‘FAZURA BESTIES’ Pupuk Semangat Fazura untuk Lebih Maju
Semestinya satu kepuasan hati apabila dapat memberi peluang menjana
pendapatan untuk orang lain. Bagi pelakon, penyanyi dan usahawan yang tidak
asing di dalam industri hiburan, Nur Fazura Sharifuddin, 38, kemajuan dalam
bidang perniagaan bersama dengan para ‘Besties’ beliau adalah satu
pengalaman yang mengujakan.
Kejayaan stokis dan ejen atau lebih mesra digelar ‘Besties’ itu diraikan dalam satu majlis makan malam
gala, ‘#MilikSemua – An Evening with Fazura & Besties’ bertempat di
Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
“Syukur ke hadrat Ilahi, Faz sememangnya sangat
berbangga dengan kejayaan Besties yang sama-sama mendukung rangkaian produk yang
diasaskan seperti hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare,
produk kecantikan, Fazura Beauty, serta rangkaian fesyen dan akesesori, Fazbulous.”
“Besties ini mampu menjana pendapatan bulanan yang
lumayan dan alhamdulillah, lebih 4,000 orang ejen dan dropship berdaftar
dibawah syarikat.”
“Ini memupuk lagi semangat saya untuk bergerak bersama
lebih ramai lagi mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan serta yang menghadapi
pelbagai cabaran kewangan ketika pandemik COVID-19 ini.”
“Majlis keraian ini adalah satu penghargaan untuk
Besties saya semua sepanjang pembabitan saya dalam bidang keusahawan ini dan
kerana itulah saya memilih slogan ‘Milik Semua’ kerana saya mahu ramai orang menikmati
rangkaian produk saya dengan harga mampu milik yang sesuai untuk semua.” kata Fazura.
Antara produk yang paling laris adalah Tudung Fazura yang pernah mencapai
rekod jualan tertinggi untuk satu koleksi sebanyak 200,000 helai.
Perancangan untuk mencari stokis dan ejen baharu serta menlengkapkan
mereka dengan latihan dan bimbingan dalam perniagaan akan menjadi salah satu
misi utama syarikat untuk tahun 2022 ini.
Menurut Fazura lagi, beliau turut berhasrat untuk mengeluarkan lebih
banyak produk gaya hidup dan muslimah pada masa akan datang.
Rangkaian produk-produk FAZBULOUS, TUDUNG
FAZURA, FAZURA SKINCARE dan FAZURA BEAUTY ini boleh didapati melalui
stokis-stokis berdaftar Fazura Skincare di Semenanjung Malaysia, Singapura dan
Brunei Darussalam serta di laman sesawang rasmi di www.fazbulous.com dan di Shopee Mall Fazura Official Store.
Comments
Post a Comment