Skip to main content

Selepas Kejayaan Luar Biasa Single Pertama ‘Jangan Marah (Baby Sayang)’ Yang Viral, Boyband Malaysia Popular Terus Mara Dengan Single Kedua Ciptaan Mereka Sendiri

 


Buat julung-julung kalinya Ace Talents dengan  kerjasama  dinamiknya  bersama Universal  Music  Malaysia,  bergabung tenaga  bagi  memperkenalkan  single  kedua  boyband  Malaysia  yang  kian  popular, UNKNOWN, berjudul ‘Tersakiti’.UNKNOWN yang dianggotai 5 anak muda berbakat besar terdiri daripada Momo, Haf, Zaq, Ameerdan Izmeerditubuhkan melalui sesi ujibakat kelolaan Ace Talents yang  telah  melalui  pelbagai  proses  latihan,  usaha  sama  dan  suai-kenal  yang memakan  masa  berbulan  lamanya  sehinggalah  terlahirnya  single  pertama  mereka berjudul ‘Jangan Marah (Baby Sayang)’ yang melonjak viral di laman sosial TikTok dengan hampir 300 ribu tanda suka.“Alhamdulillah,  setelah  penerimaan  luar  jangkaan  daripada  peminat  terhadap single pertama kami berjudul Jangan Marah (Baby Sayang), UNKNOWN semakin dikenali  terutamanya  di  laman  sosial.  Kini,  kami  ingin  meneruskan  kejayaan tersebut dengan single kedua berjudul Tersakiti.“Lagu Tersakitiini dicipta oleh saya sendiri bersama Haf, dan idea disebalik lagu ini diinspirasikan daripada lagu Korea yang menjadi kegilaan remaja masa kini.SIARAN AKHBARUntuk Siaran SegeraUNKNOWN RILIS SINGLE KEDUA BERJUDUL ‘TERSAKITI’

“Ia menceritakan tentang kisah percintaan remaja yang banyak onak dan durinya, Tersakitibermaksud memberi pesan buat mereka yang sedang merasa ‘sakit’ atau ‘pedih’ di dalam jiwa yang diolah bentuk menjadi sebuah lagu,”terang Momo.Lagu  yang  berdurasi  3:51  minit  dalam  nuansa  hip  hop  dengan  elemen  RNB  ini dimulai  dengan  intro  yang  perlahan  namun  menggamit  perasaan  kemudiannya diselitkan  dengan  tutur  kata  rap  oleh  Haf  yang  penuh  bertenaga,  dan  diwarnai dengan korusnya yang pasti membuai jiwa.“Proses rakaman yang bertempat di Studio Platinum mengambil masa selama 1 hari  saja,  manakala  1  minggu  lagi  diperuntukkan  untuk  proses  penambahbaikan serta mastering.“Sewaktu  proses  rakaman  sedang  berlangsung,  kami  sekumpulan  berpeluang bekerjasama  dalam  membentangkan  idea  dan  pendapat  masing-masing  untuk mewarnai  karya  tersebut.  Banyak  yang kami  pelajari  selain  dapat  mengeratkan hubungan sesama kami secara kolektif,”kata Haf.Video   muzik   (MV)   yang   bakal   ditayangkan   serentak   telah   melalui   proses penggambaran di beberapa lokasi sekitar Putrajaya, Subang Jaya serta Shah Alam dengan menampilkan jalan cerita serta koreografi tarian yang menarik.“Jalan cerita MV Tersakitimengisahkan tentang seorang lelaki yang mempunyai kawan  baik  perempuan  yang  sedang  mengalami  tekanan  dan  kesedihan  selepas ditinggalkan teman lelakinya. "Lelaki tersebut berkali-kali memberi pesanan agar kawan baiknya itu agar tidak terus ditenggelami dalam kesedihan dan kesakitan yang dialami,”jelas Zaq.

Menurut MissAzuein  Alonto,  selaku Ketua  Pegawai  Eksekutif  Ace  Talents, “Saya percaya dengan bakat UNKNOWN, manakan tidak, single pertama mereka mendapat sambutan luar biasa dan menjadi viral di beberapa laman sosial.“Saya berharap dengan terlancarnya single kedua berjudul Tersakitiini dapat melonjakkan lagi nama UNKNOWN dan lebih dikenali ramai, mana tahu mungkin juga dapat menembusipasaran Indonesia serta Asia Tenggara.Walaupun baharu, UNKNOWN sudah pun berjaya menempa nama dan mendapat tempat  di  hati  para  pendengar,  single  pertama Jangan  Marah  (Baby  Sayang) juga berjaya mendapat perhatian pendengar dari seberang kerana melodinya yang catchy.“Kami  masih  lagi  dalam  fasa  mencuba  pelbagai  genre  dan  sedang  mencari ‘signature’ bunyi UNKWON, apa yang kami cuba tonjolkan adalah sesuatu yang segar, sedikit ‘gila-gila’ dan baru.“Setiap  daripada  kami  mempunyai  watak  yang berbeza,  Momo  seorang  yang ‘genius’, Haf sentiasa dengan peribadinya yang ‘cool’, Zaq pula sangat berbakat, Izmeer ada sifat yang melankolik, dan saya pula suka membuat orang tertawa,”kongsi Ameer.Perjalanan  UNKNOWN  masih  lagi  jauh,  dan  anak-anak  muda  ini  sudah  pun menunjukkan dedikasi dan minat yang mendalam dalam bidang muzik.“Berilah  kami  peluang  menonjolkan  bakat  dalam  mewarnai  industri  muzik Malaysia sebagai pelapis generasi baru.

“Kami berharap agar ramai yang dapat menerima lagu Tersakiti, setiap  komen positif    mahupun     negatif     yang     kami     terima,     sangat     dihargai     dalam mempertingkatkan mutu muzik yang kami persembahkan.“Akhir sekali, buat sesiapa yang mendengar lagu Tersakiti, bukalah mata dan jiwa anda  agar  memahami  situasi  orang  sekeliling  yang  sedang  mengalami  masalah jiwa,  bukan  saja  dalam  percintaan,  tetapi  dalam  kehidupan  seharian,”akhiri Izmeer.Lagu Tersakitiboleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering  menerusi  ke  semua  syarikat  telekomunikasi  tempatan  sertaboleh  didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.Manakala  MV  single  ini  pula  boleh  ditonton  secara  eksklusif  hanya  di  saluran YouTube Ace Talents.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam