Skip to main content

LAYLA SANIA CABAR DIRI MELANCARKAN SINGLE RANCAK PERTAMANYA BERSAMA BUNGA, BERJUDUL BAMBINO.




 Penyanyi tempatan Layla Sania yang melancarkan dua single, By Your Side dan Traveler tahun ini mencapai populariti dengan melodi yang lembut dan lirik berkonsepkan inspirasi. Sebelum tahun 2021 berakhir, Layla mencabar diri dengan membawakan lagu rancak pertamanya, sebagai satu hadiah untuk peminat yang berjudul BAMBINO. BAMBINO secara keseluruhannya mempamerkan senario yang jelas. Penceritaan BAMBINO adalah berkonsepkan kepada pemikiran anak muda daripada pelbagai aspek terpencil dalam konteks kehidupan dan pekerjaan. Istilah penyampaian yang digunakan juga adalah bersesuaian dan bertepatan dengan jalan penceritaan. Ketidaksamaran juga diaplikasikan melalui suara anak muda, sebagai contohnya "Jangan bimbang tentang hitam dan putih dan betul dan salah. Kini, terdapat sepuluh ribu jenis gincu merah di dalam dunia orang dewasa. Adalah mustahak untuk mempamerkan fleksibiliti dan jika anda merupakan individu yang serba boleh, anda harus menguasai hubungan interpersonal. Anda boleh mencapai kepuasan dalam duniawi jika anda sedar akan waktu yang tepat untuk mengelak daripada pekara yang tidak perlu dalam kehidupan”. Ia menceritakan tentang proses kehidupan dalam pelbagai sudut selain daripada norma betul dan salah dalam hidup. Kepentingan kepada jurang fleksibiliti dan hubungan interpersonal yang kukuh adalah tunjang kepada corak kehidupan di tempat kerja. Intipati lirik juga memberikan petunjuk bahawa mengapa kini orang muda suka memelihara haiwan peliharaan "Saya lebih rela mengadaptasikan Bambino tanpa sebarang penganiayaan kata-kata dan perbuatan. Sekurang-kurangnya saya mempunyai pendengar yang ikhlas dan setia. Keselesaan yang paling diperlukan adalah pemahaman terhadap ikatan jiwa mendalam kepada sanubari hati.” BAMBINO ditulis oleh pemuzik Malaysia terkenal Chen Hai Wei dan Sun Pei Jia untuk Layla, Chen Hai Wei mempunyai pengalaman bekerja bersama Andy Lau, Huang Xiao Hu, Richie Ren. Irama dan lirik yang dinamik dan signifikan ini, telah berjaya memberikan cabaran baru kepada Layla. Ketika percubaan untuk mempamerkan rentak yang lebih pantas dan R&B, Layla berkata, "Saya terus suka lagu itu ketika mendengar demo, gayanya sangat segar dan ia adalah sesuatu yang Layla tak pernah cuba, dan saya teruja sangat bila dapat tahu duet lagu ni ialah kawan baik saya Bunga! Lagipun ini single Mandarin pertama bagi Bunga, menjadikan lagu ni lagi istimewa bagi kita berdua!". Bunga berkata, "Ini adalah lagu Mandarin pertama saya, dan saya sangat gembira dan teruja diberi cabaran ini, ia merupakan suatu perjalanan yang luar biasa bagi diri saya!”. BAMBINO boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox , Deezer, dan juga iTunes bermula 17 DISEMBER 2021 manakala video muzik rasmi BAMBINO boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia Chinese bermula 17 DISEMBER 2021 jam 9 malam.

 PAUTAN UNTUK GAMBAR LAYLA SANIA DAN BUNGA: https://drive.google.com/drive/folders/1Hk6zwNVc6SXBWBuLWuLi5AOwXayByJDd?usp=sha ring PAUTAN UNTUK LAGU DAN VIDEO MUZIK BAMBINO PADA 17 DISEMBER 2021: https://wmm.lnk.to/Bambino

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba