Skip to main content

Hanis Zalikha Dibayar Mahal Untuk Menjadi Duta Innersejuk


 

 Innersejuk dengan ini mengumumkan Hanis Zalikha sebagai duta rasmi bagi jenama tersebut. Beliau yang merupakan seorang usahawan wanita terkenal di Malaysia dan dikenali sebagai Ikon Modest Fashion bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 Juta  (Ringgit Malaysia 4.2 Juta). 

“Kami sangat teruja dan mengalu-alukan Hanis Zalikha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Innersejuk. Personaliti beliau yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, sangat sesuai untuk membawa jenama Innersejuk. Beliau adalah seorang usahawan wanita berbakat yang berjaya, juga seorang isteri dan ibu. Kami sangat kagum dengan keberanian dan kesungguhan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan,” kata Azrul Izzam, Pengarah Urusan Innersejuk.

Buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaru. Dalam kempen tersebut, Hanis Zalika memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberikan keselesaan tetapi tetap kelihatan cantik dan elegan ketika dipakai. Koleksi Telekung Suqainah ini telah pun berada di pasaran di semua platform online dan di outlet Innersejuk.



Fabrik Telekung Suqainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa. Ciri  menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob, ditambah pula dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Suqainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya. 

“Suqainah bermaksud ketenangan dalam Bahasa Arab dan ia menggambarkan perasaan saya apabila memakai telekung ini. Telekung ini tidak jarang, rasa sejuk bila dipakai dan yang paling saya suka bila di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak dengan sempurna. Saya sangat suka dan Telekung Suqainah ini merupakan antara telekung terbaik yang pernah saya miliki,” kata Hanis Zalikha.

Telekung Suqainah Signature merupakan potongan klasik untuk jenama ini yang sesuai digunakan untuk kegunaan harian dan juga di majlis-majlis khas. Manakala Telekung Suqainah Luxe pula mempunyai ciri yang lebih mewah dengan fishtail yang lebih panjang di bahagian belakang.

 


LATAR BELAKANG INNERSEJUK

INNERSEJUK merupakan sebuah jenama Malaysia yang sedang berkembang di bawah syarikat Airaz Technologies Sdn. Bhd. Innersejuk menghasilkan pakaian berkualiti tinggi serta menarik untuk dipakai merangkumi modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan juga aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita muslimah pada hari ini.

Pada tahun 2017, Innersejuk menyedari kekurangan dalam pasaran modest fashion dan memutuskan untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi juga mempunyai fungsi yang lebih baik. Selepas melakukan penyelidikan intensif selama beberapa tahun, Innersejuk telah berjaya mencipta DriChill Technology®- fabrik yang sejuk dan anti-mikrob, yang dapat menyerap peluh, selesa, serta sesuai dipakai bukan sahaja untuk bersukan malah boleh digayakan sebagai lifestyle wear.

Hari ini, Innersejuk telah berkembang dengan menawarkan pelbagai pilihan produk yang menekankan elemen modest fesyen untuk wanita melalui penggunaan fabrik yang inovatif, reka bentuk moden dan harga pasaran yang kompetitif.

 

 

Website: www.innersejuk.com

IG: @innersejuk

Facebook: Innersejuk


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam