Skip to main content

ARMPUNK SINDICATE PAPAR ISU KESIHATAN MENTAL DALAM SETERU MU

 


Selepas dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 membataskan kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti seni muzik Armpunk Sindicate, akhirnya band muzik punk rock ini sudah bersedia untuk kembali aktif semula.

Dianggotai Zaid Nazim Zainal Abidin atau Zed selaku vokalis, Muhamad Hameli Muhamad Yazid (Miely) - gitaris, Akmal Hakim Syed Abdul Hamid (HK) - pemain bass dan Muhammad Elby Danial Mohd Suhaili (Elby) - pemain dram, Armpunk Sindicate sudah pun menjayakan beberapa persembahan gig tapak bebas yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur sejak awal tahun lalu.

Bahkan, band muzik yang berasal dari Ampang, Selangor ini dan mula ditubuhkan pada tahun 2018 ini juga bakal meluncurkan single baharu SETERU MU yang mengangkat isu mengenai masalah kesihatan mental yang mana ia turut diinsipirasikan daripada kisah benar pemain bass mereka, HK.

Menurut HK, masalah kesihatan mental yang membelenggu dirinya bermula sewaktu dia melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat.

“Saya melanjutkan penganjian di sana pada 2013. Perasaan rindu berjauhan dengan keluarga dan tanahair dan tugasan pengajian yang bertimbun serta masalah-masalah lain yang membelenggu menyebabkan dia kerap memendam rasa, lebih gemar menyendiri, kurang keyakinan diri serta  tidak mampu untuk bangkit keluar dari biliknya.

“Awalnya saya sendiri tidak merasai apa-apa. Saya sendiri tidak menyedari bahawa saya mempunyai masalah anxiety. Tapi, apabila keadaan diri saya berterusan begitu, saya terpaksa mendapatkan nasihat pakar dan menjalani rawatan sekitar akhir 2014 atau awal 2015.

“Sehingga sekarang kesannya masih ada dan saya masih lagi mendapatkan rawatan doktor cuma ia ia tidak seteruk dahulu dan cara saya untuk mengalihkan masalah say aini adalah dengan bermain muzik,” katanya.

Pengalaman ‘benar’ yang dialami HK itu akhirnya mencetuskan inspirasi buat band muzik Armpunk Syndicate ini untuk menghasilkan lagu SETERU MU.

“Memang lagu ini tentang kisah diri saya. Tetapi, pada waktu yang sama, saya tahu ada ramai lagi kawan-kawan saya dan masyarakat di luar sana yang melalui keadaan ini.

“Misi kami terhadap lagu ini adalah untuk membangkitkan semangat buat mereka supaya mereka tahu bahawa mereka bukan keseorang dan dapat melalui hari-hari seterusnya dengan positif.

“Elakkan kesedihan dan jangan tunggu hingga sampai ada masalah dan jangan tunggu sehingga ia mengacau kehidupan seharian anda,” katanya lagi.

 

Ini bukanlah kali pertama Armpunk Sindicate tampil dengan lagu-lagu yang bermesej. Pada tahun 2019, mereka pernah menghasilkan single berjudul Dadah Durjana dan turut dilantik menjadi ikon World Drugs Free Malaysia dan ia disusuli pula dengan lagu Satu Bendera yang mengangkat isu tentang penyatuan dan perpaduan.

Seteru Mu yang merupakan ciptaan sepenuhnya penggubah lagu Shamsul Cairel Abdul Karim ini bernuansakan muzik punk rock dan memiliki tempo pantas, namun ia turut menguji vokal penyanyi Zed kerana perlu membawakan lagu tersebut dengan persembahan vokal yang perlahan sebelum ia melejit naik apabila muziknya semakin meningkat dinamik.

Sungguhpun lagu Seteru Mu ini bukan karya ciptaan mereka, namun Elby menjelaskan, mereka turut terlibat sepenuhnya dalam penghasilan dan susunan muzik lagu tersebut.   

“Lagu ini kami rakamkan kira-kira tiga bulan yang lalu. Waktu kami dapat demo lagu, bunyinya masih ‘raw’ dan cukup lain. Berbeza dengan muziknya sekarang ini.

“Cabarannya adalah apabila kita perlukan memberikan warna dan sentuhan Armpunk Syndicate di dalam lagu ini dan menjadikan ia sebagai sebuah lagu punk rock.

“Tapi, kami juga dapat mendapat kebebasan daripada Shamsul Cairel yang kami gelar sebagai Pak Long untuk menyiapkan muzik SETERU MU ini. Kebetulan dia juga adalah penerit lagu kami.

“Ada juga idea kami yang dia tidak kerana pembikinan lagu ini mengikut standard rakaman muzik yang betul. Jadi, kami juga banyak belajar perkara baharu tentang kerja-kerja rakaman secara profesional daripada Pak Long yang memang berpengalaman luas dalam bidang ini.

“Kami akui menghasilkan lagu sendiri lebih memberi kepuasan tetapi membawakan lagu daripada komposer luar juga mempunyai kepuasan sendiri terutama sekali apabila dapat membuat susunan muziknya mengikut acuan, feel dan cara kami sendiri, kata Elby pula.

Seteru Mu adalah sebuah lagu utama yang bakal dimuatkan di dalam EP pertama Armpunk Sindicate yang bakal berada di pasaran pada 26 Mac ini. Muzik videonya bakal disiapkan sebelum EP ini berada di pasaran.

Jelas HK, penghasilan muzik video ini agak menarik kerana mereka turut mengundang aktor berkaliber Namron untuk membintangi muzik video SETERU MU.

‘Kehadiran Namron sememangnya memberikan impak dan elemen surprise di dalam muzik video ini dan kami turut menyelitkan elemen Gedebe iaitu filem pertama yang pernah diarahkannya.

“Filem itu telah menjadi suatu cult dan sangat bersesuaian pula apabila digabungkan dengan muzik video SETERU MU ini,” katanya lagi.

EP tersebut mengandungi enam lagu yang mana tiga daripadanya adalah lagu lama mereka iaitu iaitu 'Dadah Durjana', 'Satu Bendera' dan 'Noisy Punk', manakala tiga lagu baharu pula terdiri daripada Selamat Malam, Gula-Gula serta SETERU MU.

Jelas Elby lagi, 'Selamat Malam' yang mengetengahkan nuansa muzik punk yang tipikal, ia bakal menyelitkan elemen ragga rap yang akan dipersembahkan Jeff daripada kumpulan A To Z.

 

“Ini adalah sebuah kolaborasi yang saya kami kira cukup menarik. Siapa yang tidak kenal dengan A To Z. Mereka adalah sebuah kumpulan yang popular suatu masa dahulu.

Kami memang sangat terbuka untuk berkolaborasi dengan sesiapa sahaja. Kalau bukan dalam lagu, kami berkolaborasi di dalam persembahan,” katanya.

“Lagu ‘Selamat Malam’ ini juga bakal menjadi lagu penutup kami dalam mana-mana persembahan yang akan datang.

“Sebelum ini kami sudah memiliki lagu pembukaan iaitu ‘Noisy Punk’. Setiap kali memulakan persembahan, kami pasti akan membawakan lagu itu.  Jadi, selepas ini, kami sudah ada lagu penutup iaitu ‘Selamat Malam’ pula selepas ini.

“Bagi lagu 'Gula-Gula' pula yang berteraskan punk ska, ia akan dilengkapi dengan bunyian horns. Ia adalah sebuah lagu protes yang tidak keterlaluan,” katanya lagi.

Menurut HK lagi, mereka berharap banyak pihak yang akan dapat membuka mata terhadap usaha yang mereka lakukan ini dalam mengutarakan mesej-mesej positif dalam lagu-lagu mereka khususnya menerusi lagu SETERU MU.

“Ada perancangan untuk kami berkolaborasi dengan pihak NGO dan agensi kerajaan selepas ini dan kami harap apa yang kami lakukan ini akan dapat membuka mata pihak media iaitu TV dan radio untuk memberikan sokongan terhadap kami.

“Apa yang penting, kami mahu buktikan bahawa sebagai sebuah band muzik punk, kami bukan sahaja mampu bermain apa jenis genre muzik sekali pun tetapi juga kami mahu orang tahu bahawa punk itu tidak semestinya negatif.

“Kami kira jenama kami, lagu-lagu kami dan fokus dan tumpuan kami yang serius terhadap bidang muzik telah sedikit-sebanyak telah pun membuktikannya,”katanya.

Penghasilkan EP mereka ini turut menggunakan khidmat Shamsul Cairel yang bertindak selaku komposer dan produser.

Shamsul Cairel bukanlah nama yang baharu di dalam industri muzik tanah air. Selain menghasilkan lagu-lagu untuk penyanyi, beliau juga turut terlibat menghasilkan muzik skoring untuk filem-filem Melayu tempatan.

Bahkan, beliau pernah memenangi anugerah Skor Asal Terbaik untuk filem Waris Jari Hantu dalam Festival Filem Malaysia Ke-20

Penghasilan EP yang menggunakan Independent Music Funding daripada CENDANA ini melibatkan penggunaan tiga studio iaitu One Scream, Karya Enigma dan Funky Brigade.

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam