Skip to main content

ANDI BERNADEE KEMBALI DENGAN ‘DU’

 



Penyanyi serta pelakon popular yang terkenal dengan karya-karya hits dalam genre reggaeton-nya, Andi Azrul Andi Mapangile atau lebih mesra dengan panggilan Andi Bernadee kembali mengubati hati peminatnya dengan single terbaharu berjudul ‘Du’ setelah hampir setahun tidak hadir dengan mana-mana single. “Saya tak lah menyepi selepas single ‘Kasi Pagi Kais Petang’ dilancarkan, saya masih lagi berkarya tetapi dalam bidang lakonan. Terbaru, peminat boleh melihat saya beraksi bersama-sama 4 lagi artis popular dalam rancangan ‘Master In The House’ hasil kerjasama strategik di antara

 Primeworks Studios dengan SBS Korea. “Selain itu, saya juga dalam proses menyiapkan album dan setakat ini masih lagi mengumpulkan material. Du adalah salah satu lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut kelak,” kata jejaka berusia 30 tahun ini. Hasil nukilan sepenuhnya oleh komposer asal Singapura, Alyph (Magic Potions), Du adalah sebuah karya istimewa buat Andi yang masih mempertaruhkan genre reggaeton yang sememangnya sinonim dengan beliau, dan diterbitkan oleh Warner Music Malaysia. “Saya masih lagi menggunakan khidmat Alyph sebagai komposer untuk single terbaru ni kerana chemistry yang sudah terjalin sebelum ini. Beliau seolah-olah faham dengan apa yang saya mahukan. “Dan pastinya saya ingin mencuba sesuatu yang baru, nantikan karya-karya saya yang bakal menyusul tak lama lagi,” jelas Andi. Du adalah singkatan daripada perkataan rin-Du yang

menjadi signifikasi kepada ‘kerinduan yang berbalas’ yang diangkat menjadi tema lagu ini. “Asalnya, kami bercadang nak guna judul Du Du Du tetapi dah ada yang menggunakannya terlebih dulu. Jadi nak elak kekeliruan, kami pilih Du. “Selain itu, lagu ini juga adalah hadiah istimewa buat peminat-peminat saya yang sudah lama merin-Du-kan buah tangan terbaru dari saya,” ujar Andi lagi. Menariknya tentang pembikinan single ini, ia ternyata memberi cabaran baharu buat Andi kerana ia dilakukan secara jarak jauh di antara 2 buah negara iaitu Malaysia dan Singapura, dan memakan masa selama 6 bulan untuk disempurnakan. “Kami memperuntukkan sebanyak 2 sesi rakaman saja agar lagu ini betul-betul kena dengan jiwa saya dan komposer. “Bayangkanlah, kami hanya berkomunikasi melalui aplikasi
 WhatsApp saja dan agak mencabar kerana tak dapat bersemuka. Namun, melalui panggilan video yang diadakan di Taja Studio, Damansara Perdana bersama Alyph, kami berjaya menghasilkan Du,” kata Andi dalam nada lega. Setelah lebih 5 tahun berada dalam industri seni tanah air, ia sedikit sebanyak telah membentuk peribadi Andi sebagai seorang artis, katanya, “Saya kena akur dan mengikuti perkembangan muzik semasa, saya sentiasa inginkan sesuatu yang baru dan segar untuk peminat saya. “Mereka (peminat) tahu setiap kali saya muncul dengan lagu baru mereka akan tertunggu-tunggu apakah kelainan yang ditampilkan buat pendengar terutamanya Andidears. Video muzik Du yang diarahkan oleh pengarah terkemuka, Ghazi Maslan, pastinya hadir dalam konsep yang berbeza dan unik, Andi seperti yang diketahui gemarkan sesuatu yang out of the box dan peminat akan terhibur dengan karya terbaharu ini. “Saya suka buat sesuatu yang orang lain tak pernah buat atau jarang buat, konsepnya rin-Du. Rin-Du siapa? Kenalah tonton MV Du dan anda pasti dapat jawapannya. Akhir kata dari Andi, “Terimalah dan dengarilah Du, serta nilaikannya dengan hati terbuka. Semoga ia

 memberikan kepuasan buat peminat saya dan pencinta muzik tempatan. Pada 19 Mac nanti, bermula jam 9 malam, Andi akan mengadakan Andi Bernadee 24hr Livestream di saluran YouTube Andi Bernadee selama 24 jam iaitu sehingga 9 malam pada keesokkan harinya, 20 Mac. Di livestream tersebut, Andi akan melakukan pelbagai aktiviti dan sesiapa sahaja yang menonton dapat menyaksikan Andi selama 24 jam. Program Andi Bernadee 24hr Livestream ini dilakukan bersempena dengan pelancaran video muziknya iaitu pada 20 Mac pada jam 9.00 malam di saluran YouTube Andi Bernadee. Lagu ‘Du’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bilabila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, Deezer dan juga YouTube Music bermula 11 Mac yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam