Tolong Bersihkan Nama Saya - Azwan Hj Ali @ Diva AA
Semalam
industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman Awesome TV mengugurkan Azwan Hj Ali
@ Diva AA sebagai hos program terbitan mereka, Mic On! berkuatkuasa serta
merta. Pihak Awesome TV menjelaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang
perihal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak
sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan
program-program terbitan mereka.
Azwan ketika dihubungi
berkata, persoalan itu sepatutnya ditanya kepada pihak pengurusan Awesome TV
yang mengambil keputusan drastik itu."Mereka boleh cakap apa saja,
dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti
ada."Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar
sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran
'ciput' (sedikit) ini, tapi saya buat demi peminat.
Menurut Diva AA,
masalah yang terjadi lebih bersifat peribadi selain akui tidak teragak-agak
untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mempunyai bukti yang berkaitan."Tolong
bersihkan nama saya dalam hantaran kepada media yang telah memburukkan saya
atau mereka(Awesome TV) akan mendapat sesuatu. Saya cabar datuk itu untuk
tampil bersemuka dengan saya dan beritahu apa masalah dia. Ini masalah peribadi
jadi jangan nak buruk-burukkan saya,buruk padahnya.
Di kesempatan itu, Diva
AA turut mendedahkan sejak tularnya berita tersebut dia menerima banyak
panggilan telefon daripada penggiat industri yang terkejut serta memberi
sokongan kepadanya."Saya semalam tak boleh tidur selalunya saya tidur awal
tetapi ramai yang menghubungi saya terkejut dan kecewa dengan khabar berita
tersebut.
"Saya dapat sokongan
ramai daripada selebriti terkenal antaranya Datuk Rosyam Nor,Datuk DJ Dave,
Fauziah Nawi, Mas Idayu dan stesen radio Hot FM. Mereka memberi saya semangat
untuk teruskan kehadapan dan itulah yang saya lakukan.
Comments
Post a Comment