SISI ‘BAD’DOLLA
Kumpulan vokal wanita tempatan yang
kian menempa nama, DOLLA terus
mengorak langkah dalam
industri muzik tempatan
dengan pengenalan lagu terbaharu
mereka yang berjudul BAD.Karya yang diterbitkanoleh pemuzik Sweden, Ludwig
LindellsertaKarl-Oskar “Cage”ini juga ditulis
dan dicipta dalam
Bahasa Malaysia serta
Inggeris oleh Ludwig Lindell, Karl-Oskar “Cage”,Gummesson, dan
bintang hip hop tempatan, Yonnyboii.Selepas
satu jam dilancarkan, BAD berjaya meraih
100 ribu tontonan
di YouTube dan
juga berjaya menduduki tangga pertama dalam ‘trending’ di YouTube 24jam
selepas Tayangan Perdana.“Seperti lagu-lagu DOLLA sebelum ini, BADjuga
mempertaruhkan tema pemerkasaan wanita. Ada yang mungkin akan menganggapnya
sebagai lagu patah hati selepas tidak dilayan dengan baik oleh
pasangan masing-masing dan
ada juga yang
mungkin menujukan lagu
ini pada pasangan atau
teman yang tidak
pernah memberikan sokongan
positif malah meragui
diri masing-masing. Terdapat bait lirik lagu ini yang berbunyi You never
met a woman just like me, you’ll see, kau takkan pernah agak, yang boleh
diinterpretasikan dengan pelbagai cara,”kata Syasyamewakili
kumpulannya.Walau bagaimanapun, intinya BADberkisar seseorang
yang telah dikecewakan berkali-kali dan akhirnya
tidak mahu lagi
menerima kepahitan itu
hingga memilih untuk
menyerlahkan sisi gelapmereka yang berbeza.
SIARAN MEDIA“Secara peribadi
saya rasa BADmerupakan titik
perubahan buat DOLLA. Jika lagu
kami sebelum ini menunjukkan sisi kami yang lebih lembut, BADpula
mencerminkan DOLLA yang sudah matang dan siap untuk menghadapi dunia,” tambah
Syasyalagi.Seperti karya-karya mereka
sebelum ini, BADjuga menampilkan
sebuah video muzik
yang hebat.“Walaupun memakan masa
dua hari untuk disiapkan,
ia satu usaha
yang berbaloi. Dengan seni tari hebat bersama para penari
kamiserta banyak tangkapan visual yang menarik, video ini benar-benar
menunjukkan tenaga positif yang dihasilkan sepanjang penggambaran,” kata
Sabronzo mewakili DOLLA.Selain
pengorbanan waktu yang
diperlukan untuk rakaman
video muzik, BADjuga ada cabaran lain buat DOLLA.“Kami terpaksa
melakukan banyak sesi Latihan untuk mendapatkan keseimbangan vokal dan
tarian. Nasib baik Cikgu
Shafi danEzra banyak
membantu untuk menonjolkanyang terbaik dari kami. Malah, kami agak bangga
dengan hasil selepas memberikan sedaya-upaya kami,” ujarTabbypula.“Saya harap
semua orang akan menyukai kemunculan lagu ini setelah kami berehat seketika.
Kami sudah mempersiapkan
lagu ini sejak Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP)
lagi. Setelah penat berusaha,
kami harap para
peminat akan menyukai
persona terbaharu DOLLA
ini,” tutup Angel tentang karya ini.BADsudah tersediadi
semua platform digital seperti Spotify,
Apple Music, Joox,
KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 11 Februari 2022 sementara video
muzik rasminya akan dilancarkan pada hari yang sama jam 9 malam di saluran
YouTube Vevo DOLLA
Comments
Post a Comment