SYA MELUAHKAN BUAH FIKIRAN LEWAT MADAME
Nama SYA mungkin agak baru dalam dunia seni muzik hip hop tempatan namun kebolehan serta semangatnya tiada batasan. Selepas tampil dengan lagu pertama berjudul ‘Pretty Girl Bop’ bersama bintang kota singa, Yung Raja, SYAkembali dengan sebuah lagi karya hebat berjudul MADAME.MADAMEmerupakan lagu yang meluahkan keinginan serta buah fikiran SYA. Dari keinginan untuk memiliki sebuah kereta Bentley,
hinggalah sebuah vila di Anguila, ia merupakan lagu yang memberi SYApeluang untuk berkhayal dan membayangkan bagaimana untuk menjadikan impian tersebut kenyataan. “I can get what I want, when I want it, and I don’t care about what you think” yang bermaksud “Aku mampu dapatkan apa yang ku inginkan, bila aku mahukan dan aku tak peduli apa kau fikirkan” adalah mesej utama yang disampaikan dalam karya ini. Lagu ini memberi semangat kepada pendengar untuk tampil berani dan mencapai kemampuan sebenar masing-
masing.Menurut SYAirama lagu ini dicipta secara spontan awal tahun
ini.“Di laman Instagram saya ternampak seorang gadis memakairias
kuku ala Perancis
dengan hujung keemasan, maka
terlahirlah kata-kata ‘gold frenchie’ dan dari situ saya berfikir, bayangkan
kalau saya mampu hidup semewah itu dan mempunyai emas di setiap hujung jari
secara nyata. Jadi saya tuliskan
apa yang
saya mahu dan
akan miliki satu
hari nanti. Tiada
rentak. Tiada apa
sama sekali. Hanyalah petikan jari sendiri dan tempo di
dalam kepala. Saya telah menyimpannya di dalam nota suara saya untuk tempoh
yang agak lama,
dan saya tahu
hanya penerbit tertentu sahaja yang
mampu menghidupkan karya ini.
Saya bernasib baik,
kerana jurusolek saya Bubuperkenalkan saya
padaDJ Ziqq. Lantas, saya berjaya menyiapkan lagu ini kerana dia” jelas
SYA.SYAjuga menambah bahawa penghasilan lagu ini dicipta tanpa sebarang
rujukan.
SIARAN MEDIA“Kami menghasilkan rentak lagu ini begitu sahaja. Tiada sampel atau rujukan. Hanya sebuah keyboard dengan melodi tersebut dan terhasillah MADAME. Apa yang paling saya suka tentang proses penuh projek ini adalah jumlah usaha dan kepercayaan yang telah DJ Ziqq berikan kepada saya sewaktu bekerjasama. Dia memberi saya kebebasan untuk bereksperimen dan sebab itulah lagu ini menjadi lagu pertama dan bukan yang terakhir terbitan saya sendiri. Ia memakan sedikit masa namun sangat berbaloi. Ikatan yang telah kami bina semasa bekerjasama sangat istimewa buat saya dan ini bermakna akan lebih banyak kolaborasi antara SYA x DJ Ziqq di masa hadapan. Kami sama-sama belajar sambil maju ke depan,” kata SYAlagi. Lagu ini juga hadir dengan sebuah video muzik yang menampilkan idea
SYAsendiri. Jelas
terbukti projek ini memberi peluang untuk SYAlebih terbabit secara
kreatif dan mengabadikan hasil kerjanya. SYAjuga berharap
lagu ini akan
menunjukkan kepada orang
ramai bahawa dirinya
serius dalam menceburi bidang
seni dan ingin kekal lama dalam industri muzik.MADAMEakan dilancarkan di semua
platform digital bermula Jumaat, 3 Disember
2021. Video lirik rasminya juga akan berada di laman YouTube di saluran
SYA VEVO, pada hari yang sama jam 9 malam pada
tarikh yang sama. Manakala video
muzik rasmi lagu
ini akan berada di
saluran YouTube yang sama, minggu berikutnya jam 9 malam pada
10 Disember 202
Comments
Post a Comment