Artis baru dalam genre Nasyid dan lagu ketuhanan yang menggelarkan diri mereka sebagai Zayne kini tampil dengan single penuh kedua mereka berjudul Kaulah Cinta.
Zayne yang sebelum ini pernah mempertaruhkan lagu berjudul Rindu sebagai single pertama kemudian muncul dengan beberapa lagu rakaman semula atau cover version bersama artis tempatan yang lain, kini mempertaruhkan single terbaru mereka untuk mendapat tempat to hati peminat.
"Alhamdulillah, selepas hampir setahun tidak keluar dengan single penuh disebabkan kekangan wabak Covid-19, akhirnya kami berjaya juga melancarkan single kedua kami ini" Ujar Furqan sebagai ketua kumpulan Zayne.
"Kami sangat bertuah apabila kali ini diberi peluang berkolaborasi dengan label produksi arus perdana World Peace Entertainment yang menaungi artis-artis terkenal seperti Naim Daniel dan Ismail Izzani sebelum ini. Lagu yang diterbitkan bersama Inteam Digital dan World Peace ini bagi kami sangat sesuai dengan kami" tambah Mateen menjelaskan mengenai kerjasama antara Inteam Digital dan World Peace Entertainment bagi menerbitkan single Kaulah Cinta.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Shaqiel Naufal, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga ini merupakan sebuah lagu bergenre pop yang berentak rancak dengan susunan muzik oleh Mas Dewangga. Menurut Firdaus Rahmat, selaku pencipta lagu, proses rakaman hanya mengambil masa 2 hingga 3 jam lebih untuk menyempurnakan lagu ‘’ Kaulah Cinta ‘’.
"Sebelum ini kami sudah keluar dengan single Rindu yang berentak agak perlahan dam sentimental serta beberapa lagu nyanyian semula, kali ini kami tampilkan single berentak agak rancak ini supaya lebih sesuai dengan jiwa remaja sambil menghayati mesej dari lagu ini" tambah Basit.
"Lirik Kaulah Cinta ini walaupun sekali dengar seperti cinta sesama manusia, hakikat sebenarnya ialah ia menyentuh soal cinta teragung iaitu Cinta Pencipta iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Video klip yang kami rakamkan di Hotel Mandarin Kuala Lumpur dan sekitarnya juga membawa mesej walau apa yang kita lakukan, kita mesti sentiasa melaksanakan kewajipan kita kepada Ilahi" ujar Naufal menerangkan mesej yang hendak disampaikan melalui lagu ini.
Lagu Kaulah Cinta yang telah pun sebulan dilancarkan kini berada di seluruh platform digital seperti Youtube Inteam Digital, Spotify, Deezer, KKBox, Apple Music dan lain-lain.
Kumpulan tempatan Salammusik menggunakan kreativiti mereka untuk memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa dengan catatan baru mereka "Kuasa". Punca keganasan yang sama selama beberapa dekad: kesan dari konflik yang tidak dapat diselesaikan antara Israel dan Palestin. Lebih dari satu abad mereka berjuang untuk tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan. “Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, ia akan berlaku berulang kali. Kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak ke meja rundingan. Penggunaan kekuatan hanya menimbulkan lebih banyak kebencian ”, tegas Salammusik Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), jumlah perbelanjaan ketenteraan global meningkat kepada $1981 bilion pada tahun lalu. Melihat dengan lebih mendalam, anda akan menjumpai banyak syarikat yang memperoleh keuntungan berbilion dolar setiap tahun kerana perperangan. “Kami percaya bahawa para pemimpin perl
Comments
Post a Comment