Skip to main content

TERJAWAB SUDAH SIAPA DI SEBALIK THE MASKED SINGER MUSIN KE - 2

 

JUARA THE MASKED SINGER MALAYSIA MUSIN KEDUA MILIK RAMBUTAN
 SHILA AMZAH


Selepas sepuluh minggu bersiaran, akhirnya program nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua kini sampai ke penghujungnya. Program tersebut melabuhkan tirainya dengan penyanyi popular, Shila Amzah di sebalik figura Rambutan sebagai juaranya.

 

Dengan suaranya yang lantang, tinggi, dan hebat, Shila Amzah kekal mencuri hati para juri dan sering menduduki di tangga tiga teratas – menjadikannya salah seorang peserta yang susah untuk dikalahkan. Beliau yang juga terkenal di negara China membawa pulang trofi dan gelaran selepas membuat persembahan yang penuh dengan emosi iaitu lagu Hurt nyanyian asal Christina Aguilera serta persembahan lagu Bujang Senang yang memukau daripada Wings.

 

 

A picture containing scene, person, indoor, stage

Description automatically generated   A person in a garment

Description automatically generated with low confidence

 

A person wearing a garment

Description automatically generated with medium confidence   A picture containing person, posing

Description automatically generated

 

Dalam pada itu, tempat kedua TMSM2 adalah milik figura Seladang yang dipakai oleh Amir Masdi. Tempat ketiga pula menjadi milik Orkid yang dipakai oleh Liza Hanim manakala tempat keempat adalah Burung Hantu yang telah dipakai oleh Hannah Delisha – tepat tekaan netizen! Ratu Semut yang dipakai oleh Ara Johari jatuh ke tempat yang kelima.

 

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah daripada persembahan mereka di minggu terakhir TMSM2  :

 

1.         Rambutan – 96.56%

2.         Seladang – 94.61%

3.         Orkid – 94.00%

4.         Burung Hantu – 91.17%

5.         Ratu Semut – 90.17%

 

Menarik lagi pada minggu terakhir ini, Zizan Razak berjaya menggenggam Anugerah ‘Tekaan Juri Paling Gempak’ miliknya selepas mengumpul 11 markah, iaitu markah tertinggi antara semua juri dengan tekaannya yang tepat dari minggu ke minggu. Tahniah Zizan!

 

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini bersiaran di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam selama 10 minggu.

 

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam