Skip to main content

JEJAK’ TERBARU XPOSE

 


“Masa memijak usia, Tinggalkan hanya memori. Untuk kau singkapkan nanti, Apabila terkenang Ertinya Kehidupan” - JEJAK

Xpose yang terdiri daripada Furhan selaku vokalis, Eppy pemain bass, Taqim pemain drum dan satu-satunya bunga diantara kumbang ialah Qis selaku pemain gitar. Qis merupakan ahli terbaharu kumpulan Xpose. Meneruskan perjalanan kumpulan Xpose, mereka kini muncul dengan single terbaru mereka yang berjudul JEJAK.

Dilihat dari bait-bait lirik Jejak, lagu ini menceritakan mengenai satu perkara yang kita lakukan akan meninggalkan satu kesan (Jejak) untuk kita dimasa hadapan samada memberikan kesan positif mahupun negatif. Menurut Eppy Xpose yang juga merupakan composer lagu ini, “Jejak dari kisah benar seseorang yang mencari erti kehidupan dirinya sendiri sehinggakan dia telah melalui pelbagai rintangan kehidupan tapi hujungnya, pasti kebahgiaan yang diperolehinya. Terpulang kepada individu mahu menentukan kehidupannya sendiri”.

Lagu ini turut dikompos oleh seorang lagi composer hebat iaitu Hang Nadim dan manakala lirik Jejak ditulis oleh Bunga Cantik. Bukan itu sahaja, lagu ini turut mendapat sentuhan dari Genervie Kam selaku arranger. Gabungan dari nama-nama hebat untuk lagu Jejak ini merupakan satu penghormatan besar untuk Xpose. “Saya selaku vokalis turut ada rasa kecil jika dibandingkan dengan nama-nama disebalik lagu Jejak. Oleh sebab itu, saya akan menyanyikan lagu ini sebaik mungkin dan ingin membawa lagu Jejak ini keperingkat yang tertinggi didalam industry muzik tanah air,” kata Furhan.

‘JEJAK’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music dan Spotify. Dengarkan juga lagu Jejak nyanyian Xpose di semua saluran radio tempatan pilihan anda!

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam