YONNYBOII LUAHKAN CINTA DALAM NIKI
Selepas
menggegarkan dunia muzik tempatan dengan pelbagai lagu hit, salah seorang
bintang hip hop tersohor Malaysia Yonnyboii kembali dengansebuah lagi karya
hebat berjudul NIKI.Yonnyboii yang baru
sahaja tersenarai sebagai
salah seorang peserta
akhir anugerah berprestij,
Anugerah Juara Lagu lewat lagunya ‘Salahku’ mengatakan NIKI, sebenarnya adalah
tentang pasangan hidupnya.“Lagu ini sebenarnya tentang cinta saya kepada isteri
saya Nina. Saya tulis lagu ini beberapa hari
sebelum kami bertunang,
sambil membayangkan betapa
indahnya hari perkahwinan kami nanti sewaktu duduk di atas
pelamin,” kata Yonnyboii tentang lagu tersebut.“Saat saya menulis lagu ini,
saya seperti tidak percaya yang kami
bakal bertunang dan
hari perkahwinan kami semakin
dekat. Saya telah
pun merancang supaya
lagu itu dimainkan
di majlis resepsi. Dan kini saya ingin kongsikannya dengan seluruh
dunia,” tambahnya.Dicipta dan ditulis
oleh Yonnyboii sendiri
laguromantikitu disusun oleh
SeaTravel dan diterbitkan oleh
SLACK bersama Yonnyboii sendiri.Yonnyboii
yang baru sahaja
melangsungkan perkawinannya tidak
lama sebelum ini menyatakan bahawa NIKImenceritakan kisah
cinta peribadinya. Ia mengisahkan bagaimana dia
jatuh cinta begitu
dalam dengan seseorang,
sehingga ia memberikan
dirinya keyakinan baharu, membuat
dirinya benar-benar rasa disayangi serta dihargai.
SIARAN MEDIALagu ini juga dihadirkan bersama
sebuah video muzik yang agak luar biasa.“Konsep video ini agak berlainan dan
temanya ada membabitkan
beberapa unsur saintifik. Walaupun saya
berperanan sebagai bintang
utama, nantikan kemunculan
seorang bintang tamu istimewa
dalam video itu nanti,” tambahnya lagi.“Pembuatan video muzik ini memakan waktu
yang lama. Kamiterpaksa menunggu dari jam 11
pagi sehingga penggambaran
bermula sekitar jam
5, malah hampir
6 petang. Saya berterima kasih
kepada isteri saya
Nina kerana menemani
saya sepanjang penggambaran. Saya juga ingin berterima kasih
kepada pengarah video Thaqif Saadon kerana membantu saya sewaktu rakaman,”
katanya.Yonnyboii juga berharap para peminat serta pencinta muzik akan dapat
menghargai seni yang dipaparkan selain rakaman yang dipersembahkan di dalam
video muzik serta lagu tersebut.NIKIbakal dilancarkansecara digital di semua
platform bermula Jumaat 21 Januari 2022 jam 12pagi. Video
liriknya pula akan
ditayangkan pada hari
yang sama jam
9 malam manakala video muzik rasmi boleh ditonton
pada 28 Januari 2022 pukul 9 malam di
saluran YouTube Yonnyboii VEVO
Comments
Post a Comment