Skip to main content

MACAM MAINAN’ ASHTIN





ASHTIN, seorang penyanyi hiphop kelahiran Suria Records Sdn Bhd yang pertama, kini mengeluarkan single pertamanya yang diberi judul ‘Macam Mainan’. Sedikit mengenai Ashtin, namanya bukanlah asing dikalangan peminat-peminat lagu ‘hiphop’ kerana Ashtin sudah aktif lama dengan menyanyikan lagu-lagu bergenre hiphop secara ‘underground’. Kerana minatnya yang dalam terhadap muzik, Ashtin mengambil keputusan untuk mengeluarkan ‘Macam Mainan’.

Ashtin mengakui merasa gementar untuk menyanyikan lagu ini walaupun ianya merupakan tulisannya sendiri bersama Yusuff Khan, Adam Armin dan dikompos juga oleh Adam Armin dan Yusuff Khan. Ia bukanlah sesuatu yang mudah bila melalui proses rakaman dan proses yang lain tambahan pula ia merupakan buah tangan pertamanya.

“Saya sangat bersyukur diberi peluang yang besar ini, lagi-lagi mendapat sokongan dari keluarga, rakan rakan, dan pasukan Suria Records Sdn Bhd,” akui Ashtin yang kini berusia 31 tahun. Ashtin turut mengakui beliau melakukan persediaan rapi bagi merekodkan lagu ‘Macam Mainan’ ini.


 Lagu ‘Macam Mainan’ dipilih oleh Ashtin sendiri setelah mendapat persetujuan daripada Suria Records. Menurutnya, lirik lagu Macam Mainan ini ditulis melalui kisah pengalaman peribadinya. Menariknya, walaupun lirik lagu ini menggambarkan tentang kesedihan dan kekecewaan seseorang, Ashtin mengubah lagu Macam Mainan ini untuk semua tidak kira keadaan seseorang itu. Menurut Ashtin, penerimaan pendengar merupakan subjektif. Yang ditekankan merupakan objektif dirinya sebagai seorang penyanyi.

“Macam Mainan” merupakan yang pertama dari saya dan saya berharap supaya karya saya diterima ramai. Bukan itu sahaja, saya mengharapkan ruang dan peluang untuk saya untuk terus belajar dan mengeluarkan karya-karya lain untuk pendengar semua”, kata Ashtin.

Lagu “Macam Mainan” boleh dimuat-turun di iTunes dan strim menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX dan Spotify. Dengarkan juga lagu “Macam Mainan” nyanyian Ashtin di semua saluran radio tempatan pilihan anda!

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba