Skip to main content

PENGENALAN PACU YANG DINANTI-NANTI DARI JUKI

 


Def Jam Recordings Malaysia mencungkil sebutir lagi bintang berbakat dalam bentuk Juki, seorang penyanyi rap wanita yang teguh menjiwai seni muzik hip hop.Juki merupakan pemenang pertandingan rap Playaz Rap Challenge 2020dan pernah muncul dalam  lagu DUA  PULUH bersama  bintang-bintang  hip  hop  lain  seperti Benzooloo,  Siqma, Yonnyboii, Ical Mosh, Kmy Kmo & Luca Sickta.Juki juga sempat membuat kemunculan Februari lalu dan mendapat sambutan meriah di Mini Showcasekumpulan nyanyian wanita yang sedang popular,DOLLA.Kini  setelahbersedia,  Juki  tampil  dengan  karya sulungnya  berjudul PACU. Disusun,  diterbit dan digubah oleh Mingaling, lagu ini juga mendapat sentuhan lirik Amir Hasan bersamaJuki sendiri.“Lagu ini ada bayangan saya di dalamnya. Ia mengisahkan pencapaian matlamat dan motivasi diri. Saya ingin kongsikan pendapat saya ini dengan semua yang mendengar. Saya berikan segala-galanya untuk PACU. Saya harap semua akan memahami pesanan yang cuba saya luahkan dalam lagu ini. Saya mahu semua orangsedar bahawa jika mereka jatuh mereka hanya perlu bangkit semula,” jelas Juki.

SIARAN MEDIAPACUyang  telah  menjalani  proses  rakaman  tahun  lalu mengambil  masa  sehari  untuk diselesaikan.“Kami mengambil masa sehari untuk menguruskan semuanya, termasuk pemilihan lirik dan cubaan untuk memasukkan irama berkaitan dan melihat hasilnya. Rakaman dilakukan pada hari kedua kerana saya mempunyai sedikit kesukaran untuk menulis korus dan pre-hook lagutika itu. Setelah siap dengan verse, Amir telah menyiapkan bahagian yang tinggal untuk Pacu. Akhirnya, semuanya berbaloi,” tambahnya lagi.Lagu ini turut menampilkan sebuah muzik video hebat yang mengambil masa 12 jam untuk dirakam.“Kami  memulakan  rakaman  pada  jam  11  pagi  dan  selesai  sekitar  jam  10  hingga11  malam pada  hari  yang  sama. Saya  terpaksa  ganti  pakaian  dan  solekan  beberapa  kalipada  hari  itu,memang memenatkan. Itulah kali pertama saya lihat orang bekerja di belakang tabir. Dan kini saya mengerti kerja keras di balik semua itu,” ujar Juki lagi.Juki berharap karya sulungnya ini akan dihargai oleh semua yang mendengarnya.“Banyak usaha di balik projek ini dan saya harap motivasi serta cinta yang saya kongsikan akan dapat dirasai oleh semua yang mendengarnya,” kata Juki menutup bicara dengan gembira.PACUbakal  dilancarkan  di  semua  wadah  penstriman  digital  bermula  Jumaat,  11  Mac  2022 manakala  video  muzik  rasminya  akan  dipertontonkan  pada  hari  yang  samabermula  jam  9 malam di saluran YouTube rasmi JUKIVEVO

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam