BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR 2022
‘SAJIAN NOSTALGIA KAMPUNGKU’
Menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1443 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tahun ini kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ yang akan bermula pada 4hb hingga 24hb April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur. Konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ dipilih pada tahun ini kerana bersesuaian dengan juadah yang disediakan kepada para tetamu iaitu sajian daripada pelbagai negeri di Malaysia. Antara menu istimewa yang disediakan adalah Nasi Beriani Johor, Opor Daging Pahang, Ikan Masak Gulai Pantai Timur, Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan dan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan, selain ianya dapat mengimbau semula nostalgia masakan kampung halaman para pengunjung yang datang. Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, para pengunjung juga dapat melihat panorama Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam. Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari. Bagi Bufet Ramadan tahun ini, kami menawarkan harga istimewa ‘EARLY BIRD’ bermula hari ini sehingga 25hb Mac 2022 dan dengan harga seperti berikut :-
PAKEJ HARI BIASA (ISNIN-JUMAAT) HARI MINGGU (SABTU, AHAD & CUTI UMUM) Dewasa (13–59 tahun) Kanak-Kanak (5–12 tahun) Warga Emas (60 tahun keatas) Dewasa (13–59 tahun) Kanak-Kanak (5–12 tahun) Warga Emas (60 tahun keatas) DISKAUN 30% DISKAUN 20% Promosi ‘EARLY BIRD’ (sehingga 25hb Mac 2022) RM88 RM49 RM128 RM72 Harga Biasa RM125 RM70 RM160 RM90 Istimewa ‘Window Seat’ RM30/meja RM50/meja
Kemasukkan adalah percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah (sehingga 4 orang sahaja) dan harga untuk kanak-kanak ke-5 dan seterusnya adalah RM50 seorang. Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke SKY DECK bagi setiap pembelian pada hari yang sama, iaitu dengan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Tiket tambahan ke tarikan terbaharu iaitu TOWER WALK 100 pula adalah pada harga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini kerana kami amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19. Pembersihan secara berkala telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 / layari www.menarakl.com.my / Facebook @officialmenarakl / Instagram @menarakl / Twitter @menara_kl / Tiktok @menarakl. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!
MENGENAI MENARA KUALA LUMPUR SDN BHD Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas, merupakan Menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ke-tujuh tertinggi di dunia. Berdiri megah pada paras 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai tarikan serta kemudahan menarik antaranya Sky Deck, Sky Box, Observation Deck, Tower Walk 100, restoran berputar, kafe, gerai cenderamata, perkhidmatan shuttle serta kemudahan bagi meletak kenderaan. Ianya merupakan ahli ‘The World Federation of Great Towers’, iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai 50 menara terkenal di dunia. Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd juga turut menguruskan Menara Alor Setar, Kedah. Menara Alor Setar dengan ketinggian 165.5 meter adalah pusat pelancongan utama dan mercutanda kebanggaan Bandar Alor Setar dan Negeri Kedah Darul Aman. Ianya menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung antaranya Pelantar Pemandangan yang terletak di aras 88 meter menyediakan kemudahan 5 set teropong automatik kepada pengunjung secara percuma. Menara Alor Setar juga telah memperkenalkan satu tarikan unik yang dinamakan Star View. Star View ini telah dibina dengan lantai kaca bersaiz 4 meter keluar dari tebing pelantar terbuka di TH04, yang berketinggian 105 meter dari aras laut.
Comments
Post a Comment