Skip to main content

Berbuka Puasa Di Restoren Westplate Factory

 


Buat tahun yang ke dua  Restoren Westplate Factory yang terkenal dengan menu sajian masakan barat atau “western” mengadakan Buffet Ramadhan bersempena sambutan Ramadhan tahun ini, yang akan bermula dari 5 April 2022 hingga 30 April 2022.

Bertemakan Masakan Barat dan Tradisional Yang Terbaik Untuk Anda Sekeluarga! pastinya memberikan pengalaman yang indah buat seisi keluarga, sahabat handai mahupun untuk pasangan yang sedang berkasih untuk berbuka puasa bersama.

Buffet Ramadhan yang menyajikan hampir 30 jenis masakan di antaranya Ayam masak lemak cili api, Ayam masak merah, Ayam masak  rendang, Ayam masak kari, Daging Dendeng, Ayam Goreng Berempah, Roti John Daging, Roti John Ayam . Selain daripada itu, kami turut menyajikan masakan barat seperti Chicken Chop, Lamb Chop, Beef Steak, Spaghetti Carbonara, Oglio Olio Spaghetti, French Fries, Mushroom Soup dan wedges. Di samping itu juga, kami turut menghidangkan kuih-muih seperti kuih lompang, kuih lapis, talam jagung dan Talam Gula Melaka serta pencuci mulut seperti bubur kacang hijau, bubur kacang hitam, kek coklat, butter mable dan kurma.

“Alhamdulillah setelah kami memperkenalkan Buffet Ramadhan buat julung kalinya pada tahun yang lalu, sambutan yang telah diberikan oleh pelanggan kami amatlah sangat menggalakkan dan rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan menu kami” kata Mohd Assraf Maidin Koty, Ketua Pegawai Eksekutif, AMK Group Sdn Bhd.

“Kami menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu harga “early bird” dari 1 Mac 2022 hingga 1 April 2022 hanya RM49.90 untuk Dewasa dan RM20.00 untuk kanak-kanak, manakala harga biasa pula bermula 2 April 2022 adalah RM59.00 dan kanak-kanak ialah RM29.90. Kanak-kanak berumur 5-10 tahun” tambah beliau lagi.





Restoren Westplate Factory juga menyediakan surau untuk menunaikan solat, ruang parkir yang luas, dewan berhawa dingin untuk sebarang acara dan pelbagai pakej menarik untuk semua pelanggan kami.

Sebarang tempahan boleh dibuat terus melalui pesanan whatsap ke 014 6712043, 019 3674796,

011 58881916 atau 013 4882286.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba