Drama Baharu Slot Tiara Perkasakan Watak Wanita
Drama bersiri ‘Dendam Seorang Isteri’ yakni hasil terbitan Radius One Sdn. Bhd. memaparkan
elemen women empowerment dengan tunjang penceritaan berlandaskan kisah
seorang wanita yang dikhianati bangkit untuk membalas dendam terhadap
pelakunya.
Kekuatan naratif watak utama pastinya bakal merubah penceritaan stereotaip
wanita yang sering kali dijadikan mangsa keadaan dan bergantung harap terhadap
watak-watak lelaki untuk diselamatkan.
Penceritaan
menerusi 80 episod ini mengisahkan Amira seorang isteri yang taat kepada
seorang suami playboy bernama Harris. Dalam pergolakan rumah tangga
mereka termasuk campur tangan ibu mertua, Amira menjadi mangsa khianat oleh
kekasih suaminya, Kirana. Bermulalah rancangan Harris dan Kirana untuk membunuh
Amira yang sebenarnya sedang mengandung.
Adakah plot yang
dirancang berjaya ataupun bakal berpaling tadah dengan kehadiran Neelisa?
Drama yang memperkasakan
watak wanita ini mengangkat dua orang pelakon wanita hebat yakni Fasha Sandha
sebagai Amira/Neelisa dan Nad Zainal
sebagai Kirana yang bakal menarik perhatian para penonton terutamanya golongan wanita
moden dan berkerjaya.
Drama ‘Dendam Seorang Isteri’ merupakan arahan
sutradara-sutradara muda yang berbakat besar, Nizam Zakaria dan Uchee Fukada serta turut didukung oleh barisan
pelakon hebat seperti Wan Raja, Aidit Noh, Roy Azman, Ziema
Dina dan Dian P.Ramlee.
Drama ‘Dendam Seorang Isteri’
akan ditayangkan pada setiap hari Isnin
hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 21 Mac 2022 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) serta turut
boleh distrim menerusi On Demand dan aplikasi Astro
GO untuk
pilihan yang lebih fleksibel.
“Women
empowerment menjadi nadi kepada drama terbaharu kami, ‘Dendam Seorang Isteri’ dengan
gandingan mantap dua orang pelakon wanita versatil dan hebat iaitu Fasha
Sandha dan Nad Zainal.
Astro sekali lagi memperkasakan watak-watak
wanita menerusi slot-slot drama yang ada. Sebagai
destinasi drama terunggul di Malaysia, kami menguar-uarkan nukilan yang
berkisarkan kekuatan wanita dalam menempuhi cabaran hidup yang ada.
Walaupun drama ini merupakan sebuah adaptasi
daripada drama terbitan di Korea berjudul ‘Temptation of Wife’, penceritaan
berunsurkan women empowerment amat menepati cita rasa para penonton masa kini
di Malaysia.
Drama ini turut menguji kebolehan lakonan Fasha
dan Nad. Mereka sekaligus membuktikan kemampuan sebagai pelakon dramatis yang
amat disegani. Sememangnya ramai akan kagum dengan penguasaan dan penghayatan mereka
yang begitu berkesan.
Mewakili pihak Astro, saya berharap agar para
penonton bukan sahaja terhibur malah mendapat inspirasi dengan tema kekuatan
kaum wanita yang ada pada drama yang bakal menyerikan slot Tiara kami.”
“Drama ‘Dendam Seorang Isteri’ ini adalah drama yang saya nantikan sebagai pengarah kerana saya mahu mengarahkan sebuah drama berformat panjang. Bagi saya, ini adalah satu cabaran untuk membuktikan bahawa saya mampu melakukannya. Cabaran menjadi besar apabila naskhah yang saya terima daripada penulis skrip sangat menarik untuk saya tafsirkan dalam bentuk visual.
Para pelakon berbakat besar seperti Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja
serta Aidit Noh banyak membantu saya untuk melahirkan watak Kirana, Amira,
Harris dan Naufal yang mempunyai cerita serta back story masing-masing yang
bagi saya penuh dengan konflik. Ini bakal menarik perhatian para peminat drama
Melayu.
Memandangkan drama ini diadaptasi daripada drama Korea yang sangat-sangat
popular, saya rasa tercabar untuk menghasilkan sebuah drama yang lebih baik
daripada versi asal mengikut cita rasa dan nilai budaya tempatan. Sememangnya
proses ini sangat mencabar, lebih-lebih lagi saya ingin menghasilkan sebuah
naskhah yang bersifat original dan fresh untuk dihidangkan kepada penonton.”
TRIVIA
MENARIK DRAMA ‘DENDAM
SEORANG ISTERI’ |
1. Durasi penggambaran bermula pada November 2021.
2. Lokasi penggambaran adalah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan
Melaka.
3. Penggambaran drama ini telah dihentikan sebanyak tiga kali disebabkan kes
Covid-19 di kalangan kru dan para pelakon.
4. ‘Dendam Seorang Isteri’ diarahkan oleh dua orang pengarah iaitu Nizam
Zakaria dan Uchee Fukada.
5. Shahrulezad Mohameddin menggalas tugas sebagai pengarah kreatif . Beliau
juga merupakan seorang peminat drama ini versi Filipina.
6. Pengurus produksi drama ini juga merupakan penyanyi lagu tema kepada drama
ini. Lagu tema iaitu Kesumat dinyanyikan oleh Rian Shain. Komposer lagu Kesumat
adalah Amylea Azizan yang juga turut berlakon dalam drama ini.
7. Antara cabaran yang dihadapi adalah menghadkan jiwa karya asal dan dalam
masa yang sama memberikan nafas baru kepada karya tersebut. Selain itu, cabaran
lain yang dihadapi pengarah drama ini adalah mengekalkan momentum dan karakter
para pelakon di mana babak-babak yang dirakam telah disusun mengikut kesesuaian
lokasi dan masa.
8. Nad Zainal bertindak sebagai stylist bagi karakternya
malah memilih sendiri busana untuk watak Kirana.
9. Karakter Kirana merupakan watak dambaan Nad Zainal sejak mula berlakon.
Fasha Sandha -
Amira/Neelisa
Nad Zainal -
Kirana
Wan Raja -
Harris
Aidit Noh -
Naufal
Roy Azman -
Dato’ Mus
Ziema Dina -
Datin Mona
Zarynn Min -
Kak Baby
Sharmaine Farouk -
Diana
Dian P.Ramlee -
Ain
SINOPSIS DRAMA ‘DENDAM SEORANG ISTERI’
Amira,
seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya,
Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya Harris
tetap bersikap berfoya- foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira
membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status
dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik
kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira.
Kemudian,
adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus
menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira.
Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana
dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris,
Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq.
Amira yang
masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila
mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang
lewat. Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa
memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan
Kirana.
Kirana tidak
peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa
Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui
dirinya kini sudah hamil. Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah
besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus
untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi
isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas
Harris daripada hidupnya.
Kirana dan
Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang
disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki
bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan
membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira
menjadi Neelisa!
Comments
Post a Comment