Shahir Zawawi Dinobatkan Juara Program Realiti Hijrahkan Laguku, Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM100,000






Penyanyi Shahir Zawawi telah dinobatkan sebagai juara program realiti Hijrahkan Laguku, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.


Mempersembahkan lagu Madahku (lagu asal Madah Berhelah), Shahir berjaya menewaskan tiga peserta lain yang turut bersaing dalam aksi final.


Sementara itu, Mark Adam, Iwan Syahman dan Dato Nash berpuas hati apabila masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 setiap seorang.


Selain itu, Iwan Syahman juga meraih Anugerah Sawa’ Assabil dengan membawa pulang wang RM3,000 yang akan 


Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad.


Untuk saingan final, semua peserta telah diadili oleh dua orang juri tetap iaitu Fauzi Marzuki & Hazamin Inteam, manakala Ustaz Don Daniyal Don Biyajid selaku pendakwah jemputan. 



Comments

Popular posts from this blog

5 SELEBRITI POPULAR MALAYSIA BERGURU DENGAN 8 MASTER DARI KOREA DAN MALAYSIA

MUSIC OF THE SOUL :AN EVENING BERSAMA DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Gadis Pilot Lancar Single Terbahru Ceritaku - Farah Rose