KONFLIK SEMAKIN MERUNCING DALAM DRAMA BERSIRI “NURLAILA” DI TV1
Konflik dalam hubungan Imran dan Laila, lakonan Aedy
Ashraf bersama Hana Aqeela yang mula mengakui ada rasa cinta di hati
masing-masing namun berat untuk mengakuinya membuatkan penonton tidak senang
duduk.
Begitu juga perbalahan antara Imran dengan ayah
tirinya, Khalid yang semakin meruncing juga meresahkan hati pengikut setia
drama bersiri “Nurlaila” di TV1. Penonton mula rasa tidak sabar mahu menyaksikan
bagaimana rahsia disembunyikan Khalid lakonan Zamarul Hisyam mula terbongkar
satu persatu.
Semakin menghampiri pengakhiran episod siarannya,
drama kekeluargaan dan cinta yang tragis penuh
dengan pengajaran dan pedoman arahan Heykal Hanifah ini dinantikan siarannya setiap
Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang di TV1.
Menampilkan gandingan pelakon utama Hana
Aqeela, dan Aedy Ashraf, drama ini turut dibintangi oleh Amyza Aznan, Zamarul
Hisyam, Kamarool Hj Yusoff, Rusdi Ramli, Ku Fridah, Neera Azizi, Farahdhiya,
Nor Albaniah, Fimie Don dan Ruminah Sidek.
Kisahnya bermula dengan perjalanan kisah hidup pemuda bernama Imran, anak
orang kaya sering bergaduh dengan ayah tirinya, Khalid kerana tidak setuju
dengan sikap ayahnya yang selalu mempersiakan ibunya, Aina yang sedang
menderita penyakit barah otak.
Imran anak muda yang tidak mahu terikut dengan ayahnya dan mahu membina
hidup sendiri sememangnya sentiasa panas bila berhadapan dengan Khalid. Mereka
berdua sering bertelagah dan tidak pernah sependapat. Di tengah pergolakan itu
aka nada Aina yang seringkali mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan hubungan
anak beranak itu.
Di luar pengetahuan Aina, Khalid menjalin hubungan sulit dengan Sara,
setiausaha di syarikat milik mereka. Ketika Imran memutuskan keluar dari rumah
untuk menenangkan diri, dia secara tak sengaja bertemu dengan gadis kampung
bernama Nurlaila. Laila sebenarnya sedang melarikan diri daripada konco bapa
ayam, Pak Tono yang ingin menjualnya sebagai pelacur.
Imran menyelamatkan Laila dan memberinya tempat menumpang teduh. Laila
rasa terhutang budi terhadap lelaki itu. Imran kemudiannya memberikan sejumlah
wang kepada Laila dan menyuruhnya pulang ke kampung. Laila sebaliknya serba
salah kerana takut orang-orang suruhan Pak Tono memburunya sehingga ke kampung.
Apatahlagi Mak Long yang pernah menjanjikannya kerja sewaktu di kampung adalah
ibu ayam yang mencarikan pelacur untuk Pak Tono.
Telahannya tepat. Dia berjaya diburu oleh orang suruhan Pak Tono namun
sekali lagi dia bernasib baik diselamatkan oleh Imran. Laila kemudiannya
tumpang berteduh di kondo milik Imran yang turut dihuni Mak Som, orang gajinya.
Hubungan mereka mulai rapat namun
Laila sedar akan kedudukannya. Sementara itu Khalid mula bertindak menyeleweng
duit syarikat dan mahu menggunakan Imran sebagai ‘kambing hitam’. Namun Aina
lebih percayakan anaknya itu. Laila cuba menasihati Imran supaya berbaik dengan
ayah tirinya itu. Imran melenting memarahi Laila supaya tidak masuk campur
dalam urusan keluarganya.
Satu hari Imran diberikan tawaran oleh Aina bahawa segala harta miliknya
akan diberikan kepada Imran sekiranya anaknya itu berkahwin. Dia terfikirkan
Laila dan mahu menawarkan sejumlah wang yang berguna untuk Laila melunaskan
hutang keluarganya dengan Pak Tono.
Sementara itu Khalid mula tidak senang duduk mula merancang banyak
muslihat dalam fikirannya semata-mata mahu menjatuhkan Imran. Dia tidak mahu
Imran hidup bahagia sampai bila-bila. Sara pula menikamnya dari belakang bila
tidak diberikan wang.
Kehadiran Laila juga berjaya menyatukan Aina dengan ibunya, Nek Kiah yang
lama terpisah. Aina cuba menyembunyikan penyakitnya kerana tidak mahu nenek
Imran itu sedih dan terpaksa pula menjaganya.
Namun di sebalik semua itu rupa-rupanya tersembunyi satu hakikat. Apakah
sebenarnya yang disembunyikan Aina daripada pengetahuan semua orang? Bagaimana
pula kesudahan kisah cinta Imran dan Laila? Ikuti penamat ceritanya di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton
di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my)
dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Comments
Post a Comment