Kamu Kena Banyakkan Bertenang - Ajoi Zainal



Awak tak ada masalah banyak sangat cuma kebanyakan saya dengar banyak low note yang tak sampai. Kamu kena banyakkan bertenang sebelum menyanyi, saya perhatikan semasa awal muzik kamu laju, jadi sinopsis lagu tu lari dan mengganggu emosi nyanyian. Itu komen juri tetap Ajai buat Ajoi Zainal yang tersingkir di konsert separuh akhir Big Stage 2022 malam tadi.


Ajoi atau nama sebenarnya, Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 24, menyanyikan lagu Setelah Kau Tiada nyanyian asal Cakra Khan menerima markah 76.10 peratus.

Big Stage 2022 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Konsert minggu ini dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry AlHadad.



 

Comments

Popular posts from this blog

Salammusik menyeru agar segera menghentikan kitaran keganasan antara Israel dan Palestin ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA