Skip to main content

DJ Lin Dan Suria Cinta Di Suria FM


 

Penyampai radio popular yang juga Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin mendedahkan stesen radio tersebut bakal mempunyai ‘ahli keluarga’ mereka yang baharu tidak lama lagi. 

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 47 kriteria pemilihan bagi penyampai radio Suria FM itu kelak tidak terhad hanya kepada golongan selebriti.


 Malah, DJ Lin menggalakan generasi muda terutamanya graduan universiti lepasan komunikasi untuk menyertai keluarga besar mereka. Jelas Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest 2021 itu, dia mengharapkan generasi muda akan menjadi pelapis kepada penyampai-penyampai radio yang lain.


“Sejujurnya saya cakap kami memang tengah mencari penyampai baru tetapi tidak meletakkan syarat seperti hanya terbuka kepada selebriti kerana bagi saya kita juga perlu berikan laluan kepada golongan muda untuk mencuba khasnya kepada lepasan universiti yang mempunyai kelulusan dalam bidang komunikasi, yang berbakat dan berminat. Kami perlukan pelapis dan mungkin saya akan cari akan cari lagi dua atau tiga penyampai.


“Sampai sekarang sebenarnya ramai bekas penyampai radio dan selebriti turut bertanyakan kepada saya sekiranya tawaran tersebut dibuka. Bagus sebenarnya, kerana disitu saya tahu mereka ini ada dan berminat serta sudah tentu kami mempunyai banyak pilihan untuk memilih penyampai radio yang baru.


“Jadi kalau ditanya akan ada penyampai radio baru, insyallah akan ada” kata DJ Lin 


Bagi segmen Suria FM pada tahun 2022 pula, DJ Lin berkata semua segmen yang sedia ada akan dikekalkan. Manakala bagi penyampai radio yang baharu kelak, mereka akan diletakkan dalam segmen yang tidak utama atau akan bergandingan bersama penyampai radio Suria FM yang sedia ada sebagai pengenalan buat para pendengar.


“Bagi segmen pula segalanya akan dikekalkan seperti mana ada sekarang di Suria FM. Untuk mereka yang baru, sebenarnya agak berisiko jika diletakkan mereka dalam segmen utama kerana mereka masih baru dan pendengar tidak mengenali mereka.


“Jadi saya rasa buat sementara waktu saya akan letakkan mereka di slot yang bukan utama seperti segmen hujung minggu atau berpasangan dengan penyampai berpengalaman. Secara tidak langsung mereka bukan sahaja belajar malah identiti mereka juga akan diperkenalkan dengan lebih lagi” katanya lagi


Dalam perkembangan lain, DJ Lin turut memaklumkan Suria FM telah berpindah ke bangunan yang baru di Menara The Star, disini. Menyifatkan tahun 2021 sebagai satu pencapaian terbesar Suria FM, satu majlis kesyukuran dab bacaan yasin serta doa selamat akan diadakan pada 27 Januari 2022 secara virtual jam 9 malam.


Mengajak semua pendengar untuk sertai majlis tersebut bersama penyampai-penyampai radio Suria FM, DJ Lin turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada mereka sepanjang 17 tahun ke udara.


“Alhamdulilah kami telah berpindah ke pejabat baru pada 17 Januari lalu di Menara The Star dan kini dalam proses kemas dan sebagainya. Suria FM juga mencatat pencapaian yang sangat luar biasa dan paling tinggi pada tahun 2021 dan ia merupakan sejarah manis sepanjang kami beroperasi.


“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan yang diberi terutamanya rakan-rakan media yang banyak memberi publisiti dan sudah tentu dari pendengar kesayangan kami yang setia mendengar. Tanpa mereka sudah tentu pelanggan kami tidak akan memilih Suria FM sebagai rakan strategik.


“Untuk itu, pada 27 Januari ini kami akan adakan kenduri kesyukuran yang kami namakan salam suria 2022 dan majlis bacaan yasin juga akan diadakan secara virtual” kongsi DJ Lin


DJ Lin ditemui di majlis pelancaran single pertama Farah Rose berjudul Ceritaku di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini. Untuk rekod, DJ Lin yang terkenal dengan slot Suria Cinta merupakan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 buat tahun ketiga sejak kali pertama merangkul trofi itu pada ABPBH 2015.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba