Skip to main content

JANNA NICK DENGAN LAGU TERBAHRU GATAL



 


Janna Nick, atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner yang

berasal dari Sungai Petani, Kedah berumur 26 tahun merupakan seorang pelakon, penyanyi dan

pengacara. Pada tahun lepas, Janna telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah

Bintang Popular BH (ABPBH) ke 34. Kini, sebagai permulaan tahun 2022, Janna Nick hadir dengan

single terbarunya yang berjudul ‘GATAL’.

‘GATAL’ merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza. Lagu yang mempunyai rentak pop ini

diserikan dengan bait-bait lirik yang seakan menolak godaan seorang lelaki yang sudah berpunya.

Gatal adalah perkataan yang ringkas namun memberi maksud yang sangat kuat. Jelas Janna, “Maksud

lagu GATAL bagi Janna sangat mudah. Selalunya perbuatan gatal ini akan disalahkan oleh satu pihak.

Tapi dalam lagu ini, ia cuba menyampaikan perbuatan gatal itu terjadi kerana kedua dua pihak. Gatal

ini juga boleh mengakibatkan kesengsaraan dan kerosakan di pengakhirannya. Lagi-lagi untuk orang

yang dah berpunya dan juga suami isteri”.

Manakala proses pembuatan lagu ‘GATAL’ ini adalah ketika Perintah Pergerakan Kawalan (PKP)

sehinggalah tamat PKP, Janna menjelaskan, “Proses perbincangan untuk lagu ini dilakukan ketika PKP.

Sejurus tamat PKP, saya terus buat latihan vokal. Dan kemudian terus masuk studio untuk proses

rakaman. Kalau tanya berapa masa yang di ambil untuk menyiapkan lagu ini, saya tak dapat berikan

tempoh yang spesifik”.



Ketika ditanya bagaimana Janna menyesuaikan diri untuk kembali menyanyi selepas 4 tahun

melancarkan ‘Akan Bercinta’, Janna berkata ianya agak sukar kerana dah lama tak menyanyi. Janna

juga belajar dari kesilapan lalu dimana beliau perlu cukup menjalani sesi latihan untuk menjadikan

penyampaian dan persembahan beliau sempurna. “Jadi saya kini lebihkan latihan dan fokus untuk

satu bidang dalam satu masa”, jelas Janna.

“Ini adalah buah tangan untuk anda semua. Terima kasih banyak atas segala sokongan yang diberikan

dari awal pembabitan Janna dalam industri seni. I love you guys so much”, pesan Janna.

‘GATAL’ terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify,

iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 28 JANUARI 2022 yang lepas manakala

video muzik rasmi ‘GATAL’ boleh ditonton di saluran YouTube Janna Nick bermula 9 FEBRUARI 2022

jam 9 malam ini.


PAUTAN UNTUK GATAL – JANNA NICK:

1. LAGU: https://wmm.lnk.to/Gatal

2. VIDEO MUZIK RASMI : https://youtu.be/Twvhyclx2dA

3. LIRIK VIDEO RASMI: https://www.youtube.com/watch?v=mlqdD3X_DRM

4. INSTAGRAM: https://www.instagram.com/jannanick/

Comments

Popular posts from this blog

Salammusik menyeru agar segera menghentikan kitaran keganasan antara Israel dan Palestin ini.

  Kumpulan tempatan Salammusik menggunakan kreativiti mereka untuk memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa dengan catatan baru mereka "Kuasa".   Punca keganasan yang sama selama beberapa dekad: kesan dari konflik yang tidak dapat diselesaikan antara Israel dan Palestin. Lebih dari satu abad mereka berjuang untuk tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.   “Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, ia akan berlaku berulang kali. Kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak ke meja rundingan. Penggunaan kekuatan hanya menimbulkan lebih banyak kebencian ”, tegas Salammusik   Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), jumlah perbelanjaan ketenteraan global meningkat kepada $1981 bilion pada tahun lalu. Melihat dengan lebih mendalam, anda akan menjumpai banyak syarikat yang memperoleh keuntungan berbilion dolar setiap tahun kerana perperangan.   “Kami percaya bahawa para pemimpin perl

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.