Skip to main content

AWESOME TV ANGKAT TEMA ‘IKHLASKAN JIWA, DEKAT DENGANNYA’

 


Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang penuh dengan keampunan, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV tampil dengan tema istimewa penuh bermakna; ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ bagi melatari Kempen Ramadan 2022 tahun ini.

Dengan inspirasi tersebut, pengisian komprehensif sepanjang bulan mulia ini akan dizahirkan menerusi himpunan lebih 50 program menarik pelbagai genre yang bakal menanti para penonton serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat menerusi sebuah kolaborasi amal bersama syarikat korporat, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau ‘KAPB’.

Mulai 3 April ini, para penonton bakal dihidangkan dengan seleksi kandungan terhebat merangkumi genre keagamaan, telefilem, drama bersiri, koleksi filem terlaris tempatan dan antarabangsa, naskhah throwback klasik malar segar, sketsa, komedi, variasi, bual bicara serta banyak lagi yang boleh ditonton menerusi platform Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112.

Mengulas lanjut mengenai pengisian kempen Ramadan tahun ini, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata, “Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik Covid-19, kami menyambut baik pengumuman peralihan fasa endemik bermula 1 April ini yang dilihat dapat memakmurkan semula tradisi sambutan bulan penuh barakah ini dengan pelbagai aktiviti ibadah.

Justeru, tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ dipilih khas untuk menerajui Kempen Ramadan Awesome TV 2022 kerana ia membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik inspirasi sekaligus mengangkat semula semangat rakyat Malaysia yang pastinya terkesan akibat pandemik.

 

Selaku stesen televisyen, Awesome TV juga sentiasa komited dan mengambil  langkah proaktif dalam menyediakan sajian program menarik pelbagai genre khas untuk tatapan rakyat Malaysia yang pastinya mempunyai citarasa berbeza sepanjang bulan mulia ini sekaligus memikat hati mereka.

Lebih istimewa, kami juga tidak lupa membawa amanat yang sama menerusi kolaborasi amal bersama pihak ‘KAPB’ bagi menjayakan inisiatif CSR sempena Ramadan pertama Awesome TV. Sebagai simbolik tema kempen kami pada tahun ini, sebanyak 15 unit permaidani eksklusif dari Masjidil Haram, Mekah akan dihadiahkan kepada 15 buah masjid terpilih di sekitar Lembah Klang untuk dimanfaatkan bersama.

Semoga rakyat Malaysia bakal terhibur dengan pelbagai kandungan hebat tanpa henti yang telahpun disusun sepanjang bulan Ramadan. Selamat menonton!”

Berikut adalah pengisian menarik dari Awesome TV. Untuk memberi pilihan yang lebih fleksibel, program-program yang dibariskan juga turut boleh distrim melalui aplikasi Awesome TV di mana sahaja, pada bila-bila masa:

PROGRAM TV MENARIK SEPANJANG RAMADAN 2022 DI AWESOME TV

1.      Sempena bulan puasa ini, Awesome TV menampilkan rangkaian drama-drama terhebat khas untuk peminat drama Melayu tempatan. ‘Antara Ikhlas dan Kaca’ yang dibintangi oleh Luqman Hafidz, Wanna Ali, Aleza Shadan dan Zain Hamid bakal menghiasi slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Manakala drama ‘Sudin Dah Kaya!’ yang menampilkan figura rock tanah air, Datuk Awie sebagai tonggak utama bersama Zalif Sidek, Umar Dzariff dan Marissa Yasmin pula bakal mengambil alih slot  ‘Dramedi’ pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 9.30 malam.

 

2.      Mengisi slot ‘Ohsem Tele’ pada setiap hari Ahad jam 10.00 malam turut menampilkan seleksi telemovie segar seperti ‘Permintaan Terakhir Abah’ yang dilakonkan oleh Hafizuddin, Jay Iswazir, Hazama dan Johan As'ari, ‘Pak Pokok Ketapang’, menampilkan gandingan Amerul Affendy, Dian P.Ramlee, Ezzaty Abdullah dan Hafizul Kamal serta ‘Hud’, diterajui oleh Fahrin Ahmad, Eira Syazira, Eqifshah dan Norlia Ghani. Sutradara hebat tanah air, Rashid Sibir juga tampil dengan karya, ‘Jeman’, lakonan pelakon baru, Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana.

 

3.      Dalam pada itu, slot ‘Hiburan’ bakal membariskan program-program menarik berbentuk infotainment dalam pelbagai genre seperti komedi, sketsa, bual bicara dan banyak lagi. Jangan lupa temujanji anda dengan kami untuk program-program seperti ‘Perang Malam Ini’, ‘Sketsa Sketso’, ‘Roller Kata’, ‘Laki Masak Bini Lucky’, ‘Jawapan Panas’, ‘Rumah Insaf’, ‘Memoria’ dan banyak lagi. Kami yakin dengan kehadiran rakan-rakan selebriti di sebalik seleksi program ini seperti Dato’ Hattan, Liza Hanim, Noryn Aziz, Nikki Palikat, Amelia Handerson, PU Azman, Eira Syazira, Suki Low, Naqiu, Izzue Islam, Tomok, Black, Fad Bocey, Ajak Shiro, Khir Rahman, Dottie, Ramona Zamzam, Ropie, Pak Ya, Bell Ngasri dan ramai lagi.

 

4.      Slot ‘Ohsem Lejen’ pada setiap hari Khamis jam 10.00 malam akan terus menyajikan filem-filem klasik yang diterajui Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti ‘Do Re Mi’, ‘Nasib Do Re Mi’, ‘Laksamana Do Re Mi’, ‘Masam Masam Manis’ dan banyak lagi.

 

5.      Manakala slot ‘Filem Kita’ yang bersiaran pada setiap hari Jumaat, 11.30 malam pula membawakan anda seleksi filem tempatan malar segar pilihan seisi keluarga seperti ‘7 Petala Cinta’, ‘Semerah Cinta Steletto’, ‘Syurga Cinta’ dan ‘Aku Terima Nikahnya’.

 

6.      Kami juga akan menemani anda sekeluarga ketika bersahur dengan sajian kandungan menarik menerus ‘Sahur Special’ pada setiap hari Sabtu jam 4.00 pagi yang akan membariskan filem-filem throwback seperti ‘Si Badul’, ‘Tuan Badul’, ‘Driving School’, ‘Pagar Pagar Cinta’ dan ‘Pening Pening Lalat’.

 

7.      Sebagai tanda tribute, slot ‘Malar Segar’ yang setia menemani penonton pada setiap hari Sabtu jam 3.00 petang pula bakal membariskan filem-filem menarik lakonan Allahyarham Mr. Os seperti ‘Adik’, ‘Mr. Os’, ‘Awang Spanar’, ‘Kembar Siam’ dan ‘Ghazal Untuk Rabiah’.

 

8.      Misi Awesome TV untuk menjadi stesen peransang minda atau ‘mood booster’ diteruskan lagi dengan menyajikan penonton dengan filem-filem Bollywood terhebat seperti ‘Josh’, ‘Kaabil’, ‘Raaz’, ‘Shakti: The Power’, ‘Taalash’ untuk slot ‘Hindi Special’ yang bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 10.00 malam.

 

9.      Seleksi filem antarabangsa juga membariskan naskhah-naskhah menarik seperti ‘Paddington 1 & 2’, ‘Fun With Dick And Jane’, ‘Real Genius’ menerusi slot ‘Awesome Movie’ yang bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 10.00 malam.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam