Skip to main content

Anis Nabilah, ASEAN'S MOST INFLUENTIAL CHEF



 Bidang kulinari yang diceburi sejak 14 tahun lalu membawa nama Chef Selebriti, Anis Nabilah ke tahap yang cukup membanggakan.


Anis Nabilah, 36, atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin banyak mengumpul pengalaman dari bawah. Setiap pencapaian yang diraih hari ini adalah berkat dan usaha gigih yang tidak kenal erti putus asa.


Terbaharu, Anis Nabilah yang juga selebriti di bawah syarikat pengurusan Universal Music Malaysia dinobatkan Asean's Most Influential Chef pada Asean Food & Travel Awards 2022 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.


Anis Nabilah berkata, dia berterima kasih kepada Tourism Malaysia kerana mempromosikan negara kita kepada dunia.


“Tahniah pada semua atas kerja keras dan usaha untuk mengembangkan industri ini, untuk negara kita, untuk Asean. Ia memerlukan semangat, pengorbanan dan daya tahan untuk berjaya dalam industri ini, terutamanya semasa pandemik, dua tahun lepas.


“Saya hanya boleh membayangkan perjuangan yang dilalui oleh sebahagian daripada mereka, tetapi bukan sahaja terselamat daripada wabak Covid-19, malah mereka juga berusaha. Saya ‘salute’ mereka. 


“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan dan pasukan saya, Universal Music Malaysia, Celebrity 360, kerana sentiasa mempercayai saya dan menyokong semua matlamat dan impian saya, tidak kira betapa besarnya ia. Ini untuk anda semua,” katanya.


Pada majlis itu, Anugerah disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.


Turut hadir, Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab; Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Datuk N Subramaniam; Presiden Persatuan Eksekutif Makanan & Minuman Malaysia, Muhammad Hisham Tan Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media,

Datuk R. Rajendran; Editor Pengurusan RHA Media, Lee Seng Chee dan Pengarah Komunikasi Korporat, ASEAN Food and Travel, Puan Helis Muda.


Mengimbas semula perjalanannya hingga berada pada tahap sekarang, Anis Nabilah berkata segalanya berbeza.


“Semasa saya mula-mula dalam industri ini, memasak di TV iaitu lebih sedekad yang lalu semuanya berbeza. Tiada program realiti memasak, tiada YouTube dan tiada resipi google. Saya masih ingat sebagai seorang pelajar, cara untuk belajar mengenai masakan lain atau resipi adalah dengan membaca buku masakan atau menonton rancangan masakan yang terdapat di kaca TV.

“Tapi kini, saya melihat kanak-kanak mencipta kandungan masakan di media sosial. Maksudnya betapa ia sesuatu yang menakjubkan. Semasa rancangan pertama saya disiarkan di kaca TV pada tahun 2007, hanya segelintir daripada kami membuat rancangan memasak. Dan saya adalah ‘anak kecil’ berbanding dengan lagenda masakan yang kita ada seperti Chef Wan, Chef Ismail, Chef Florence dan ramai lagi.


“Dulu saya pernah diberitahu, saya terlalu muda untuk mengajar orang memasak. Sukar untuk wanita berjaya dalam industri ini. Tetapi saya tidak mengendahkan komen itu dan teruskan, kerana saya suka mengajar dan berkongsi resipi. Ia adalah minat saya. Saya gembira saya terus ke depan hingga membawa saya ke sini hari ini,” katanya.


Menurut Anis Nabilah, dia bangga apabila melihat industri yang diceburinya ini semakin berkembang dan diminati ramai.


“Saya sering ditanya oleh wartawan, apakah pendapat saya mengenai orang yang bukan chef dan membuat kandungan memasak, dan jawapan saya selalu, saya gembira dan bangga melihat betapa besarnya industri ini berkembang jika mahu dibandingkan ketika saya mula-mula berada dalam bidang ini.


“Saya juga gembira saya terus bertahan kerana ia membuka begitu banyak pintu untuk saya. Saya berjaya menjelajah dunia untuk berkongsi resipi saya dan bertemu beberapa idola saya di beberapa acara masakan terbesar di dunia, seperti ‘Worlds 50 Best Restaurant’ dan ‘Invite The World to Dinner’ yang diadakan di Australia. Dan itulah kali pertama saya bertemu Heston Blumenthal (salah seorang chef terkemuka dalam gastronomi molekul). Bukan sahaja dapat jumpa dengannya, tapi dapat bersembang, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengannya ,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba