“International” dan “Pelat”… Reshmonu Lah Si Periuk Kera!
Minggu ketujuh program pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua mengejutkan juri-juri apabila identiti di sebalik topeng Periuk Kera didedahkan. Menduduki di tangga terakhir dengan markah terendah sebanyak 78.33%, identiti di sebalik topeng Periuk Kera yang merupakan seorang penyanyi, komposer dan pelakon, Reshmonu!
Dengan sebutan beliau yang pelat, Periuk Kera sering dikatakan adalah seorang penghibur antarabangsa dari Korea Selatan, Hanbyul. Walaupun tersingkir pada minggu ketujuh, Reshmonu tetap gembira kerana diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas TMSM musim kedua. “All of these processes have been so much fun”, katanya yang menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud nyanyian asal Datuk M. Nasir.
Para juri sudah pun memberi clue yang betul – “international” dan “sebutan pelat”. Malangnya, tekaan-tekaan mereka masih tidak tepat. Oleh itu, Zizan Razak tetap menduduki di tangga teratas dengan meraih 4 markah pada minggu ini, diikuti Remy Ishak dan Aznil Hj. Nawawi dengan masing-masing mengumpul tiga markah.
Sementara itu, minggu ketujuh menyaksikan Orkid, Rambutan dan Ratu Semut berada di tangga teratas dengan masing-masing mencatatkan markah sebanyak 94.22%, 93.22% dan 91.78% manakala Bujang Senang, Si Merak dan Periuk Kera di kedudukan ‘bottom three’ dengan markah 86.56%, 81.00% dan 78.33%. Dengan ini, hanya tujuh selebriti di sebalik topeng Orkid, Rambutan, Ratu Semut, Burung Hantu, Seladang, Bujang Senang dan Si Merak akan mara ke minggu suku akhir.
Rasa-rasa siapa pula yang akan kantoi minggu hadapan? Saksikan program mengujakan ini di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Comments
Post a Comment