Skip to main content

Zizi Kirana Tampil Dengan Single Bahru PIJAK



 Lagu Eh berjaya membawa nama penyanyi Zizi Kirana ke puncak kerjaya. Mesej yang dibawa lagu itu bukan sahaja menjadi bualan dalam kalangan peminat dan netizen, tapi sekali gus memberi satu jenama baharu pada Zizi Kirana.

Keberaniannya menegur sikap segelintir pihak menerusi lirik dalam lagu bukan sekadar satu bentuk hiburan semata, tapi lebih pada ingin menyatakan suara dan isi hati berkenaan apa yang berlaku di sekeliling hari ini.

Terbaharu, Zizi, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil muncul dengan single berjudul Pijak yang diterbitkan oleh Def Jam Malaysia dan dilancarkan pada 25 Februari ini.

Menariknya, lagu hasil ciptaan Zizi bersama Navigator dan Mambang itu adalah kesinambungan kepada lagu Eh yang mana menceritakan mengenai orang yang mengambil kesempatan di atas kelebihan dan kekurangan orang lain.

“Pendek kata lagu ini menggambarkan sikap seseorang yang suka pijak kepala. Ini antara cara untuk saya sampaikan nasihat. Bukan nasihat untuk orang saja, tapi untuk saya sendiri supaya tidak ambil kesempatan atas orang lain.

“Jadi kita saling menasihati antara satu sama lain dan sebab itulah ada kesinambungan antara lagu Eh dan lagu Pijak ini,” katanya.

Menurut Zizi, dia sudah biasa bekerjasama dengan penerbit lagu Pijak iaitu Navigator dan yakin dengan hasil lagu itu.

“Pengalaman bekerja dengan individu di dalam lagu Pijak ini terutama sekali di bahagian pembikinan lagu saya masih mengekalkan pasukan yang sama iaitu Mambang dan Navigator sebab saya sangat selesa bekerja dengan mereka.

“Mereka sudah tahu apa yang sesuai dengan saya dan apa yang boleh saya sampaikan. Kami memang sudah senang untuk bekerjasama. Tetapi kalau ada peluang untuk bekerja dengan orang lain saya okay sahaja. Cuma untuk single Pijak ini saya selesa untuk bekerja dengan orang yang sama.

“Dari segi muzik memang Navigator yang menjalankan tanggungjawab itu seperti biasa dan saya suka bekerja dengan dia. Untuk lagu saya selesa bekerja dengan Mambang. Sewaktu bekerja pada tahun lepas kami semua hanya melalui telefon sahaja.

“Pengurus saya pun cari waktu yang sesuai untuk lari sekejap ke studio dan terus pulang ke rumah selepas itu. Apabila semua sudah selesai dan kami satu pasukan berbincang yang lagu ini mahu dilancarkan pada tahun ini,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu Pijak, Zizi juga pemenang kategori Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) mengekalkan pengarah video muzik (MV) sama dengan lagu Eh iaitu Acip.

“Proses rakaman video muzik lagu ini masih mengekalkan pengarah yang sama iaitu Acip dan muzik video ini juga adalah kesinambungan daripada muzik video lagu Eh. Cuma kali ini rentaknya berbeza sedikit.

“Sepanjang proses rakaman video muzik ini semuanya baik sahaja walaupun proses rakaman itu bermula dari pagi sampai malam. Saya dapat pengarah, pasukan, pengarah fotografi (DOP), ‘glam team’ yang ‘best’. Mereka adalah orang yang saya percaya,” katanya.

Pun begitu, Zizi berkongsi dia tetap berdepan cabaran dalam penghasilan lagu dan video muzik Pijak.

“Proses rakaman lagu ini sebenarnya daripada tahun lepas tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi ia tertangguh hingga kita kena buat demo di rumah sahaja. Apabila sudah dibenarkan keluar selepas PKP barulah pergi buat rakaman di studio.

“Cabaran dalam menyiapkan lagu dan video muzik ini bermula dari tahun lepas. Macam yang saya cakap disebabkan kita PKP pada tahun lepas dan tak boleh merentas negeri. Studio saya di Klang dan saya tak boleh pergi disebabkan saya berada di Kuala Lumpur pada ketika itu.

“Dalam masa sama, cabaran besarnya adalah apabila saya nak keluarkan lagu baharu selepas lagu Eh sebab saya tidak tahu apa akan jadi tapi saya lalui saja macam biasa,” katanya.

Sama seperti single terdahulu, Zizi juga berharap lagu Pijak mendapat di hati peminat dan pencinta muzik tanah air.

“Jadi, harapan saya untuk lagu Pijak ini diterima sebab lagu ini dibuat berdasarkan apa yang sering terjadi dalam masyarakat kita dan kehidupan harian kita.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam