk melihat pasangan selebriti popular tanah air, Kamal Adli dan Uqasha Senrose disatukan sebagai suami isteri menjadi kenyataan apabila kedua-dua mereka akhirnya berkongsi khabar gembira berhubung fasa baharu ikatan kasih yang termeterai secara rasmi di majlis sidang media yang diadakan pada hari ini.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga turut mengesahkan hak penyiaran eksklusif untuk membuat liputan khas pada hari bahagia mereka telah diberikan kepada pihak Astro Ria di saluran 104.

Detik bersejarah penyatuan Kamal dan Uqasha bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember 2021 jam 9.00 malam. Momen indah tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand. Selain itu, sebarang berita terkini mengenai liputan majlis tersebut juga boleh diikuti di portal Gempak dan tanda pagar rasmi #KamalXUqasha.

 

   Mengulas lanjut mengenai liputan eksklusif majlis perkahwinan berkenaan, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Ria berkata,“Selaku satu-satunya penyiar rasmi, pihak Astro amat berbesar hati dengan kepercayaan dan kebenaran penuh yang diberikan oleh pasangan merpati dua sejoli, Kamal dan Uqasha kepada kami untuk sama-sama meraikan majlis perkahwinan mereka secara eksklusif untuk dikongsikan bersama penonton.

Program istimewa ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ terbitan Astro Ria ini bakal mengimbau momen manis dan merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. Selain paparan menarik tentang persiapan perjalanan kasih pasangan romantis ini dalam menghitung saat paling dinantikan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, kami juga bakal menyiarkan liputan penuh sekitar majlis akad nikah dan majlis persandingan mereka nanti.

Sebagai pasangan selebriti popular tanah air, para peminat pastinya ingin mengetahui setiap kisah belakang tabir tentang Kamal dan Uqasha yang berlaku sewaktu mereka masih kecil, perjalanan karier, fasa bercinta, lamaran secara langsung di televisyen sehinggalah berakhir di jinjang pelamin. Saksikan temuramah eksklusif ahli keluarga, teman-teman rapat dan rakan-rakan artis mengenai pasangan ini yang akan disiarkan secara istimewa dalam program ini.

Kami berharap pengisian program ini dapat menghiburkan para peminat yang pastinya amat teruja untuk menantikan saat bahagia artis kesayangan mereka disatukan secara sah.”

Bahagian pertama program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang dijadualkan untuk bersiaran pada 11 Disember ini bakal menjejaki kisah cinta kedua mempelai daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin.

Bahagian kedua pada 18 Disember pula bakal membawakan liputan persiapan menuju gerbang perkahwinan dan sewaktu majlis ijab kabul yang bertemakan dalam taman atau ‘Garden Wedding’.

Manakala bahagian ketiga yang akan disiarkan pada 25 Disember kelak bakal menyiarkan liputan persiapan terakhir dan sewaktu majlis malam berinai serta resepsi pasangan raja sehari Kamal dan Uqasha.

Sebelum ini, hubungan mesra Kamal dan Uqasha mula dihidu peminat setelah digandingkan bersama sebagai hero dan heroin dalam drama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ sekitar tahun 2019, namun tiada sebarang pengesahan dibuat oleh pasangan tersebut. Kisah cinta mereka kemudiannya sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila Michael Ang, pengarah drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ secara tidak sengaja telah mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah mengikuti kursus perkahwinan sewaktu penggambaran drama berkenaan masih berjalan tahun lalu.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti perjalanan kisah cinta penuh romantis pasangan bahagia ini dengan menonton program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’

 

   secara eksklusif di saluran Astro Ria (104), aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand pada 11, 18 dan 25 Disember ini jam 9.00 malam.

Bagi memberi pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim melalui aplikasi sooka sejurus selepas tayangan perdana di Astro Ria menggunakan peranti mudah alih dengan melanggan pelan VIP Entertainment Rm15.90/sebulan. Tekan search di kategori #KamalSha Akhirnya Terlafaz Akad untuk menikmati variasi program istimewa yang menampilkan kedua-dua pasangan mempelai ini seperti ‘Setelah Terlafaznya Akad’, ‘Perempuan Tanpa Dosa’ dan banyak lagi. Muat turun aplikasi sooka di Apple AppStore dan Google PlayStore atau layari www.sooka.my.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam