Skip to main content

Makan Malam Amal Anuar Zain – “Karena Aku Cinta”



 Makan Malam Amal Anuar Zain – “Karena Aku Cinta” bakal diadakan 5 Mac 2022 ini di Ipoh International Convention Centre, IICC bermula pukul 8.30 malam bagi menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan “Frontliners” yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang Pandemik Covid-19 dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat Pandemik Covid-19. “Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad ini bertujuan untuk berhibur sambil beramal. Malah jemputan rasmi juga telah dipersembahkan kepada Duli-Duli Tuanku Perak”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bond Holdings Sdn Bhd, Encik Ong Teng Boon. Speaker DUN Perak, YB Dato' Mohammad Zahir Bin Abdul Khalid berkata, “Makan malam amal dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak,

 Majlis Bandaraya Ipoh, Bond Holdings Sdn Bhd, Sycal Ventures Bhd, Tourism Perak Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agensi kerajaan lain ini akan merealisasikan tujuan murni ini, dalam masa yang sama dengan adanya program-program seperti ini dapat menaikkan nama Negeri Perak sebagai destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. Kami berharap dalam proses pemulihan ekonomi ini, industri pelancongan & kesenian Perak akan dapat dipertingkatkan, di samping memperkenalkan Ipoh International Convention Centre (IICC) di mata dunia. Ipoh International Convention Centre (IICC) merupakan mercu tanda bagi negeri Perak khususnya di Bandaraya Ipoh

 dengan keluasan 32,000 kaki persegi.” Penganjuran makan malam amal ini sebagai salah satu platform bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan serta keluarga “Frontliners” yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang Pandemik Covid-19 dan menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan kerana Pandemik Covid-19. Malah ia juga bertujuan untuk mengembalikan kemeriahan industri muzik selepas pandemik. Persembahan selama lebih kurang 40 minit ini akan menampilkan Anuar Zain dengan diiringi oleh piano oleh Lee Sze Wan yang juga

 bertindak selaku Pengarah Muzik. Tambah Ong Teng Boon lagi, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama menyaksikan Makan Malam Amal Anuar Zain – “Karena Aku Cinta” ini bagi berhibur sambil beramal. Harga tiket dari RM 230.00, RM280.00 dan RM380.00. Sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi atau WhatsApp di talian 011-36088001 atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ IICC. Diharapkan para peminat Anuar Zain khususnya datang dan menyokong Makan Malam Amal tersebut dan dengan harga berpatutan ini dapat diraikan oleh orang ramai untuk berhibur di Ipoh dengan menikmati makan malam yang enak.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba