Kumpulan Tiro Juara Maharaja Lawak Mega 2021 Dan Teka Teki Siapa Sang Bara Terjawab.




 Finale Program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) yang bersiaran secara lansung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) semalam menobatkan KUMPULAN Tiro  sebagai juara program Maharaja Lawak Mega musim ini sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.


Dengan tema bebas dan muzikal komedi, Tiro yang dianggotai oleh  Syarif (Botak), Saiful (Melati) dan Danial Zaini menampilkan dua persembahan bertenaga serta menerima pujian daripada juri.


Naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Puteh dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.


Sementara itu, kumpulan Bora pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.


Kumpulan Bahye dan Tobat pula masing-masing hanya mampu berpuas hati di tempat keempat dan kelima.


Bahye membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Tobat pula membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.


MLM2021 masih mengekalkan format pemarkahan sebanyak 70 peratus daripada juri manakala 30 peratus daripada jumlah undian online oleh penonton. 




Identiti suara Sang Bara yang selama ini kekal  misteri sejak episod pertama program MLM 2021 bersiaran terjawab apabila identiti sebenarnya diumumkan pada malam finale program tersebut. Suara misteri Sang Bara adalah milik pelakon, Sharnaz Ahmad. 


MLM2021  dihoskan oleh Datuk AC Mizal serta dibarisi juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Hujan, Uqasha Senrose dan Sang Bara

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM