NORANIZA IRIS ANJURKAN FESTIVAL PERKAMPUNGAN BUDAYA MELAYU 'MALAY WORLD CULTURAL PARADISE' SEBAGAI AKTIVITI TARIKAN PELANCONGAN SECARA GLOBAL MENERUSI PLATFORM MEDIA SOSIAL
'Malay World Cultural Paradise' berhasrat untuk menjadi sebuah produk tarikan pelancongan nombor satu pilihan No. 1 Malaysia khasnya komuniti setempat seterusnya menjadi platform promosi aktiviti seni dan kebudayaan Melayu ke peringkat global. Justeru itu, menjadi produk pelancongan Malaysia yang akan mempamerkan seni dan budaya setempat kepada pelancong menerusi media sosial secara menyeluruh. Festival ini dianjurkan bag membuka rang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya Melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat di samping meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan. Program in adalah kesinambungan kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh Noraniza Idris.
Menurut pengasas program modal insan 'Malay World Cultural Paradise' dan ratu etnik Malaysia, Noraniza Idris, perancangan 2022 akan menjadi satu titik tolak dalam usaha membangunkan seni dan budaya untuk lebih dekat dengan masyarakat generasi pelapis secara agresif walaupun mash menghadapi kekangan pendamik
dan penajaan yang kurang memberangsangkan.
Program ini akan diadakan selama 3 hari di setiap destinasi pilihan yang bakal bermula di AEON Mall Shah Alam Selangor pada 10
hingga 12 Disember 2021, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Program ini seterusnya akan menjelajah ke 7 destinasi negeri pilihan iaitu Johor, Kelantan, Neger Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula awal Januari shingga berakhir Jun 2022. Matlamat sir jelajah Malaysia ini adalah bertepatan dengan misi untuk mengangkat nilai seni dan kemahiran peringkat global ke arah menjana pendapatan negara dan juga profesion
pilihan.
Sepanjang 3 hari di AEON Mall Shah Alam, program ini akan membawakan pertandingan permainan Zapin secara spontan berkumpulan iaitu Tingkah Geruh peringkat on untuk mencari 16 peserta terbaik yang bakal mara ke peringkat Kebangsaan sebagai acara utama. Sebanyak 14 kumpulan akan berentap untuk
mengumpul agregade pencapaian tertinggi. Acara ini akan menjadi aktiviti utama siring dengan majlis pra pelancaran festival
yang berlangsung pada 12 Disember 2021, Ahad, 2.00 petang.
Selain acara ini, terdapat 12 acara sampingan seperti Pertandingan nyanyian "Irama Malaysia Academy Awards”, Pertandingan Kompang Berirama "'Rhythm of Unity”, Pertandingan MUA Awards
kategori cilik dan dewasa, Pertandingan Peragaan Busana kategori dewasa, Pertandingan Permainan Rakyat Congkak, Dam Ular, Batu Seremban dan Bowling Kampung. Pertandingan Treasure Hunt turut
dia dakan bag menyemarakkan aktiviti peserta bersama usahawan.
Sebagai penganjur adalah menjadi hasrat kami untuk menjadikan e-Festour AKZ5.0 ini sebagai festival yang paling meriah dalam
edisinya dengan sasaran 1000 peserta yang turut menarik lebih ramai pengunjung yang hadir dengan pematuhan S.O.P yang ditetapkan.
Justeru, salah satu strateginya adalah untuk membantu produk pelancongan Malaysia dan usahawan kembali pulih dari sudut
ekonomi.
Seiring dengan penganjuran program ini dapat menghimpunkan penggiat-penggiat seni seluruh Malaysia untuk bebas berkarya
menerusi platform pertandingan yang dise diakan. Sasaran program ini turut menyediakan aktiviti peserta seawal usia 4 tahun tapa had umur dan pelbagai kaum.
Sempena pra pelancaran ini, sebuah perjanjian persefahaman akan diadakan bersama Symphony Travel and Tour Sdn Bhd, AEON Mall, Persatuan Bumiputera Make up Artis Malaysia.
Persembahan kebudayaan turut diserikan oleh artis budaya 'Malay World Cultural Paradise' yang akan mempersembahkan tarian multiracial etnik sebanyak 3 kali sehari bermula jam 11.00 pagi, 2.30
petang dan 8.00 malam selama 30 minit. Menjadikan busana Tradisional Melayu sebag ai pakaian rasmi.
Hari pertama, pada 10 Disember 2021, Jumaat, pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Forum Sihat, Budaya, Kecantikan Luaran dan Dalaman. Acara ini akan diserikan oleh 4 orang panel terdiri daripada Dr. Mohammad lhab Bin Ismail mewakili pakar perubatan dalaman, Puan Al Arabi
Binti Mohamed, mewakili pengasas produk makanan kesihatan, Pun Rosnawati binti Salleh mewakili Makeup Artis Malaysia dan
Puan Noraniza binti Idris me wakili Artis Irama Malaysia.
Pengunjung berpeluang merasai permainan rakyat menerusi pertandingan bermain Congkak dan Dam Ular. Pengunjung juga
dapat mengambil peluang mempelajari ass kesenian Zapin sambil membuat seam seni berasaskan 10 modul Zapin di Malaysia
selama 40 minit. Di sebelah malam, acara pertandingan nyanyian lagu-lagu Irama Malaysia pula akan dimeriahkan oleh 10 peserta dari seluruh Malaysia.
Pada hari kedua, 11 Disember 2021, Sabtu, pengunjung akan dapat menyaksikan Tatiseni Awards menerusi penglibatan peserta Akademi Tatihseni Malaysia. Sebanyak 114 anugerah telah dinilai
berdasarkan video tugasan peserta. Pertandingan MUA Awards seramai 30 kumpulan turut dijalankan serentak dengan penyertaan 4 kumpulan terbaik pertanding an Kompang Berirama.
Pada hari ketiga, 12 Disember 2021 merupakan acara kemuncak. Acara akan dimulakan dengan permainan rakyat dan Treasure Hunt. Pertandingan bakat luar biasa kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun, Kids Got Talent akan diteruskan dengan penglibatan 14 peserta menerusi video rakaman awal untuk dinilaikan secara
langsung. Di sebelah petang, majlis pra pelancaran akan disempurnakan oleh YB Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim selaku penaung program ini. Bersempena pra pelancaran ini, 14 kumpulan akan berentap
untuk merebut kedudukan tertinggi bagi melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan kelak.Sebanyak 10 usahawan turut sama
dalam program pra pelancaran ini sebagai pengenalan. Acara ini akan membawakan 50 usahawan tempatan ke 7 buah lokasi
bermula Januari akan datang. Artis terlibat dalam program ini adalah Noraniza Iris, lhab Ismail dan Azmir Ariff.
Program ini dijangka membawa penglibatan 500 peserta bagi mematuhi syarat penyertaan. Program ini anjuran Sekretariat Malay world Cultural Paradise iaitu gabungan Persatuan Tatihseni Malaysia,
Noraniza dris Production Ventures Sdn Bhd, Kerabu Media & Event
Sdn Bhd dan C2Joy (M) San Bhd.
Adalah diharapkan lebih ramai lagi penggiat dan pencinta seni dan budaya di luar sana untuk tampil kehadapan dalam menyokong
usaha sebegini ke arah memartabatkan sei dan budaya warisan Malaysia, sekaligus mengangkat nilai kemahiran dalam kesenian
yang berpotensi menjana pendapatan dan ekonomi.
Comments
Post a Comment