Skip to main content

Shalma Eliana atau kini mahu dikenali sebagai Yana

 


Biarpun baru menyelinap masuk industri muzik tempatan  sejak beberapa tahun ini, Shalma Eliana sentiasa mencuri perhatian dengan imejnya yang menarik serta gaya muziknya yang luar biasa.Mempertaruhkan  bunyi  yang  lebih  segar  untuk  dunia  muzik  tempatan  dan  serantau,  dia kembali dengan sebuah lagi karya berjudul YOUR LOSS.Lagu ini juga memberi peluang untuk dirinya menjenamakan semula nama pentasnya menjadi YANA.“Saya  anggap YOURLOSSsebagai  permulaan  kerjaya  saya.  Permulaan  yang  baharu  kerana lagu  ini  ditulis  sepenuhnya  oleh  saya  sendiri  secara  100%.  Saya  tidak  pernah  yakin  untuk berkongsi karya nukilan sendiri  dengan  pihak umum sebelum ini.Lagipun, lagu ini ditulis di tempat yang paling murni dan tulen iaitu di rumah saya sendiri. Dan di rumah semua orang memanggil  saya  Yana.  Oleh  kerana  itu  Yana  adalah  diri  saya  yang  sejati.  Sebab  itu  saya memilih nama YANA,” jelasnya.Lagu  ini  menceritakan  tentang  sesuatu  yang  dapat  difahami  oleh  ramai  orang  kerana memberi fokus kepada tema pengkhianatan. Ia juga mengingatkan semua pendengar bahawa pengkhianatan  tidak  seharusnya  menjadi  punca  kegagalan  seseorang  dan  kita  tidak  harus merasa rugi jika ada yang gagal menghargai diri kita.Karyaini turut mengingatkan  semua  orang  untuk  menjadi  versi  terbaik  diri  masing-masingdan  kehidupaninisebenarnya  adalah  satu  proses  pembelajaran.  Berbeza  dengan  karya-karyanya sebelum ini yang lebih menjurus kepada irama rancak dan tarian, YOUR LOSSadalah sebuah balada pop yang sarat dengan mainan emosi.

SIARAN MEDIA“Alhamdulillah,proses  menulis  lagu  ini  berjalan  dengan  lancar. Saya  masih  ingat  saat  saya pulang   ke   rumah   dengan   pelbagai   emosi   dan   terus   menulis   lagu ini,kemudian menyanyikannya  dengan  serta-merta. Ada beberapa bait lirik yang saya tulis sewaktu pergi berkhemah. Ia lagu yang tak dijangka. Terjadi begitu sahaja,” jelas YANA.YANAjuga menambah bahawa dia mengambil masa untuk merakam lagu ini dan dibantu oleh Izzy, Shae sertaImar sepanjang proses.Walaupun ini kali pertama bekerja  dengan mereka, dia benar-benar menikmati proses tersebut.“Kami semua mempunyai visi yang sama sewaktu fasa perancangan, dan segalanya tersusun dengan baik. Semua orang tahu apa yang saya mahukan. Secara keseluruhan, sangat senang untuk bekerja dengan mereka yang komited dan memahami diri kita,” tambahnya lagi.Lagu  ini  juga  bakal  menampilkan  sebuah  klip  video  yang  akan  diumumkan  tidak  lama  lagi.Proses rakamannya berjalan dengansangat lancar.“Proses rakaman video mengambil masa sehari untuk selesai. Kami bermula pada jam 7 pagi dan selesai jam 12 tengah malam. Ia ada semua yang kami rancangkan dan saya rasa ia sangat luarbiasa diberi peluang meluahkan perasaan melalui lagu ini,” jelas YANAlagi.“Saya  sangat  berharap  para  pendengar  akan  menyukai  lagu  ini  dan  mampu  memahaminya seperti  mana  saya  mengertikannya.  Ia  dihasilkan  dengan  tulus  dan  merupakan  lagu  paling murni pernah saya hasilkan. Ia juga karya nukilan sendiri pertama yang saya berani kongsikan dengan dunia. Saya harap tiada lagi yang keseorangan selepas mendengar lagu ini,” ulasnya mengakhiri bicara.

SIARAN MEDIAYOUR LOSStelah tersediadi semua platform pentriman digital bermula Jumaat, 26November 2021. Manakala video muziknyapula akan ditayangkan pada tarikh yang sama bermula jam 9 malam di saluran YouTube Universal Music Malysia

 


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba