Skip to main content

5 SELEBRITI POPULAR MALAYSIA BERGURU DENGAN 8 MASTER DARI KOREA DAN MALAYSIA



 Primeworks Studios telah berkolaborasi dengan SBS Korea untuk menerbitkan Master In The House Malaysia yang akan mula bersua dengan penonton TV3 mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam - 11.00 malam. Bakal bersiaran untuk 10 episod, lima selebriti popular Malaysia iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam (kumpulan CASSIA) akan berguru dengan 8 ‘Master’ disegani dari Korea dan Malaysia. 



Pada setiap episod, Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam akan diperkenalkan dengan seorang ‘Master’ yang disegani dalam industri yang diceburi beliau. Tanpa mengetahui siapakah ‘Master’ terlebih dahulu, mereka diberikan cabaran untuk menyiapkan tugasan - tugasan yang diamanatkan oleh Master dalam tempoh dua hari satu malam.




Master In The House Malaysia (MITH) menampilkan dua Master Korea dan enam Master Malaysia yang mempunyai kepakaran dan kredibiliti dari kepelbagaian bidang. Son Sung Deuk, koreografer yang mencipta fenomena K-Pop Idol BTS terutamanya koreografi ‘Butter’ yang sedang rancak dalam kalangan Army. Beliau merupakan pengarah HYBE Performance yang sering memenangi anugerah yang berprestij di Korea dan mula bekerjasama dengan BTS sejak kumpulan itu diperkenalkan. BamBam, K-pop Idol yang mencipta nama menerusi kumpulan Got7 sejak tahun 2014. Beliau merupakan seorang rapper, penyanyi dan penggubah lagu yang berbakat besar dan sering menghasilkan lagu-lagu yang membolosi carta-carta lagu.


Barisan Master dari Malaysia ialah Datuk Yusof Haslam, seorang penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang berwibawa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor di Malaysia, Datuk Rashid Sidek, lagenda badminton negara, Sherson Lian, cef selebriti dan hos televisyen Malaysia, dan Usamah Zaid, pengasas dan Pengarah Urusan syarikat animasi miliknya, WAU Animation dan pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali.



Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy  sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G


Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berkata, “Master In The House Malaysia (MITH) merupakan kolaborasi strategik antara Primeworks Studios dan SBS Korea. Terbitan bersama ini telah membuahkan hasil yang sangat memuaskan. Krew penerbitan kami telah menjalani sesi penggambaran bersama-sama dengan pihak SBS selama 10 hari di Korea Selatan bermula hujung bulan Oktober yang lepas.

Kolaborasi sebegini membawa manfaat besar kepada kami untuk bertukar idea dan menimba pengalaman baharu dalam menyajikan kandungan program yang berkualiti. Jutaan terima kasih kepada SBS atas kerjasama baik untuk melancarkan penerbitan MITH dari awal pembabitan. Tidak ketinggalan juga penaja utama MITH iaitu, CheongKwanJang (CKJ), penaja bersama Lifebuoy dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G,” jelas Puan Nini lagi. 


Menurut Kim Ji-Hwan, Pengurus Jabatan Jualan Malaysia dan Singapura, Korea Ginseng Corporation (KGC), “Ini merupakan kolaborasi pertama antara Korea Ginseng Corporation bersama Media Prima Berhad dan kami amat teruja untuk menjadi penaja utama program terbaharu TV3, Master In The House Malaysia. Penggambaran untuk salah satu episodnya telah dijalankan di kilang CheongKwanJang dan muzium ginseng di Buyeo, Korea Selatan. Nantikan pelbagai kandungan menarik yang bakal dipaparkan dalam program ini, yang akan ke udara pada 15 Januari 2022.”


Vincent Chong Weng Kai, Pengarah Pemasaran ‘Homecare’ MYSG berkata, “Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dalam program ini dan memperkenalkan rangkaian produk terbaharu dari Lifebuoy kepada penonton TV3. Lifebuoy BotaniTech menggabungkan sensitiviti produk penjagaan diri dengan kuasa pembasmian kuman produk pembersihan rumah. Rangkaian baharu ini adalah sebahagian daripada strategi kami, “Clean Future”, untuk mengubah produk pembersih supaya lebih mesra alam tanpa menjejaskan keberkesanannya ataupun kemampuannya.”


Menurut Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Korporat, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., "Kolaborasi pertama antara Samsung dengan SBS dan Media Prima Berhad telah membuahkan hasil positif menerusi program Master In The House. Para penonton dapat merasai pengalaman baharu menerusi program tersebut dan bersama-sama dengan Samsung, kami dapat merakam detik pengembaraan yang menarik melalui lensa Samsung Galaxy Z Flip3 5G.”




Ikuti pengembaraan istimewa Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam dalam Master In The House Malaysia mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam - 11.00 malam di TV3. Anda juga boleh menyaksikan program ini secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton. Gunakan  #MasterInTheHouseMY untuk menghangatkan perbualan di media sosial.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia 





Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam