Skip to main content

Anzalna Nasir Wajah Terbaru Loveta, Anak Perempuan Shuib Jadi Pewaris




Meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Siti Sarah Raissuddin melalui jenama tudung yang dibangunkan, pewaris yang ditinggalkan tidak lagi menoleh kebelakang apabila meneruskan kerjasama strategik bag membangunkan jenama Loveta merentas sempadan dunia.


Kali ini Loveta berbesar hati mengumumkan kerjasama bersama pelakon dan selebriti

popular, Anzalna Nasir menerusi kempen Loveta X Aznalna yang bermula 5 Januari yang lalu.


Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire (M) Sdn Bhd, Siti Fatimah Suberi, 34 tahun, beliau menganggap kerjasama bersama Anzalna merupakan sesuatu yang menarik memandangkan ini merupakan kali pertama pelakon berkenaan berkolaborasi dengan jenama tudung.


“Saya gembira kerana niat untuk bekerjasama dengan Anzalna berjalan dengan baik sekali.Apabila kita menyatakan hasrat untuk 'menyunting' beliau, hasrat tersebut disambut dengan baik dan bermulalah kerjasama antara kami.


"Apa-apa pun saya berterima kasih kepada hubungan baik yang terjalin antara Anzalna dan arwah Sarah sejak dahulu. Ini juga yang menjadi sebab utama kenapa beliau (Anzalna) sudi memilih jenama Loveta dalam kempen kali ini, " kata Siti Fatimah.


Menerusi kempen Loveta X Anzalna, mereka memperkenalkan Anzalna Shawl yang juga

merupakan shawl semi instant yang hadir dengan 11 koleksi warna yang menarik

pandangan mata.


Menariknya, mereka menghasilkan produk kali ini dengan mengikut citarasa pelakon

berkenaan yang mahukan satu tudung yang mudah dipakai namun mempunyai kelas dan

standard tersendiri.


Ditambah pula dengan penghijrahan Anzalna sendiri yang kini sudah tampil berhijab, pastinya koleksi yang diperkenalkan diharap dapat memenuhi citarasa kebanyakan wanita bertudung.


"Pada dasarnya Allahyarham Sarah pernah menyatakan hasrat untuk bekerjasama menerusi satu produk namun perkara tersebut tidak kesampaian. Tapi saya secara peribadi bersyukur kerana dapat menunaikan hasrat arwah sekarang.


"Walaupun ada beberapa jenama lain yang turut sama menyatakan minat untuk

bekerjasama dengannya, beliau akhirnya memilih jenama Loveta. Ini yang membuatkan saya terharu," kata Siti Fatimah lagi.


Sejak memulakan perniagaan awal 2020, Loveta sudah mengeluarkan 7 jenis koleksi tudung termasuklah Solehah yang mendapat sambutan ramai sewaktu mula dilancarkan.


Anzalna Shawl pula adalah koleksi kelapan yang dikeluarkan oleh mereka yang boleh dibeli melalui ejen dan stokis di seluruh negara dengan harga RM59 sahaja.


Selain daripada memperkenalkan kempen Loveta X Anzalna, Siti Fatima yang juga

merupakan ibu tiri kepada Allahyarham Sarah mengumumkan Dzakira Talita Zahra, 9 tahun sebagai pewaris jenama Loveta.


Talita yang juga merupakan anak perempuan tunggal kepada Shuib dan arwah Sarah akan menyambung legasi perniagaan memandangkan dia sendiri sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang fesyen dan perniagaan.


Mereka juga sudah merancangan untuk memperkenalkan tudung untuk kanak-kanak

sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


"Apa-apa pun kami akan memberikan tumpuan kepada kempen Loveta X Anzalna yang baru sahaja bermula. Kita berharap kerjasama ini akan berterusan dan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.


"Selain itu kita juga berharap penghijrahan Anzalna juga akan menjadi inspirasi kepada

wanita di luar sana untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa," tambahnya lagi.



MENGENAI RATASYA EMPIRE (M) SDN BHD


Ratasya Empire (M) Sdn Bh merupakan syarikat yang diasaskan oleh Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan Siti Fatimah Suberi sejak 2019.


Melalui perniagaan yang diusahakan pihak syarikat sudah mengeluarkan beberapa produk di

bawah pelbagai nama seperti Loveta, Ratasya Cosmetic, Ratasyacare dan produk makanan Unagi.


Melalui Loveta, pelbagai koleksi hijab sudah dipasarkan dan pihak syarikat komited untuk meneruskan pasaran tudung setanding dengan jenama besar yang lain sedikit masa lagi.


Memberikan tumpuan kepada hijab (instant) dan pakaian mengikuti perkembangan terkini yang pastinya selesa, cantik dan kemas. Loveta juga pernah mengeluarkan hijab untuk kanak-kanak dan juga pakaian untuk lelaki.


Selain itu, Ratasya Cosmetics ialah perniagaan alat kosmetik yang berkualiti tinggi dan sangat digemari oleh semua golongan tidak kira muda ataupun tua.


Ratasyacare ialah produk pencuci alat sulit wanita yang diperbuat dari bahan-bahan

traditional seperti manjakani, sireh, gambir dan kacip Fatimah.


Unagi ialah kerepek makanan yang sesuai di makan seisi keluarga. Diperbuat dari ikan kod, telur masin dan rumpai laut. Ini produk terakhir yang dibawa masuk ke dalam Ratasya Empire (M) Sdn Bhd

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam