SNOOP DOGG MEMPERSEMBAHKAN: ALGORITHM(GLOBALEDITION),MENAMPILKAN JOE FLIZZOW DALAM LAGU “ALRIGHT” BERSAMAMETHOD MAN, REDMAN DANNEFERTITTI AVANI, KINI DI VIA DEF JAM RECORDINGS
Bintang dunia,
usahawan, ikon budaya serta Penasihat Eksekutif
Kreatif dan Strategik DefJam
Recordings–menerajui projek sulungnya
untuk syarikat rakamannya
–sebuah projek gergasi
yang menampilkan 32-artis, dalam
25lagu berjudul Snoop Dogg Presents
THE ALGORITHM–untuk pasaran
dunia dengan pelancaran ALGORITHM (The Global
Edition). Persembahan terbaharu ini
masih menampilkan 25 trek asli dalam album asal namun menambah 15 trek unik
yang dirakam semula secara bonus yang diilhamkan daripada versi asal.Setiap lagu
baharu tersebut memaparkan
satu atau lebih
artis dari senarai
syarikat rakaman Universal Music
Group (UMG) dari seluruh
dunia, dan membawa hampir
50 bintang hip-hop
dan R &
B ke dalam album tersebut.“ALGORITHMadalah sebuah
projek yang sangatistimewa buat saya atas pelbagai sebab," kataSnoop
Doggsemasa pelancaran album itu tiga minggu lalu pada tanggal 19November 2021.
"Saya teruja untuk persembahkan
album ini kepada semua peminat saya
di seluruh dunia sebagai yang
pertama di bawah Def Jam Records.
Bersama beberapa rakan lama dan pengenalan kepada beberapa artis generasibaharu
syarikat rakaman
ini, kami sedang
mengubah gelanggang seni
dengan membawa perasaan
masuk Kembali kedalam muzik.”kataSnoop.AlbumSnoop Dogg:
Algorithm (The Global
Edition) merupakan lanjutan kepada
album Snoopyang terbaharu iaituSnoop Dogg: Algorithm yang menampilkan 50
artisdari pelbagai rantau dan Joe
Flizzow telah dipilih secara
peribadi oleh Snoop sendiri untuk
dipaparkan dalam lagu Alright
Redman & Method MansertaNefertittiAvani.“Saya sangat
bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album
untuk karya Snoop,Algorithm (Global Edition). Method Man & Redman merupakan
legenda industrihip-hopdan merekalah sebab utama saya jatuh cinta pada muzik
rap sebelum saya bergelar penyanyi. Berkongsi ruang dalam lagu
bersama dengan Method Man dan Redmansambal diperkenalkan
oleh Snoop Doggdalam
pengenalannya adalah sebuah
mimpi yang menjadi
kenyataan.Saya rasa ini
adalah salah satu
impian saya yang terkabul. Impian saya
seterusnya adalah untuk menampilkan Snoop Dogg dalam
album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun depan,”kata Joe
Flizzow.Keseimbangan adunan semula ALGORITHM (The
Global Edition)memperkenalkan
artis tersohor dan yang baru
mencipta nama di bawah UMG dari setiap penjurudunia.“Terdapat begitu banyak
bakat dalam album ini,” kata Snoop, “pelbagai gaya muzik, ia memecah algoritma. Kini, algoritmanya memberitahu anda untuk
mendendangkan rap sebegini, anda perlu kedengaran seperti ini,namun tidak
menjelaskan perasaanyang harus dirasai. Algoritma saya akan memberikan anda satu perasaan bukan
sekadar bunyi,”tambah Snoop.“Kerjasama
ini bermula dengan
sebuah mesyuaratZOOM di antara Snoop
Dogg dan saya. Kami memainkan
beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan dan beliau memberitahu
yang beliau ingin menampilkan Yung Raja dan saya sendiri. Ini satu langkah yang
besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih
banyak peluang di masa hadapan,” kataJoeFlizzow
Comments
Post a Comment