KESINAMBUNGAN LAGU PUTUS, NABILA RAZALI LANCAR NOVEL KERANA CINTA ITU ADA
Selepas lima bulan melancarkan
single Putus, penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa syukur apabila lagu
terbaharunya itu menerima respons positif peminat dan sering dimainkan
dicorong-corong radio.
Apa yang menarik Putus merupakan
lagu pertama sentuhan Nabila sendiri bersama komposer Singapura Erwin Purnama
dan kini telah mencapai jumlah 4 juta tontonan dilaman Youtube. Lagu Putus juga
merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh
Universal Music Malaysia.
Bagi meneruskan kesinambungan lagu
Putus, Nabila hari ini melancarkan novel berjudul Kerana Cinta Itu Ada yang
ditulis oleh novelis popular Sophilea.
Sophilea mempunyai peminat sendiri
dalam kalangan pembaca novel dan popular dengan beberapa karya antaranya
Anugerah Terindah, Kerana Kau Aku Kembali dan banyak lagi. Beliau juga
dinobatkan sebagai Penulis Prolifik
Bercakap tentang idea bagi
menghasilkan novel ini, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Mohd
Razali, 29, berkata, dia menyedari jalan cerita lagu Putus menarik untuk
dikembangkan kepada sebuah naskhah novel.
“Bagi saya lagu Putus mempunyai
jalan cerita yang menarik iaitu tentang seorang gadis yang nekad untuk
mengakhiri hubungannya dengan kekasih yang tetap melukainya walaupun telah
diberikan peluang kedua.
“Banyak lagi yang saya ingin
ceritakan dalam lagu namun ianya terbatas. Jadi saya ambil peluang itu untuk
mengembangkan lagi menjadi novel.
“Alhamdulillah saya bersyukur dapat
bekerjasama dengan novelis terkenal Sophilea yang menunaikan impian saya untuk
menjadikan ia sebagai satu karya hebat,” ujarnya.
Selain novel, Nabila juga merancang
untuk mengadaptasikan karya tersebut kepada sebuah drama selepas ini.
Novel Kerana Cinta Itu Ada diedarkan
oleh Mask Team dan boleh didapati secara dalam talian bermula 14 Mac dengan
harga RM35 bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM38 di Sabah dan Sarawak.
Novel ini juga bakal berada di kedai
buku seluruh Malaysia dalam masa terdekat.
Kerana Cinta Itu Ada mengisahkan
tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan
perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya.
Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia
(ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen,
yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa
pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta.
Pada Bella, Aisy merupakan lelaki
paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan
hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa
Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.
Namun hubungan percintaan ini putus
di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizal
yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan
baiknya.
Bella membawa diri bertahun-tahun
lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella
membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam
hubungan suami isteri.
Dapatkah hubungan cinta mereka
kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan? Jawapannya
ada dalam novel Kerana Cinta Itu Ada.
ORDER LINK:
https://keranacintaituada.onpay.my/
Comments
Post a Comment