Skip to main content

Kolaborasi Nusantara Malaysia-Indonesia Temukan ‘Kucaimars’ & Suara Kayu’ Dalam ‘Obat Rindu’




Bintang Big Stage 2019, Kucaimars, bersama-sama duo muzikal pop-folk terkenal yang berasal dari Jakarta, Suara Kayu, berkolaborasi secara harmoni menerusi sebuah single baharu berjudul ‘Obat Rindu’.


Single yang kedengaran easy-listening serta flirty ini dinyanyikan dengan cara yang begitu unik sekali, namun menghiburkan. Paduan serasi di antara Suara Kayu yang bersahaja dengan vokal Kucaimars yang berkarakter ternyata menghasilkan magis apabila digabungkan.


Lagu Obat Rindu yang dialunkan melalui petikan gitar akustik dengan tiupan terompet ini menceritakan tentang hubungan LDR. Rasa rindu yang seringkali menjadi penyeri buat pasangan yang sedang menjalani hubungan LDR menjadi intipati kepada single ini.


Obat Rindu menceritakan tentang perasaan rindu yang mendalam kerana tak bertemu dengan orang yang tersayang. Dalam lagu ini, ada bait-bait liriknya yang menjadi penawar bagi menyembuhkan rasa rindu itu,” kata Ingrid, salah seorang ahli Suara Kayu.


Kolaborasi sememangnya bukan perkara baharu bagi duo Ingrid dan Dewangga. Suara Kayu kerap melakukan kolaborasi dengan beberapa pemuzik dan content creator di serata bidang. ‘Mini-a-Tour’, jelajah kolaborasi yang diadakan dengan pemuzik dan YouTuber terkenal dari Bandung, Jogja, Semarang dan Surabaya kini boleh ditonton di saluran YouTube Suara Kayu

“Menariknya lagu ini, kami memilih untuk berkolaborasi dengan Kucaimars yang berasal dari Malaysia. Jadi kami sempat membincangkan konsep serta idea-idea melalui mesyuarat ‘zoom’ dan proses rakaman jarak jauh,” jelas Dewangga pula.

Melalui sebuah temuramah, Kucaimars merasa teruja kerana diberi kesempatan bekerjasama dengan duo hebat dari seberang, Suara Kayu. 

“Saya rasa seronok kerana dapat membawa konsep yang baru melalui lagu ini. Semoga lagu ini memberikan nafas segar di persada industri muzik Malaysia,” ujar pemilik nama sebenar, Amirul Husyairi.

Baik Suara Kayu mahupun Kucaimars berharap agar single Obat Rindu ini dapat diterima baik oleh penggemar muzik di Indonesia dan juga Malaysia. 

Semoga lagu Obat Rindu menjadi peneman mereka yang sedang rindu dengan seseorang, membuat mereka tersenyum dan tertawa walaupun sedang sakit menahan rindu. Untuk yang masih ‘single’ atau sedang mencari, boleh juga menikmatinya juga,” akhiri Ingrid.

Sebagai maklumat tambahan, Suara Kayu telah melancarkan EP keduanya yang berjudul ‘Kumpulan Cerita Pendek’ yang memuatkan enam buah lagu akustik di mana salah satu treknya berjudul ‘Hahaha’ merupakan kolaborasi bersama duo muzikal Bianca Dimas. Single mereka berjudul ‘UWU’ (Unhappy Without You) mendapatkan sambutan luar biasa di TikTok dengan jumlah tanda suka sebanyak 203 ribu dan memperoleh tontonan melebihi 69.6 juta.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba