Skip to main content

CAHAYA FESTIRA TEMA FESTIVAL RAMADAN SELANGOR 2022 SACC MALL, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM & KOMPLEKS PKNS BANGI 16hb MAC 2022 – 2 MEI 2022

 


~ Persembahan Artis Jemputan, Acara Seni Pentas & Budaya, 500 Gerai Bazar Ramadan, Bubur Lambuk Percuma, Zakat & Wakaf dan Solat Tarawih

SHAH ALAM, 23 Mac – SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Festival Ramadan Selangor, menjadikannya pusat atau lokasi membeli-belah yang wajib dikunjungi setiap kali menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri.

Dianjurkan oleh PKNS Real Estate (PREC), Festival Ramadan Selangor atau ringkasnya dipanggil FESTIRA merupakan festival tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan. Ia dikatakan sebagai Festival Ramadan terbesar Malaysia, yang menyasarkan 3.5 juta pengunjung sebelum era pandemik.

Memasuki fasa peralihan ke endemik bermula April ini, PREC menyifatkan FESTIRA’22 mampu menjadi pemacu dalam merancakkan semula sektor perniagaan yang telah tiga tahun suram. Justeru, tema “Cahaya FESTIRA” menjadi pilihan FESTIRA tahun ini demi menyokong usaha negara dalam mencapai sasaran keseimbangan di antara kelangsungan ekonomi seiring dengan kesihatan awam.

Sejarah membuktikan bahawa, FESTIRA sememangnya memainkan peranan yang amat signifikan terhadap peningkatan sosioekonomi rakyat terutamanya, dari segi penyediaan peluang pekerjaan dan perniagaan. Di mana secara tidak langsung, ia turut membantu golongan sasaran meningkatkan pendapatan. Apa yang penting, FESTIRA berjaya melahirkan komuniti usahawan yang dapat dibanggakan.

 



Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani berkata, keterbukaan FESTIRA’22 kali ini membolehkan lebih 500 peniaga menjalankan perniagaan mereka. Dari booth yang menjual pelbagai pilihan busana untuk persiapan Aidilfitri, sehinggalah Bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa bermula 3hb Mac 2022 nanti.

Menurut beliau, seperti tahun-tahun sudah, FESTIRA kali ini masih mengekalkan persembahan artis jemputan buat halwa telinga pengunjung ketika membeli- belah. Antara barisan artis yang bakal menghiburkan adalah, Haiza, Nomad, Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Juga dibawakan, persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan.

Cuma bezanya, selepas mengambilkira keadaan semasa, lokasi acara pentas telah ditukar ke pentas utama yang didirikan di tapak terbuka di luar SACC Mall, atau lebih dikenali sebagai Dataran Barat.

Bersesuaian dengan bulan beribadah, FESTIRA’22 turut membawakan ceramah hujung minggu yang akan disampaikan oleh pendakwah dan juga personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Imam Muda Nazrul. Kedua figura ini juga sering dilihat memberi tazkirah di kebanyakan acara rasmi dan tidak rasmi, menjadikan mereka antara celebrity ustaz yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.



Menariknya lagi, FESTIRA’22 bakal menampilkan adik Qalif Nasurdin, seorang tahfiz berusia 13 tahun, yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kulim, Kedah. Kebolehan menghafal Al-Quran dari usia yang sangat muda, membuatkan beliau sering diundang ke acara ilmu sejak kecil lagi. Adik Qalif bakal melantunkan ayat- ayat suci Al-Quran di pentas utama SACC Mall Shah Alam pada setiap hari Sabtu sebelum berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

Tidak ketinggalan, aktiviti untuk si kecil. Buat para ibu, anak-anak mereka bakal dihiburkan dengan penampilan badut belon atau lebih dikenali sebagai ballonist clown yang akan mewarnai sesi petang di pentas utama setiap Sabtu bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Belon akan diberikan secara percuma kepada 150 kanak-kanak yang berada di sekitar Cahaya FESTIRA’22 di SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam.

Sementara itu, di PKNS Bangi, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan Buskers Kerohanian yang diadakan setiap petang, bermula 8hb Mac 2022 dari jam 5.00 petang hingga 9.00 malam.

“PREC juga terus kekal dengan aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan melalui kolaborasi bersama syarikat rakaman terpilih untuk beberapa Majlis Berbuka Puasa bersama NGO yang bakal diumumkan kelak. Selain itu, acara turut bertujuan mempromosikan produk selebriti syarikat terbabit, dalam masa yang sama menyerikan majlis dengan persembahan mereka”.

 

“Kesemua ciri-ciri tradisi festival ini seperti pemberian ganjaran atau cabutan bertuah, kaunter zakat dan wakaf, serta penyediaan ruang solat yang besar dan selesa termasuk terawih masih diteruskan,”ujar beliau menutup ucapan.

SERTAI TIKTOK. IPHONE 13 UNTUK DIMENANGI

Menariknya FESTIRA’22 kali ini, lebih banyak aktiviti seperti pertandingan, ganjaran dan cabutan bertuah menanti pengunjung. Inilah masanya untuk pengguna TikTok tegar memenangi iPhone13, melalui perkongsian video TikTok sama ada ketika berbelanja, ketika makan, atau apa sahaja aktiviti yang mereka lakukan di SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam atau di Kompleks PKNS Bangi. Mereka hanya perlu memuatnaik video berserta hashtag #festira22 #festirachallenge dan tag @bazaarlokal @bazaarlokalflagshipstore

GANJARAN KREDIT TOUCH ‘N GO

Sejajar dengan insiatif kerajaan mempromosikan pembayaran tanpa tunai, FESTIRA’22 turut memberi sokongan dengan mengadakan kempen ganjaran kredit Touch ‘n Go eWallet. Untuk setiap pembelian menggunakan pembayaran aplikasi terbabit, pengunjung layak mendapatkan pulangan sebanyak:

a. Pembelian RM150.00 – Percuma Kredit Touch ‘n Go RM5 b. Pembelian RM300.00 – Percuma Kredit Touch ‘n Go RM10

Dalam masa yang sama, PREC turut bekerjasama meyokong kempen “Ramadan dan Raya Bersama Touch ‘n Go”, bagi melayakkan pembeli mendapatkan pulangan berganda. perbelanjaan minimum RM15 melalui Touch ‘n Go eWallet di kedai peniaga yang mengambil bahagian semasa tempoh promosi, pembeli bakal mendapat pulangan RM10.00. Jumlah pulangan tunai yang dipilih secara rawak akan dikreditkan ke dalam Touch 'n Go eWallet pengguna secara automatik selepas transaksi yang layak.

PERCUMA SAMPUL RAYA

Agenda wajib Festival Ramadan Selangor seperti pemberian eksklusif “Sampul Raya FESTIRA’22” turut diedarkan untuk setiap pembelian RM100.00 dan ke atas. Penebusan boleh dibuat di meja urus setia yang terdapat di SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi.

EKSKLUSIF SAMPUL RAYA, PELITUP MUKA FABRIK DAN HAND SANITIZER

Dalam masa yang sama, pemberian eksklusif “Sampul Raya FESTIRA’22” bakal diberikan untuk setiap pembelian RM100.00 dan ke atas. Juga pemberian pelitup muka eksklusif FESTIRA’22 dan Hand Sanitizer dari Bazaarlokal. Pengunjung hanya perlu menjawab atau kongsikan pandangan jujur mereka tentang penganjuran FESTIRA’22 bagi melayakkan diri memperoleh kedua barangan eksklusif tersebut.

   

Penebusan boleh dibuat di meja urus setia yang terdapat di SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi.

CABUTAN BERTUAH MENAWARKAN HADIAH BERJUMLAH RM10,000!

Terdapat dua hadiah menarik turut disediakan melalui aktiviti “Cabutan Bertuah”. Pengunjung hanya perlu berbelanja mengikut jumlah berikut dan sertakan penyertaan mereka melalui online atau hantar maklumat berserta resit di meja urus setia untuk melayakkan mereka memenangi:

a. Pembelian RM500.00 – Menangi Hamper Bazaarlokal bernilai RM200.00 b. Pembelian RM3000.00 – Menangi Barang Kemas Bernilai RM3,000.00

Penyertaan terpilih bakal membawa pulang hamper “Bazaarlokal X Selebriti Raya”. Pengunjung juga berpeluang merangkul hadiah utama iaitu barang kemas bernilai RM3,000.00 melalui penyertaan yang dibuat dalam masa sehari dengan jumlah perbelanjaan yang sama di mana-mana lokasi FESTIRA’22. Resit perbelanjaan terkumpul hendaklah disettakan dengan maklumat penyertaan ke meja urus setia.

HAMPER “BAZAARLOKAL X SELEBRITI RAYA”

  Mengenai PKNS Real Estate Sdn. Bhd.

PKNS Real Estate Sdn Bhd(PREC) ialah sebuah entiti khas yang telah ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai cabang pelaburan kepada kumpulan syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Sebagai satu unit yang penting kepada kerajaan negeri Selangor, PREC meneraju pelaburan-pelaburan berkaitan hartanah untuk keseluruhan kumpulan syarikat. Portfolio hartanah PREC yang pelbagai termasuklah pelaburan, pengurusan aset, pengurusan peruncitan dan khidmat perundingan. PREC berhasrat memperoleh lebih banyak aset yang bernilai komersial di masa hadapan. Antara aset PREC termasukKompleksPKNSShahAlam, Kompleks PKNS Bangi, Menara PKNS PJ, SACC Mall dan Menara Worldwide di Bukit Bintang

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam