Skip to main content

Juara Lagu ke ~ 36 Milik Pelukan Angkasa






Bagaimana dengan jangkaan peminat muzik tanah air untuk AJL36 kali ini? Berpuas hati dengan keputusan juri untuk AJL36 ? Tahniah untuk lagu Pelukan Angkasa SOG Dan Shela Hamzah  dinobatkan sebagai juara lagu AJL36.  Manakala Tempat Ke - 2 Marsha Milan dengan Lagu  Cinta, Dan tempat Ke - 3, Haqien Rusli Lagu Mimpi, Vocal Terbaik Milik Aina Abdul Lagu Sepi Dan Peersembahan terbaik AJL36 Marsha Milan Dengan lagu Cinta, Manakala Anugrah Penyanyi  Populer AJL36 Khai Bahar Dan Aina Abdul. 


Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu melangsungkan edisi ke 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim LIVE HD di www.tonton.com.my, Youtube TV3 Malaysia dan Tik Tok TV3 Malaysia. .

Bertemakan ‘Ini Rentak Kita’, Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) menyatukan 12 lagu yang dipertandingkan daripada genre muzik yang berbeza menerusi gabungan rentak lgu-lagu tersebut. Malam kemuncak AJL 36 dimeriahkan oleh dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence, “Cantik dengan NOIR, Hanya NOIR”. sebagai penaja utama dan menampilkan Siri OPPO Reno Seven,Lima G, Pakar Potret sebagai penaja bersama, Hot FM, Buletin FM dan Molek FM sebagai rakan radio serta Audio+, Xtra, Tonton, Oh Bulan!, Seismik, Sirap Limau, SAYS, Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times sebagai rakan digital.

AJL 36 menampilkan gandingan hos Alif Satar dan Nabila Huda untuk mengemudikan acara kemuncak. Karpet Merah AJL 36 pula dihoskan oleh Sissy Imann dan Sean Lee serta bersiaran di TV9 dan Youtube TV3 Malaysia, dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam. Selain itu, penonton juga boleh meninjau gelagat dan debaran para finalis AJL 36 di belakang pentas bersama-sama dengan Sissy Imann dan Sean Lee dalam Backstage AJL 36 yang strim secara langsung di Youtube TV3 Malaysia. Malam AJL 36 dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Dato’ Jamal Abdillah, Mas Idayu, Ayda Jebat dan kumpulan Cassia di persembahan pembukaan. Peminat rock tegar juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa gandingan Kumpulan Wings dan orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik Datuk Ramli M.S yang berkonsepkan ‘Rock Orchestra’.

Anugerah muzik berprestij ini mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi. AJL 36 akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik yang dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence, “Cantik dengan NOIR, Hanya NOIR”, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu serta Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh Siri OPPO Reno Seven,Lima G, Pakar Potret.

Pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik yang dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence, “Cantik dengan NOIR, Hanya NOIR” akan menerima wang tunai sebanyak RM18,000, tajaan bersama NOIR Beauty Essence..”Cantik dengan NOIR, Hanya NOIR” bersama trofi. Di samping itu juga, pada malam Anugerah Juara Lagu 36, NOIR Beauty Essence akan melancarkan peraduan Cantik & menang NOIR dimana penonton berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM10,000 setiap bulan. Dengan pembelian set Edisi Istimewa AJL36 Essence berharga RM 89.00 atau Edisi Istimewa AJL36 Kombo berharga RM279.00, penonton dapat melayakkan diri dalam menyertai peraduan ini secara automatik. Layari www.noir.my untuk maklumat lanjut. Peraduan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2022.

Bagi pemenang kategori Anugerah Penyanyi Popular AJL yang dibawakan oleh Siri OPPO Reno Seven, Lima G, Pakar Potret adalah berdasarkan jumlah undian tertinggi oleh para peminat di laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com yang telah berlangsung dari 9 Februari 2022 hingga 3 Mac 2022.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba